Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 3 Disember 2010

Makcik kaya - siapa nak mengaku saudara mari ke sini...



Terima SMS - dihantar 2 kali berselang minit 'TAHNIAH DARI SHELL. NOMBOR TIKET ANDA MEMENANGI HADIAH RM433888.  SILA HUBUNGI HUB DI NOMBOR 017XXXXXXX (aku lupa nombornya sebab sudah dipadam dari peti pesanan).

Wah! dekat setengah juta tu.  Hehehe.  Hanya orang 'yang tak sekolah' sahaja yang percaya kepada SMS sebegitu.  Tapi... kalau dah nak 'terkena', 'bersekolah' ke tahap Phd pun boleh terkena, kan???

Tiket tu, tiket apa?  Shell ada jual tiket ke?  Kad Shell pun aku tak ada.  Ish!  Patut-patutlah wehhhhh.....



38 ulasan:

  1. Salam..

    Saya pernah kena juga tapi mereka call. Berani betul.. 'Nombor anda berjaya bla..bla..bla..' Saya layan je dia cakap. Bila dia minta IC.. saya bg nombor 1..2..3..4..5. Hehe..terus dia letak phone..hehe

    BalasPadam
  2. salam kakcik.

    selalu sgt dapat sms mcm tu
    terus delete ...tak kuasa nk layan

    BalasPadam
  3. Misz Sephia...

    satu lagi, kalau kad kredit - bila dia orang minta nombor CVV - jangan sekali-kali diberi. Habis kita nanti!

    BalasPadam
  4. Ati...

    kakcik pun akan terus delete. Kalau betul2 nak bagi, hantar je cek ke rumah, kan? :)

    BalasPadam
  5. Salam kak cik,
    sy pun pernah terkena macam ni tapi dari celcom katanya. dia kata sy menang duit rm6K. tapi yg call tu suara Indon, terus sy matikan je h/p sy malas nak layan.

    BalasPadam
  6. Assalam Aidah...

    macam2 cara orang nak dapatkan duit kita, kan? Suami kakcik kadangkala rajin 'melayan' orang sebegitu sampai orang tu penat nak menjawab!

    BalasPadam
  7. jangan-jangan Yunus Badawi yang hantar tak .. dia kerja kat situ dulu. hehe

    psst .. kalau kakcik tak nak duit tu, beri kat saya, boleh buat belanja pergi langkawi nanti.

    BalasPadam
  8. slm kakcik :)
    teman udah berkali dpt yg cenggini.. shell ade petroneh indo pon ade... kuat sunggoh si perampok + penyamun ni keghoje demi ghejeki yg haghammm..

    BalasPadam
  9. Sahrom ...

    tak nak jadi saudara kakcik ke?? Duit dalam perjalanan nak masuk ke akaun ni...lalala... :)

    BalasPadam
  10. Kanda AL...

    tolong sms semula nombor hp kat saya, boleh tak? Tolong ya? Manalah tahu 'tetiba' saya ada di Langkawi pada 13 @ 14/12 tu nanti! ;-)

    Kalau duit tu dah masuk, boleh kita habiskan sama-sama kat Hj. Ismail atau Idaman Suri... hehehe...

    BalasPadam
  11. AzeedA...

    gamoknye deme ni tak bulih dikesanke?? Munkalo dapat, kita ikat deme kat pokok, pahtu kite letok keghongge - biyo deme ngelupo! :)

    BalasPadam
  12. Salam KC

    saya selalu dapat yang POWER ROOT punya

    BalasPadam
  13. kakcik..saya salu dpt
    berani dorang nih
    sebut nama sytkt terkenal tau..

    mmg yg no tel yg diberi tu sgt lain
    tu nombor akaun tu..

    penipu betul
    igt mudah nk dpt duit
    masuk toilet pom byr..
    ini free2 nk bg duit ke hadiah...

