Kawan-kawan kakcik

Selasa, 7 Disember 2010

Maher Zain di PICC...

Para peminat Maher Zain jangan teruja pula, ya?  Para penyanyi nasyid tempatan pula jangan merasa terpinggir.  Selalunya, perkara begini merupakan 'fenomena sementara' yang biasa terjadi.  Sekarang musim Maher Zain mendapat tempat yang begitu istimewa.  Jadinya, sambutan Ma'al Hijrah di PICC pagi tadi dipenuhi dengan tayangan video serta dendangan lagu-lagu Maher Zain sementara menanti keberangkatan tiba DYMM SPBYDPA.


Walaubagaimanapun, dendangan lagu Tomat (Tobat Maksiat) oleh adik Muhammad Qayyim yang cacat penglihatan amat menyentuh hatiku dan kebanyakan orang yang memenuhi dewan PICC.  Sebutannya jelas dan lantang sebagaimana adik ini mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran yang pernah kutonton di TV.


Sebelum meninggalkan Putrajaya, sempat juga aku bertemu blogger AzeedA yang sangat rajin singgah di blogku walaupun blognya sendiri telah berbulan tidak dikemaskini... Hehehe...


42 ulasan:

  1. selamat menyambut maal hijrah ya kakcik...maher zain tu bolehlah saya gitu2 je minat..hehe

    BalasPadam
  2. kak cik..saya pom suka LAGU maher zain..hhee

    salam maal hijrah kakcik
    semoga kita semua diberkati, murah rezeki, sihat sokmo dan bahagia dunia akhirat deh...

    BalasPadam
  3. nasyid sami yusuf pun best gak! tengah cari tapi tak jumpa..

    BalasPadam
  4. Gara-gara MZ ni, sampaikan anak2 saya tu masuk keta aje nak pasang cd. masuk rumah pun bawa cd yg sama utk dengar di laptop pulak..


    eloklah dari diorang mendengar lagu2kontemporari..

    BalasPadam
  5. Salam kak ik,
    salam maal hijrah ye. Kalau ada salah silap harap dimaafkan ye kak cik. Bila la boleh kita bertemu ya.

    BalasPadam
  6. Setuju dgn statement, “fenomena sementara” itu. Memang pun ianya akan sementara sahaja...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum wbt
    Salam Maal Hijrah yg ke 1432. Tahun demi tahun telah berlalu kokcik, usia kita pun bertambah dari sehari demi sehari tanpa kita sedari. Tanggungjawab pun banyak, banyak lagi amanah yg perlu dipikulkan...

    BalasPadam
  8. Kakcik... impak MZ sgt besar. tapi bawa mesej positif..bagus juga. Alhmdlh. dengar lagu Sami Yusof yang baru pun best juga... sambil layan lagu sambil dekatkan diri denganNYA. Inslh.

    BalasPadam
  9. kakcik..sy mseh frustrated smp skang T_T .MZ datang opis ri tu tuk photoshoot mgzine.siap bg talk n nyanyi live dpn staf.tp sy xtau pon die dtg sb msuk keje ptg.smp2 opis jek mber2 ckp MZ da blk.frust gler xdpt jmpa die live :(

    BalasPadam
  10. KakCik

    Salam Maal Hijrah. Kejap aje masa berlalu dah tak boleh nak toleh2 lagi, pasti ketinggalan. Hal yg berlaku minggu lepas rupa2nya dah berlaku berbulan dulu. Gitulah cepatnya masa berlalu ..

    *relevan ke bebel cenggitu KC?*

    BalasPadam
  11. Imanshah...

    kakcik tak minat MZ... cuma suka dengan lagu2 dendangannya. :)

    BalasPadam
  12. IM...

    pernah juga kakcik dengar lagu Sami Yusof itu. :)

    BalasPadam
  13. Reen...

    samalah macam BS - duk usung CD MZ tu ke kereta dan ke laptop. :)

    BalasPadam
  14. Aidah...

    InsyaAllah, kalau ada rezeki - bertemulah kita nanti. :)

    BalasPadam
  15. Azie...

    biasanya macam tu lah. Macam 'hangat-hangat tahi ayam'! :)

    BalasPadam
  16. Wa'alaikummussalam Yop...

    yang pastinya, perjalanan kita makin singkat dan kita semakin hampir ke 'sana'. :)

    BalasPadam
  17. Cyana...

    semoga lagu2 keTuhanan yang diperdengarkan akan membawa impak yang positif kepada anak2 muda yang sering dilekakan dengan lagu2 yang entah apa2, kan? :)

    BalasPadam
  18. SA...

    kerja dengan syarikat penerbitan, ya? Belum rezeki nak berjumpalah tu.. :)

    BalasPadam
  19. CS...

    memang terlalu pantas masa pergi meninggalkan kita sampai rasanya banyak benda dah tercicir...

    CS... relevan atau tidak bebel kita tu, apa nak kisah. Janji kita dapat melepaskan apa yang terbuku di hati. Tak gitu? :)

    BalasPadam
  20. salam maal hijrah kak cik
    uitt kak cik sambil menyelam minum air la yer... hehehe

    BalasPadam
  21. Yang penting bawa kebaikan pada kita semua.. ALHAMDULLILAH

    BalasPadam
  22. Yan...

    betul tu. InsyaAllah - akan ada kebaikan kalau kita pandai memilih.. :)

    BalasPadam
  23. As'salam...

    salam ma'al hijrah kak cik..

    BalasPadam
  24. Kenduri adik br ni pun on lagu MZ hehe

    BalasPadam
  25. Mimi...

    kat mana2 pun sekarang, kalau tak banyak - mesti terselit juga satu dua lagu MZ. Lagu 'Barakallah' memang untuk pengantin, kan? :)

    BalasPadam
  26. cak!!!
    slm kakcik.. :)
    amboi teman dpt share entri dgn maher zen tu syoknye! lenkali kabor le nk nyinggah awe2, dan le teman siap2 tempoyak hehe
    nnti jumpe lg ye.. no bodyguards allowed!

    BalasPadam
  27. AzeedA...

    bodyguard teman tu susah nak ditinggeikan. Tak pun, meh jemput kakcik - kita kluo berdua2an je! :)

    BalasPadam
  28. kakcik, kita pun semalam tgk kat TV je..
    tapi best betullah tgk budak2 tu nyanyi..

    BalasPadam
  29. PB...

    kakcik berada di PICC. Ramainya orang, tapi kalau tidak menyertai kontinjen, susah nak dapat tempat duduk. Kakcik dan BS 'menumpang' tempat duduk Jabatan Kastam. Suami kakcik menyertai kontinjen pejabatnya. :)

    BalasPadam
  30. skrg kat mane2 pun tgh demam maher zain :)

    BalasPadam
  31. MDT...

    jangan MZ pulak yang demam, dah le. :)

    BalasPadam
  32. teman jaghang nebgor lagu kakcik.. tahu MZ bile anak selalu nyanyi..ditampeinye nyanyi yg ade selawat2 tu mase beghebah kakcik uii.. kaco betui yak.. teman pun gemo lagu die..

    BalasPadam
  33. acu pun suka dengar adik yg istimewa tu baca al-quran...merdu & sayu je...

    BalasPadam
  34. Mok oi Yop....

    masa meghebeh pun berselawat? Bio beno!

    BalasPadam
  35. Acu...

    memang terpegun dan tersentuh hati dibuatnya..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com