Kawan-kawan kakcik

Isnin, 22 November 2010

Pentingkah jawatan dalam menjalin persahabatan?

Beberapa kali aku terkena
dengan penuh hemah aku disapa
setelah bercerita konon penuh mesra
perlahan-lahan jawatanku ditanya

tanpa syak tanpa curiga
keberitahu kerjaku seadanya
pengira biji kopi yang tak punya apa-apa
hanya suka berkawan dengan siapa sahaja

setelah aku berterus terang
perbualan pun cuba ditamatkan
tanpa salam tanpa pamitan
begitu sahaja aku ditinggalkan

kalaulah berkawan mengira kesamaan
risiklah dulu sebelum memulakan
atau di hadapan pintu sila gantungkan
'saya mencari yang sama kedudukan'

aku tetap begini juga
walau tiada yang ingin menyapa
telah biasa aku sendirian sahaja
kutelan segala suka dan duka.....


56 ulasan:

  1. salam my lovely kakCikS:)

    Hanya setengah manusia yang membeza-bezakan hatta darjat..keturunan...jawatan..status..dll...
    Namun di sisiNya..semua antara kita SAMA....yang membezakan hanyalah amalan masing2....

    :)

    BalasPadam
  2. Salam Tinie sayang...

    memang itu janjiNya - yang membezakan kita di sisiNya hanyalah amalan dan taqwa. :)

    BalasPadam
  3. SALAM...jika berblog pun memerlukan yang sama kedudukan..baik tak yah berblog huhuhuh

    BalasPadam
  4. Salam sahrom...

    catatan kakcik ini secara umum. Kakcik 'terkena' bukan dalam dunia blog, tapi dalam dunia maya yang lain... :(

    BalasPadam
  5. salam Kakcik, ada orang cam tu eh? Saya kadang selamber cakap saya malas keja!

    BalasPadam
  6. Salam kakcik...

    jangan terlalu ambil hati kakcik.. saya banyak kali terkena, maklum saja kita sekolah tak tinggi mana (erk! bangunan sekolah kita jer yg tinggi, kita tak)...
    pernah juga bloggers yg terror memasak perli kita dlm ruangan komen tp kita peduli apa, kita tak susahkan sesiapa, tidak juga dia..
    ada juga yg pertikaikan cara menulis kita, ada yg berselera mengata kita auta...tapi kita adalah kita...pedulikan dia ker sesaper yg mungkin dah tertutup hati dan mata...kita tak sedih pun bila di'pariya'kan oleh mereka yang merasa dirinya'brahmin'...kita masih mampu ketawa dan bergumbira..

    so bila ada org layan kakcik begitu, saranan saya jangan pikir apa2 ataupun berduka..hanya perlu ketawa...kerana ada yg sedang memerhati diATAS SANA...

    'kita' tu merujuk kepada saya sendiri - Q

    BalasPadam
  7. Salam Yong Helli...

    dalam dunia ni - macam2 ada (bak iklan astro). Kalau tidak, tak meriah .. kan? :)

    BalasPadam
  8. Salam Q...

    itulah manusia (bukan semua). Bila 'ada' sikit, semua yang lain dirasakan 'kurang'. Bila 'tahu' sikit, orang lain dianggap 'tolol'. Tak mengapa, hati kita, kita yang jaga. DIA tidak melihat kepada hebatnya harta atau pendidikan kita, kan? :)

    ah.. biarlah...

    BalasPadam
  9. Itulah dunia..ada yang keji dan ada yang mulia..

    BalasPadam
  10. Salam Pn. Nani...

    rambut pun dah lain-lain warna sekarang, kan? Kalau tidak, tiadalah syurga dan neraka. Betul tak? :)

    BalasPadam
  11. slm kakcik :)

    'sudah nasib menjadi kuli
    tuan besar tidak peduli
    dia lupa suatu hari nanti
    kerusi yang empuk ditinggal pergi

    tiada yang kekal di dunia ini
    kepada Dia kita kembali
    berbuat baik tidaklah rugi
    di mana sahaja tetap diingati...'

    hehe sape ye yg tulih ni?

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik,

    Itu jenis orang2 bangang, kalau tak sama taraf dengan mereka kononnya "low class". Kebanyakkanya begitulah adanya dalam masyarakat hari ini.

