Kawan-kawan kakcik

Khamis, 2 Disember 2010

Masih sibuk di hujung minggu


Sabtu (4/12/2010) - Ada beberapa undangan untuk dipenuhi (macamlah kalau tak datang, tak jadi majlis orang.  Tapi kalau tak pergi, takut  nanti bila aku buat majlis, orang tak mahu datang pulak.  Padan muka aku!)

Ahad (5/12/2010) - Kemungkinan akan ke Melaka untuk menziarahi teman yang lama tidak dikunjungi.  Kanser yang dihidapinya telah sampai ke tahap 4.  Harap-harap kami masih ada kesempatan untuk bertemu lagi dan lagi dan lagi.  Semoga juga, kesihatannya ditahap yang 'baik'.

Jumaat hingga Ahad (10/12/2010 - 12/12/2010) - InsyaAllah akan berada di Santubong dan Kuching.  Seperti biasa, pembantu peribadi yang baik akan sentiasa patuh kepada ketuanya (ha... kalau pembantu peribadi yang tiada ikatan sah dengan ketua, jangan mengada-ngada hendak menemani hingga ke bilik hotel.  HARAM.)

Sabtu hingga Isnin (18/12/2010 - 20/12/2010) - InsyaAllah akan ke Kedah. Kali ini bawa anak-anak bersama.  Suami dah beri keizinan untuk aku meneruskan langkah ke Langkawi kalau aku berkeinginan sementara beliau bermesyuarat.  (JADIIII.... ADA AKU KISAH????).  Kalau ke Langkawi boleh jumpa dengan Uncle.  Itu pun kalau beliau tidak sibuk!

Aduh... bila nak beli baju sekolah anak-anak ni???  Yan, harap-harapnya kakcik berkesempataan untuk ke kedai Yan di Shah Alam nanti.




34 ulasan:

  1. huiiiiyai kak,

    schedule macam memanda menteri nih !

    hehe...

    BalasPadam
  2. Reen...

    hehehe.. saja buat 'gempak' je tu! :)

    BalasPadam
  3. kakcikkkkk..saya 21/12 baru gerak ke langkawi..x de can la nak berjumpa.. :D

    BalasPadam
  4. MDT...

    lorrr.. sama2 duduk KL pun susah nak jumpa! Meh le nombor - bila2 nanti boleh koling2... :)

    BalasPadam
  5. amboi akak...nampak gaya kalau ada kenduri GB kene book akak awal2 ni! hihi

    BalasPadam
  6. gB...

    bila nak buat kenduri tu. Jangan lupa jemput ya? InsyaAllah, kalau berkesempatan kakcik akan datang. (Takut nak berjanji dengan kawan2 - takut tak tertunaikan)

    BalasPadam
  7. kakcik, jangan lupa cari tempat makan sedap yang dah dilist kat blog kita! cuma tak sempat gi restoran siti fatimah... uncle tau tempat tu, minta la dia bawak, hehe

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum wbt
    Ngalahkan teman cek egu yg cuti panjang ni weh. Teman ni kemane ngale pun idak! Nak kata ghamei kengkawan, sdra-mara seghei kemangi idak juga. Semuanya taka mandang, ate tambahan pulak sesejuk hujan ni kokcik, elok le mongkam ataih katei.

    BalasPadam
  9. yg best kebizian kakcik ialah...

    bole meround2..tu yg best..

    BalasPadam
  10. KOG...

    projek Langkawi tu belum pasti. Kakcik ni, kalau suami tak ada bersama - malas juga nak jalan2 tak ketahuan hala.. macam terpinga2 je! :)

    BalasPadam
  11. Wa'alaikummussalam Yop Tajnur...

    teman pun suka juga kalo dapat melengko dalam gebo seksejuk ni. Tapi kalo kat ghomah teman bantei melengko.. banyokle keghoje tetangguh. Bebakoi kain idok belipat lagi. Itupun nasible saghi dua ni makan kat luo (sementaghe ada duit sesikit).. Kalo idok lagi le gocoh teman kena buat keghoje ghomah.
    Dapat becuti sesekali memang seghonuk, tapi bila balik seksok - molela besilat semola. :)

    BalasPadam
  12. SN...

    kalau tak 'berwang' tak berapa seronok jua. Sementara suami dengan tugasnya, kakcik duduk dalam bilik je... layan mata (sama ada tidur atau tengok tv) :)

    BalasPadam
  13. sibuknya kakcik !

    pergi menunaikan undangan tu wajib, kalau kita tak ada berhalangan.

    makannya tak wajib.

    saya juga akan ke langkawi dari 11 hingga 14 Disember. kalau lewat sikit, boleh jumpa kakcik kat sana.

    tak apa .. nanti kita jumpa kat London jer lah !

