Kawan-kawan kakcik

Selasa, 30 November 2010

Antara Helang dan Memerang...

seronok agaknya menjadi helang
di angkasa luas melayang terbang
menyambar mangsa bila terluang
janganlah terkulai di muncung senapang


 

sesalkah agaknya jadi memerang
kerana bau dihindar orang
terpaksa menyorok di dalam lubang
walaupun comel tiada yang memandang



46 ulasan:

  1. helang di langkawi tu jugak terbesar kan kakcik

    helang tinggi mana terbang pun akan turun ke tanah jugakkan?

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum kak cik...

    kak cik moh baca sekejap..
    http://fazila79.blogspot.com/2010/11/baik-gunakanassalamualaikum-or.html

    BalasPadam
  3. Salam Sya...

    macam itu juga dengan kita... setinggi mana pun kita terbang, ke perut bumi juga jasad kita bersemadi.

    BalasPadam
  4. Wa'alaikummussalam Ila...

    nanti kakcik datang, ya? :)

    BalasPadam
  5. Memerang comel kan kak...
    Suka tgk muka inesen dia

    BalasPadam
  6. SALAM ZIARAH KAKCIK..entri2 kakcik saya lihat seakan-akan ingin meluahkan kekecewaan terhadap orang di sekeliling kakcik..mungkin ia ahli keluarga atau rakan sekerja kakcik...apepun, saya doakan kacik berbahagia

    BalasPadam
  7. susah nak jumpa helang sekarang ni..

    kalau ada di taman burung pun yg jenis kecik dan tak besar macam gambar ni..

    BalasPadam
  8. teringat lagu helang nyanyian kak pah..hehehee

    BalasPadam
  9. Mimi...

    memerang tu mana ada buat salah dengan kita pun... cuma malangnya, bau dia tidak menyenangkan! ;-)

    BalasPadam
  10. Sahrom...

    kakcik begini juga. Biar apapun yang berlaku di sekeliling, tanpa izinNya - kakcik tak akan tercalar pun! :)

    BalasPadam
  11. Reen...

    kalau di kampung dulu, selalu juga nampak helang yang mengendeng2 untuk menyambar ayam! :)

    BalasPadam
  12. Acu...

    lagu itu punya makna tersendiri, kan? :)

    BalasPadam
  13. salam mama
    belakang umah cheqna selalu je ada helang yang standby tuk menyambar anak2 ayam...

    BalasPadam
  14. Salam kakcik...

    berkepak melayang deru berkuap
    mangsa direnung nafsu meluap
    kalaulah helang mampu menjawab
    mungkinkah katanya wallahua'lam bissawab....

    memerang itu sebusuk musang
    biar comel tetap dijauhi
    tiap kejadian di mata terbentang
    pasti ada hikmah utk dicontohi...

    hahaa..tibai jer ni kakcik...penatlah, baru siapkan order cam besa...

    BalasPadam
  15. Cheqna anak mama...

    tak standby dengan senapang untuk tembak helang itu? ;-)

    BalasPadam
  16. Mr Binder...

    jadilah helang yang cerdik, bukan helang yang hanya tahu mendabik.. :)

    (baru buat blog, ya? kenapa tiada apa-apa catatan?)

    BalasPadam
  17. Q sayang...

    apa yang dititipkan itu memang benar. Setiap kejadian pasti ada 'sesuatu' untuk kita renungi dan dapatkan pengajaran secara sedar atau tidak.

    Wah! masak apa pula hari ini??

    BalasPadam
  18. salam kak cik

    wah kak cik nie macam ada tersirat jer

    BalasPadam
  19. helang dan memerang..
    2 haiwan yg berlainan kemampuan..
    tp ade kelebihan tsendiri..
    ape kate kite sama2 jd orang..
    hehee..
    ade yg tersirat disebalik tersurat ni kakcik..hehe

    BalasPadam
  20. hysman...

    beginilah menjadi orang
    ada yang benci ada yang sayang
    ada yang memandang berulang-ulang
    ada yang dari jauh mencari simpang!

    biasalah kannnn... :)

    BalasPadam
  21. kedua-duanya makhluk Allah
    yang ada gunanya
    walaupun lain cara...

    kakcik ni kreatif
    ada n3 kakcik
    mengandungi maksud tersirat...
    berbicara melalui pengalaman
    saya suka baca...hehe
    lantas terjatuh hati utk berkomen2..eheks..

