Kawan-kawan kakcik

Rabu, 15 Disember 2010

Alhamdulillah. Baby Afiq semakin pulih...

Ingat tak lagi Catatan Ini?  Menjengah ke Facebook DJ Epoi, nampaknya pembedahan terhadap Baby Afiq telah selamat dijalankan dan sekarang Baby Afiq semakin sihat.



Sama-samalah kita doakan agar Baby Afiq pulih sepenuhnya dan dapat membesar dengan sihat dan ceria seperti rakan-rakan seusianya.  InsyaAllah.


30 ulasan:

  1. Salam Kakcik,

    seramnya tengok kesan operation tu.. Kesiannya dia.. Kecik2 dah macam2 dugaan.. Doa mudah2an dia cepat semboh.

    BalasPadam
  2. W/Salam Yan...

    Bangcik (anak kakcik) menjalani pembedahan jantung semasa berusia 7 hari! Sehingga sekarang (usianya 13++) parut di dada dan perutnya nya masih jelas kelihatan. Bagaimanapun syukur Alhamdulillah, Bangcik membesar dengan sihat. Semoga begitu juga dengan Baby Afiq.

    BalasPadam
  3. saya paling tak tahan tgk bebudak kecik sakit camni...
    rasa kalo boleh biarla kita mak2 yg kena...

    moga dia membesar dengan sihat...
    aminnn

    BalasPadam
  4. Mimi...

    bagi kakcik, sama ada anak atau suami yang sakit - kakcik selalu harapkan yang sakit itu kakcik, bukan mereka.

    Bila tengok anak2 kecil kesakitan, memang rasa belas sangat. Bagaimanalah ada orang tergamak mencampak anak hidup2, kan? :(

    BalasPadam
  5. .. maaf tanya, barangkali saya terlepas pandang tentang catatannya. Apa sakit sebenarnya baby Afiq?

    Kesian tengoknya.. semoga dia akan membesar dengan sihat.

    BalasPadam
  6. Mohamad...

    Baby Afiq mengalami masalah jantung. Pembedahan dilakukan di India. Sama2lah kita doakan agar dia cepat sembuh.

    BalasPadam
  7. saya tak sampai hati nak tengok lama2~sedih~sebab saya pun ada anak kecik jugak~minta dijauhkan dari semuA bala~

    adik afiq cepat baik tau~

    BalasPadam
  8. Bujal...

    InsyaAllah, Allah mendengar doa kita...

    BalasPadam
  9. i like header baru kakcik...nampak keibuan header kakcik..hehe


    saya pom ade pglamn operate jantung yg major tu..bukan saya yg kene..tapi antara insan tersayang saya..pengalaman 11 ari berkampung di IJN mulai 7 feb 2002..kekal terpahat dlm memori smpai bila2...alhamdulillah...skrg sihat sejahtera..

    saya fhm penderitaan afiq dan familinya...

    xpe..kanak2 cepat yg amat sembuh..tisu mrk masih muda dan kuat...insyaAllah lps ni afiq akan aktif dan ceria mcm kanak2 lain..

    BalasPadam
  10. SN...

    header tu ehsan Anak Ulu Cheka. Cantikkan?

    Kakcik juga pernah 'berkampung' di IJN selama dua minggu semasa masih dalam pantang kerana menjaga Bangcik yang menjalani pembedahan. Ya, tisu anak2 masih muda.. lebih cepat untuk mereka pulih (Ini fakta ke auta, ya Dr Singa?)...

    BalasPadam
  11. alhamdulillah...semoga afiq cepat sembuh... tak terpandang rasanya nengok bekas pembedahan itu

    BalasPadam
  12. salam..akak..moga baby afiq cepat sembuh dan ceria..:)

    BalasPadam
  13. kakcik..
    cantik header tuu..

    seram tgk kesan operation tu..
    alhamdulillah, semoga bb afiq cepat sehat dan sembuh spt biasa..

    BalasPadam
  14. Moga adik afiq cepat sembuh...amin Ya Rabbal a'lamin

    BalasPadam
  15. ibuintan...

    InsyaAllah, Baby Afiq akan pulih segera. :)

    BalasPadam
  16. Kak Zaa...

    header hasil kreativiti AUC tu memang cantik. :)

    Kesan itu akan menjadi kenangan sepanjang hayat buat Baby Afiq...

    BalasPadam
  17. As Salam Kak Cik,


    Alhamdulillah..


    tak sampai hati nak tengok kesan operation tu..

    BalasPadam
  18. W/Salam Reen...

    Seronok tengok Baby Afiq dah boleh makan dan tersenyum kan? :)

    BalasPadam
  19. betapa besar dugaan baby afiq dan keluarganya...semoga mereka melaluinya dgn hati yg tabah...
    salam ziarah kakcik, saya dah follow kak cik, kalau sudi follow me back ye...

    BalasPadam
  20. Wahida...

    terima kasih sudi singgah dan ikut blog kakcik. Nanti kakcik datang ke blog wahida, ya? :)

    Dugaan yang Allah turunkan kepada kita, ada hikmah yang kita sendiri tidak mengetahuinya....

    BalasPadam
  21. siannya baby comel itu. mengingatkan kakpah pada kakngah anak kpah yang mempunyai parut yang serupa..
    semuga afiq sembuh dan sehat..

    BalasPadam
  22. Kakpah...

    bangcik anak kakcik juga mempunyai parut yang sebegitu.

    Sama2lah kita doakan kesihatan Baby Afiq...

    BalasPadam
  23. Salam, Alhamdulillah...nampak dia bersemangat!

    BalasPadam
  24. Yong Helli...

    comelkan Baby Afiq buat muncung macam tu...

    BalasPadam
  25. Acu...

    seronok rasanya tengok Afiq ceria, kan? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com