    Tak ramai bilangannya yang "low profile", saya sendiri dah lali dengan benda2 macam ni.

    Saya ni jenis semuanya boleh redah, penampilan saya very simple..., adakalanya bila lepak dengan geng2 high class nih diorang macam ada lagak sikit, bila diberikan "BusinessCard"... perghhh.. baru rancak nak berborak...

    So faham2 jelah dengan "what type of person you're dealing with" so... jawapannya blah dulu.

    hahahaha....

    BalasPadam
  13. Salam AzeedA Intan payung... hehehe...

    wahwahwah... adik kakcik dah pandai berpuisi.. tahniah! (tapi... ayat2 tu macam kakcik biasa LIHAt laaaaa....) :)

    BalasPadam
  14. Salam Isa...

    baru-baru ini kakcik ada terbaca pasal karenah 'reunion'. Iyalah, setelah bertahun2 atau berpuluh2 tahun tidak berjumpa - pastinya berbeza2 jawatan yang disandang. Kononnya dipertemuan yang begitu pun wujud KASTA. Apparaaaa... lebih baik tak payah berjumpa, kan? Tak pun, tetapkan je - yang nak berjumpa tu kategori mana.. hehehe.... Bantailah labuuuuu.... :)

    BalasPadam
  15. huhu..mmg ada org gini kak cik..pentingkan jawatan utk berkawan..tak sama level..xle join..

    yg pasti saya xkisah..ngan siapa2 shj bole berkawan..takmo lawan2..hehe

    BalasPadam
  16. Salam SN...

    macam iklan kat tv tu, ya?

    'boleh kita berkawan selama-lamanya...'

    kakcik pun tak kisah untuk berkawan dengan siapa sahaja.. cuma ornag je mungkin 'segan' nak berkawan dengan kakcik yang tak ada apa2 selain lemak yang semakin bertambah di badan.. hehehe... :)

    BalasPadam
  17. hasil jari-jemari kanda juariah le hehehe.. ade tertampal kt seblah ni ha ;)
    betui tu kalo reunion tu mcm segan je nk nyebut bab2 kerjaye ni.. nyembang hal2 lain buleh je :D

    BalasPadam
  18. Nakal betul dinda AzeedA ni.. kakcik teringat hari tu Intan kata nak tampal kat ofis! :)

    Kakcik takde pun agenda reunion ni sebab sekolah setakat SRP - nak reunion bendenye! baik duduk kat dapur hiris onion! ;-)

    BalasPadam
  19. Zaman dah berubah kak

    Saya pun sama...bila dikata cuma surirumah terus tenggelam tak timbul2 dah kwn tu

    BalasPadam
  20. Salam Mimi...

    wei... cakaplah.. saya surirumah yang ada degree, master dan segala sijil kemahiran termasuk taekwondo, cakraalam bagai.... hehehe... :)

    BalasPadam
  21. Prince Jake...

    eh... siapa bagi bangcik nama macam tu? Sayang kat bangcik jugak. :)

    BalasPadam
  22. Sesaje jer....hihihi

    Mak kat ner nie?

    BalasPadam
  23. salam kakcik,
    alah, pedulikkan ajer mereka2 yang cenggini... yang penting kak cik menten fabulos.. heheh..

    BalasPadam
  24. pentingggggggggg,
    kerana saya tukang MOP jerr

    BalasPadam
  25. Bangcik...

    mak kat pejabat la... :)

    BalasPadam
  26. Salam Aanas...

    maintain macam fabuluos cat? tak nak lah.. hehehe...:)

    BalasPadam
  27. Salam zeq...

    eloklah tu.. kakcik tumpahkan kopi, zeq tolong mopkan! :)

    BalasPadam
  28. AAAAAAA

    Penting kita bezakan darjat dari segi sikap positive dan negative.....

    Bangcik selalu bezakan darjat kat sekolah sama ada baik atau buruk....

    Tapi kekadang bgck xsuke kwn ngan budak miskin sbb dhlah miskin jahat pulak tu :P

    BalasPadam
  29. Mak nnt tlg bgck siapkan blog nie :P

    BalasPadam
  30. Hah...kakcik..,
    saya setuju ngan komen bangcik yg ada 7A tu..