    BalasPadam
  22. SN...

    kakcik menaip apa yang terlintas je... :)

    BalasPadam
  23. Pembangkit Semangat dan Menggerakkan Orang Melayu

    http://binderview.blogspot.com/

    BalasPadam
  24. Mr Binder...

    membangkitkan semangat bukan bermakna mengajak bermusuh dan bergaduh, kan? :)

    BalasPadam
  25. salam....

    nak jadi helang...bebas terbang...:) senang nak balik kg tak payah jem2..

    :)

    BalasPadam
  26. Mr Binder...

    terima kasih kerana setuju dengan kakcik. :)

    BalasPadam
  27. SR...

    kalau itu alasan untuk menjadi helang, tidak mengapa. Janganlah menjadi helang kerana ingin menyerang! :)

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum wbt
    Ape nak digahkan seikor helang berlegor2 di awan, habih2 buleh nyambo seikor mangsa je, name pun langkeiwo lang nyambor. Apa pula nak diseseikan memeghang, mun udah nyambor mangsa dlm ayor, hakap mulut, tangan kaki mumbun dgn ikan. Lame2 peigheh kolam dlm ikan....

    BalasPadam
  29. Wa'alaikummussalam Yop...

    jadi langsewo kuat nyambo - mengelewo mbuatkan ayam ngeleto..
    jadi memeghang benci dek oghang -
    bau pengo habih ghuang..

    Allah menjadikan sesuatu itu bukan dengan sia2, kan? :)

    BalasPadam
  30. tiba2 teringat lagu Terbang Helang Syarifah Aini tu..

    BalasPadam
  31. Salam kakcik;

    Pandai kakcik buat n3 dan kena pada tajuk.

    Antara impian semasa kecil saya hendak membela burung helang, sampai la ni belum tercapai. Dan tak mungkin tercapai kot, sebab ianya spesies bahaya.

    Memerang, sempat bela anak memerang dalam lima enam bulan, lepas tu "kiok", maklumlah perkampungan nelayan dan penuh dengan pokok nipah dan hutan bakau.

    BalasPadam
  32. PB...

    ...di angkasa yang luasa
    terbang sang helang bebas
    menebarkan sayapnya....

    sebebas mana pun - ke tanah juga akhirnya, kan?

    BalasPadam
  33. Isa...

    hehehe... nak kakcik belanja mee rebus ke? jom la.. :)

    BalasPadam
  34. penuh makne..teman gemooo.. err..teman tengoh mikio, mungkin kakcik baye ngan kakok teman noorizan ato baye nyoh teman hj isa..

    BalasPadam
  35. Yop Samad...

    umo kakcik le ni patpulohsemilan.. tawun depan bulan lapan dah masuk limapuloh! tuwe dah wehhhh.... :)

    BalasPadam
  36. alang kan best jadi cicak tokek...walau hodoh...tapi mahai...ahakz...

    BalasPadam
  37. Salam sayang kakcik ...

    Terbang helang penuh gagah dan sombong .

    Menyorok si memerang penuh malu ..

    2 sifat yang bertentangan , namun penuh maksud tersirat .

    BalasPadam
  38. jeBateja...

    kakcik dengar, ada orang menjadi jutawan dengan hanya menjual seekor cicak tersebut. Dan, sebaik dia pulang ke rumah, pegawai LHDN telh sedia menunggu! :)

    BalasPadam
  39. Linda yang manis...

    memang ada yang tersirat di sebalik yang tersurat. semoga kita daapat merenungkan dan menimba pengajaran dari apa yang Allah jadikan. :)

    BalasPadam
  40. best baca memerang ngn helang ni..
    boleh di jadikan panduan di dlm kehidupan
    Pokok Manggis Depan Rumah

    BalasPadam
  41. memang 'sesuatu'... terima kasih mak =)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com