    BalasPadam
  14. Imanshah...

    kalau kita ada masuk peraduan tu, kemungkinanlah juga nak menang - ini isi borang pun tak pernah, gesek kad pun tidak... gila apa orang nak bagi hadiah tiba2, kan?

    BalasPadam
  15. cayokkk kak cik jgn mudah percaya benda2 macam nie dia nak perdayakan kita kan???

    BalasPadam
  16. SN...

    agaknya, dalam banyak2 yang 'mereka' tu hantar ke nombor2 hp, berapa orang yang 'terkena', ya? :(

    BalasPadam
  17. Angah...

    memang dilarang percaya sama sekali. :)

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum
    Macam2 tawaran yg ada sekarang ni samaada syarikat yg berdaftar, tak berdaftar sehinggalah kpd perseorangan yg tidak diketahui. Rasa mcm x percaya, tawaran ajak berbual, berdua2an dan sekiranya rasa X puas boleh boleh diajak berunding. Itu belum cerita bebudak pmpn yg b`skolah skrg ni. Dunia! Dunia! dah sampai penghujungnya kot...

    BalasPadam
  19. Wa'alaikummussalam Yop...

    makin lama makin seriau memikiokan segala yang berlaku di sekeliling kita ... entah apa nasib anak cucu kita sekiranya dunia ini masih lama hayatnya... :(

    BalasPadam
  20. salam...kakcik,

    betul..jangan mudah terpedaya dengan sms yang tak masuk akal mcm tu..

    BalasPadam
  21. SR...

    sms yang bagaikan orang menjala - untung2 dapat ikan - tapi kalau tak untung, jala jadi koyak rabak... :)

    BalasPadam
  22. salam kakcik,
    waaa udah set date mau jumpa tuan AL ehh.. heheh...

    saya pun udah tak larat nak layan sms2 cenggini.. letih suda..

    BalasPadam
  23. sedih sangatlah kalau ada sesiapa yang terjebak.. Kena fikir bila buat sesuatu supaya tidak mudah tertipu..

    org nak senang atas susah org lain ni.

    BalasPadam
  24. Salam my lovely sis..kakCikS:)

    Alhamdulillah..
    setakat ni memang tak pernah layan msg yang nak bagi kita kaya senang2 camtuu..dilayannya nanti..jadi Kayap adalah!!huhhhuhuu..

    Moga my dear sis..sihat di sana..:)
    dah siap ke sis kira kopinya..hehehe..(gurau hari jumaat!!;)..)

    BalasPadam
  25. Wassalam Aanas...

    date suka-suka saja tu... tak tahu nak berjumpanya bila. :)

    BalasPadam
  26. Yan...

    yang sedihnya - mangsanya adalah orang kita (yang selalu tak sabar untuk hidup mewah). Kalau buat bisnes macam Yan lagi bagus, kan? :)

    BalasPadam
  27. Tinie sayang...

    semoga Tinie juga sihat dan sejahtera serta gembira selalu.
    Kakcik sebenarnya selalu dapat sms begitu. Ada juga sesekali terima panggilan. MINTAK MAHAP AJELAH....

    Dah kurang biji kopi untuk dikira ni... :)

    BalasPadam
  28. Hmm...memang macam nilah cara dioarang cari mangsa sekarang kan.

    BalasPadam
  29. Kakcik... bukan Budi ya..! Budi anak Malaysia... tobat..!!!

    BalasPadam
  30. Yus...

    saban hari ada sahaja berita tentang penipuan ini, tapi ada juga yang terkena, kan? :(

    BalasPadam
  31. Budi...

    kakcik tak sebut pun siapa yang buat tauuuu..... ;-)

    (Ke mana lama menghilang?. Ingatkan dah lupa kat rumah kakcik ni..)

    BalasPadam
  32. Acu...

    itu yang hairan tu... macam tak baca suratkhabar atau dengar/tengok berita. Setidak2nya kalau baca blog pun, boleh jumpa berita penipuan ini.

    BalasPadam
  33. Alahh Kakcik, biz kecik2 je. tak glamer mana pun..hee

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com