    BalasPadam
  14. amboi.. padatnya jadual.. macam YB plak... heheh.. apa pun selamat jalan ye kak cik.

    BalasPadam
  15. Kanda AL...

    kalau tak sempat jumpa kat London, kita jumpa kat Paris la... :)

    BalasPadam
  16. Vic...

    YB la tu... Yang Bizi ... hehehe... :)

    BalasPadam
  17. Salam Kak Cik sayang...
    hmm...mng padat betul hujung2 minggu kak cik kan...4&5 ida keje..isnin baru cuti amik anak2...minggu dpn pun rasa2nya keje..
    teringin gak nk g mkn2 angin kat langkawi tp budget kerap tak mengizinkan...mudah2an kak cik selamat dn sihat walau dimana kak cik berada..insyallah

    BalasPadam
  18. Salam Kakcik, selamat berkoje dan menyongket kakCik!

    BalasPadam
  19. kakcik...
    syok nye dh ada green light...kakcik nk shopping apa kt langkawi? kalau sy xlain...mesti borong coklat wpn org kata kain batik @ kain tola @ pinggan mangkuk @ periuk belanga kt sana murah... hehhe

    BalasPadam
  20. Ida sayang...

    Langkawi tu belum pasti.. tengoklah macam mana nanti. Mungkin kakcik pergi dengan anak2 je sementara suami menguruskan kerjanya di Kedah. :)

    Kakcik juga doakan Ida sihat dan ceria sentiasa.

    BalasPadam
  21. Yong Helli...

    bab nyongket bagi kat teman. Ghase macam teman nok ngikut je Yong ke Turki.. hehehe...

    BalasPadam
  22. Nanie...

    kalo ke Langkawi tu - apa lagi, selain coklat! Yang lain2 kakcik tak minat. Beli dulu2 pun tak habis guna lagi. :)

    BalasPadam
  23. pembantu peribadi laa ni..ada yg ambil kesempatan je...
    dah pi kedah tu..cubalah singgah kat muzium padi..dah pi kaa?

    BalasPadam
  24. mujur wpun sibuk tapi berjalan-jalan.. best juga kan?

    BalasPadam
  25. assalamualaikum Kakchik
    wah bestnya,bakal pergi ke Langkawi ya?
    takpe yang penting en hubby dah beri lampu hijau.

    BalasPadam
  26. wahhh... bestnya kakcik round satu mesia.. apa kata order jek bju sek kt Kak Yan... nnt delivery jek. heheh.

    selamat bercuti.. mesti bangcik dan BS seronok kan dapat jalan2.

    BalasPadam
  27. Salam Kakcik,


    saya sibuk sentiasa bulan December ni..hee..

    Nanti datang ye kak... Call first

    BalasPadam
  28. penuh jadual...kalah pak dan mak menteri.

    BalasPadam
  29. LB...

    kaskcik dah selalu pergi Kedah, tapi belum singgah kat muzium tu - lalu je! Jom bawak kakcik ke situ! :)

    BalasPadam
  30. Wa'alaikummussalam ummu...

    InsyaAllah, kalau ada rezeki - sampai lagi kakcik ke Langkawi nanti. :)

    BalasPadam
  31. Cyana...

    BS kata 'dah lama adik tak naik kapalterbang'. Wah! bukan main dia tu - mak dia masa seumur dia jangan kata nak naik kapalterbang, mimpi pun tak pernah! :(

    Kena bawa BC ngan BS kalau nak beli pakaian mereka - takut tak ngam nanti. :)

    BalasPadam
  32. Yan...

    InsyaAllah, kalau kakcik nak datang - nanti kakcik call Yan. Tapi, jangan terkejut kalau tiba-tiba je kakcik tercongok kat kedai Yan tu. :)

    BalasPadam
  33. Misz Sephia...

    syukur - masih ada kesempatan untuk jalan2. :)

    BalasPadam
  34. AM...

    kalau jadi menteri 'semua nak kena fikir'. Tapi.. kakcik cuma fikir untuk cukupkan 'peruntukan' je.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com