    Saaaya dah banyak kali terkena kakcik..., tapi bangga je , cakap saya tak keja.
    nak - nak kat budak2 creditcard kat pasaraya tu....

    BalasPadam
  31. wah!!!
    'prince jake'!!!!

    siapakah jejaka itu???

    BalasPadam
  32. salam ziarah

    pertama kali di sini

    jawatan HAMBA di sisi allah sama sahaja...jgn risau kakakku

    BalasPadam
  33. Prince Jake...

    amboi amboi amboiiiii... pandainya anak mak ni mengeluarkan pendapat! Bagus kalau bangcik boleh berfikir dan membezakan mana yang buruk dan baik.. mak akan bimbing anak2 mak semmapu mak...

    BalasPadam
  34. Bangcik lagi...


    bagi mak password - nanti mak 'kerjakan' blog bangcik tu! ;-)

    BalasPadam
  35. Salam Salmi...

    suami kakcik pun suka saja cakap dia tak ada kerja kalau orang promosi macam2 kat dia! :)

    BalasPadam
  36. Salam Pn Dr...

    nak berkenalan? hehehe.. prince dari aperika nak cari bisnes patne dari meleysia gamaknya! :)

    BalasPadam
  37. Salam imanshah...

    terima kasih kerana sudi singgah dan tinggal komen. Di sisiNya kita semua adalah hamba - tapi sesama manusia ada yang suka membeza2..

    BalasPadam
  38. Hello Kakcik, bila kita ketawa, satu dunia ketawa sama kita.
    Kalau menangis, kita menangis satu orang.
    You keep well, Kakcik, simpan satu lagu dalam hati, Lee.

    BalasPadam
  39. kakcik...

    ramai yang macam tu. tapi bukan semua.

    GB sayang kakcik. :)

    BalasPadam
  40. Hello Lee...

    betul.. susah hendak cari kawan yang boleh menangis sama-sama walaupun dia kata 'menangislah di atas bahu saya'...

    BalasPadam
  41. Salam gB...

    betul - bukan semua, tapi ada.

    Kakcik pun sayangkan gB :)

    BalasPadam
  42. wahhh.. bangcik pun dah bersuara.. hehe. lepas nie bley terjah blog bangcik plak.

    BalasPadam
  43. Nak sombong..?
    rentikan lah...
    tak kemana pun ...
    alih2 kalau dah sampai masa tu nanti tua jugak...
    silap2..yg setaraf tu kononnya..hampeh nak nolong...
    tak berkawan pun tak pa kalau yg hidung tinggi nih..
    tapi yg hidung mancung ..tak pa..haaa

    BalasPadam
  44. Orang selalu bertanya..."Dulu belajar kat U mana?

    Pak Nidus jawab.."Belajar kat UK"...
    Ulu Kelantan...heee3. Padan muka dia.

    BalasPadam
  45. Salam Cyana...

    ha.. bangcik dah mula buat onar kat blog mak dia! ;-)

    BalasPadam
  46. Salam LB...

    kalau hidung mancung, pipi tersorong2 pun nampak lawa, ya? :)

    BalasPadam
  47. Salam PakNidus...

    di FB - kakcik tulis nama universiti tempat kakcik belajar - inogoto university. Eh! ada pula yang bertanya sama ada U itu di Jepun! Hakikatnya, kakcik menjejak kaki di U hanya untuk melawat... hehehe....

    BalasPadam
  48. salam kakcik,
    plg tak suka org camtu..apa ke Allah pandang ke pangkat di dunia..

    BalasPadam
  49. Salam Mizah...

    sebenarnya, suka atau tidak - 'mereka' ada di sekeliling kita...

    BalasPadam
  50. kita tak rugi
    kalau dia tak sudi
    teman yg dicari
    sama misi
    hanya mengharap keredhaan Ilahi
    sahabat dunia akhirat yang sejati :)

    tiba2 ilham didatangi :)

    cute la inogoto U jepun punya :D

    BalasPadam
  51. Salam Nursalamah...

    kita berkawan dengan yang sudi..

    yang tak sudi - kita tariklah diri.. :)

    BalasPadam
  52. salam kak cik

    rasa macam antara 2 darjat aje kan?

    BalasPadam
  53. Salam Sya...

    darjat ciptaan manusia! :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.