Kawan-kawan kakcik

Selasa, 23 November 2010

Hampir terlupa...

Seorang teman menegurku tadi, 'lajunya berjalan'

MasyaAllah.  Aku hampir terlupa bahawa beberapa bulan yang lalu, aku hampir sahaja tidak berdaya untuk mengatur langkah walau untuk jarak yang dekat.  Menunaikan solat pun seringkali dalam keadaan duduk disebabkan kaki yang tidak mampu untuk berdiri!

Alhamdulillah, selepas menjalani pembedahan - dengan izin Allah, aku kini telah mampu berjalan dengan laju dan dapat mendirikan solat dengan sempurna (hanya Allah dapat menilai sesempurna manakah solatku).

Teringat saat getir selepas pembedahan (aku langsung tidak sedar sewaktu pembedahan dijalankan - yang memakan masa lebihkurang 7 jam itu), serik untuk aku melaluinya lagi.  Syukurku kepada Ilahi, walaupun kini masih terasa agak sengal di belakangku, aku bebas untuk bergerak.  Kakiku telah mampu untuk menampung badanku yang seberat guni beras 10kg darab 10 ini.




Bangcik akan mengungkit betapa dia sanggup tidur atas lantai sewaktu menemaniku di hospital bila aku marah-marah kepadanya. Amboiiii....  Mak tak lupalah sebagaimana mak tak lupa apabila terpaksa merelakan perut mak dibedah untuk mengeluarkan bangcik yang dah lemas dalam kandungan tau!




32 ulasan:

  1. SALAM,
    SYUKUR ALHAMDULILLAH DAPAT MELALUI UJIAN ALLAH INI. DIDOAKAN KESIHATAN BERTAMBAH BAIK

    BalasPadam
  2. dah sihat betul ke kak cik.. laju jln dah hihii

    BalasPadam
  3. bangcik

    kesian mak tu, jgn merungut ye...kena jadi anak yg soleh!!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah kakcik dah sihat

    :)

    Bangchik mmg anak yg baik

    BalasPadam
  5. Salam kakcik...

    Alhamdulillah sekrg dah laju berjalan... masih perlu hati2 jugak tu tau..

    hahaa...mengungkit jugak prince jake tu ya...

    jaga diri selalu kakcik , luv u - Q

    BalasPadam
  6. Salam Dato'...

    Alhamdulillah... Allah beri saya 'peluang kedua' untuk merasakan nikmat sihat. Terima kasih atas doa Dato'. :)

    BalasPadam
  7. Salam Mila...

    Alhamdulillah.. dan kakcik dah pusing satu Malaysia selepas selamat dibedah dan beransur sihat :)

    BalasPadam
  8. Salam Imanshah...

    mudah2an anak2 kita semua akan menjadi anak2 yang soleh/solehah. :)

    BalasPadam
  9. Salam Mimi...

    Alhamdulillah. Anak2 kakcik memang anak2 yang baik - cuma kadang2 langkah mereka pincang dan perlu dibimbing selalu. :)

    BalasPadam
  10. Salam Q...

    Alhamdulillah - dah laju jalan kakcik.. tapi masih beringat2.. takut nak angkat yang berat2 walaupun kadang2 'terangkat' juga. :)

    Memang sesekali dia akan mengungkit dan maknya akan membals ungkitan itu! (anak beranak sama je..)

    luv you too Q.. :)

    BalasPadam
  11. Salam SR...

    Alhamdulillah. Allah bagi peringatan buat kakcik. :)

    BalasPadam
  12. semoga kakcik bertambah sihat..

    hahaha mak n anak sama2 mengungkit... bukan mgungkit tu cuma sekadar ingat mgingati..

    BalasPadam
  13. Moga Allah memberi kesihatan yang sihat sepanjang hayat..Amin

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum wbt
    Aa ah kokcik, dah tua ghente ni, ape le nak dikejor, dipedegheh menceceit. Kalo ye benor le! Ate kekadang mudah bebenor kita lupe, ape idoknye dedulu sampei poghonah le 3 batu jalan kaki ke skolah, soh je ape le nak diheghankan le ni! Buat menohen je le....

    BalasPadam
  15. pasai apa tangan tu bengkak sangat tu?

    BalasPadam
  16. Salam zairah semoga anda sihat ceria sentiasa hendaknya.
    Jom singgah ke akuanakpahang "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."

    BalasPadam
  17. anak mak kena berbahas dgn mak, kalu tak dgn sape lagi..

    BalasPadam
  18. pengorbanan seorang ibu

    alhamdulillah kak cik dah sihat.

    BalasPadam
  19. alhamdulillah kakcik sehat dah...
    itu semua ujian dr Allah swt..
    moga kita akan lbh mengigatinya..
    insyaAllah ye...
    ;)

    BalasPadam
  20. Salam Ibuintan...

    Alhamdulillah, kakcik semakin sihat termasuk badan yang semakin mengembang... hehehe..

    macam tulah kakcik dengan anak2... kadang2 boleh bergurau macam dengan kawan2... :)

    BalasPadam
  21. Salam Pn Nani...

    Amin untuk doa Puan. Semoga Puan juga dikurniakanNya dengan kesihatan yang baik sentiasa. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  22. Wa'alaikummussalam Yop...

    lama beno mika tak nyinggoh ke sini walopun teman ada nampok mike ngelewo kat tempat lain! Tapi tak ngape.. sekughang2nye teman tau mike idok lupekan ghomah teman ni. :) Alhamdulillah.

    Ate.. ye nye beno.. zaman sekolah dulu.. jalan kaki tengoh panah meghenin idok kesah pun.. siap nonggen minum ayo kat pili tepi jalan lagi... hehehe... Tapi bila Allah bagi peghingatan melalui sakit yang ditughunkan, baghule tahu nekmatnya sehat... :)

    BalasPadam
  23. Salam LB...

    kesan tusukan jarum yang tidak betul!

    BalasPadam
  24. Salam En. Yassin...

    Semoga AAp juga sihat dan ceria sentiasa.. :)

    (Nanti kakcik singgah kat rumah AAP, InsyaAllah)

    BalasPadam
  25. Salam Zeq...

    kalau tidak, mak tak tahu isi hati naka2, kan? :)

    BalasPadam
  26. Salam Sya..

    Alhamdulillah - tapi kena beringat2 juga... :)

    BalasPadam
  27. Salam hysman...

    terima kasih kerana sudi singgah dan tinggal komen.

    Ujian dariNya untuk kita sentiasa ada.. cuma sama ada kita sedar atau tidak tentang itu dan tahu ada tidak untuk bersyukur bila ujian itu berjaya dilalui dengan tabah dan selamat.. :)

    BalasPadam
  28. tetap takkan sama pengorbanan ibu berbanding pengorbanan anak-anak.

    BalasPadam
  29. Salam AM...

    kita semua diberi bahagian masing2 untuk berkorban dan dikorbankan! :)

    BalasPadam
  30. syukur kakchik dah sihat. kenapa dibedah?

    hubungan kakchik dengan bangchik sangat mesra :)
    sekarang ni selalu dan dapat komunikasi yg baik dengan anak2. mereka tak nak bual dengan mak :(

    BalasPadam
  31. Salam Nursalamah...

    kakcik kena 'slip disc'.. kalau tak dibedah, takut bertambah mudarat. Alhamdulillah, kakcik boleh bergurau senda dengan anak2... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com