Kita sentiasa diingatkan oleh para pemimpin untuk bersyukur. Maka, bersyukurlah kita kerana harga petrol RON97 telah naik lagi pagi ini. Berbelanjalah mengikut kemampuan kita. Gunakanlah pilihan yang lebih murah sekiranya tidak mampu untuk mendapatkan yang mahal. Asalkan kenderaan kita boleh terus bergerak, bersyukurlah.
(Senyumlah kerana dengan sentiasa tersenyum kita akan kelihatan awet muda)
saya sangat bangga menjadi rakyat malaysia.
BalasPadamSalam kakcik cayang....
BalasPadamsaya hapah pun taktau pasal kenderaan ni, tau masuk, duduk dan kereta jalan....
petrol naik ker....hujan turun ker...
saya senyum jugak...pasal nak awet muda cam kakcik hek3....
best ek jadi pemimpin...petrol kita orang bayarkan....mmg patut bersyukur lar...yg tak best kalau kena bayar sendiri....Q.
AM...
BalasPadamsuka atau tidak, inilah negara kita. Dan kakcik bangga mengaku bahawa kakcik adalah rakyat Malaysia. :)
Q sayang...
BalasPadamsamalah kita, kakcik pun hanya tahu masuk, duduk dan kereta jalan - kemudian berhenti di destinasi. Dah lama tak tekan pedal minyak dan pusing stereng!
Yang penting, kita gembira dengan kehidupan yang sementara ini dan tidak menyusahkan orang lain.
Jujurnya, kakcik tidak awet muda - tapi awet cerewet! hehehe...
Sayang Q selalu.
salam kakcik..lor..dah naik ke??? ingat dah hapus terus huhuhuhuh
BalasPadamsalam kakcik
BalasPadamterpaksalah gagahkan juga..dah terbiasa guna ron97
Wa'alaikummussalam Sahrom...
BalasPadamkalau hapus, nanti nak buang ke mana pulak minyak yang banyak tu? ;-)
Wa'alaikummussalam Imanshah...
BalasPadamtak mengapalah kerana Iman tentu mampu dan tiada masalah, kan? :)
salam my lovely KakCikS:)
BalasPadamhuhuhu..asyik asyik naikk jekk ekkk
bila agaknya nak turun dan turun lagi yaaa...
er..er..lam mimpi kutt!!
pe2...jom..senyum2kan diri kita..
nak awet muda nihh;)
Alangkah seronoknya mereka2 yang semua perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia...tak terasa pun macam kita orang bawahan ni.
BalasPadamMacamana mana nak awet muda kalau muka asyik berkerut je....
Bangga jadi .........!!!
owh sungguh suka..
BalasPadamnaik lah..
kan rakyat diutamakan ..
saya pakai ron 95 je....
BalasPadamTinie sayang...
BalasPadamjom kita buat senaman muka agar sentiasa nampak muda dan manis walaupun hati sedang bergelora! ;-)
Pak Nidus...
BalasPadamkalau macam tu, jom kita masuk bertanding dalam PRU, kot2 boleh jadi 'orang yang ditanggung perbelanjaannya'... hehehe...
kak zaa...
BalasPadambetul betul betul.... diutamakan untuk ????
Pn Dr...
BalasPadamkereta kakcik pun minum RON95. :)
naik minyak naik harga barang...kita?? Berbangga je la... :(
BalasPadamFa...
BalasPadamkita berbangga sebab walaupun harga barang naik, kita masih 'terbaik berbanding dengan negara2 lain' kan kan kannnnn.... ;-)
negara lain lagi mahal minyak....
BalasPadamAssalamualaikum wbt
BalasPadamMane nak mbuat weh! Namenye pun Rosmah Or Najib (RON) 95,97, 99 bubuh jelah angka beghape pun hujungnya sbb ghete tu dah jadi macam hak opah piut deme! Ketuanan Melayu ada pada org Melayu keme, sbg Tuan ikut kemele nak naik beghape ghege pun!
tq,kjaan yg sgt baik hati..
BalasPadamsalam kak cik..
BalasPadamnak x nak kena guna juga sebab dah biasa guna minyak tue...pasni kena ikat perut la jawabnya,duit banyak habis dekat minyak...
minyak depa gomen bayaq, tiket kapalterbang depa gomen bayaq... semua perlukan duit juga, marilah kita sama² berkorban untuk depa naa :)
BalasPadamAKT...
BalasPadamsebenarnya, banyak juga negara lain yang jauh lebih rendah harga minyak walaupun mereka bukan pengeluar minyak! Tapi.. takkan lah kita nak kena berhijrah ke 'negara lain' itu dan membiarkan orang dari negara yang harga minyaknya lebih tinggi (mungkin pendapatan mereka juga tinggi) berhijrah ke negara kita pulak, kan? ;-)
Wa'alaikummussalam Yop...
BalasPadamdoh gitu gayenye.. kite redho jelah, yak? Nok diapekan... helang tetap ngelewo, memeghang juge yang tetap keayo! :(
Hamizah...
BalasPadammarilah kita sama2 bertepuk tangan dengan gembira. ;-)
Amy...
BalasPadamjangan diminum pulak minyak tu nanti, sudahlah! :)
KOG...
BalasPadamsyhhhhhhh.... tak boleh cakap kuat2 (ketuk kibod pun kena pelan2) ;-)
nak buat camno kakcik... nak tak nak terima aje lah.. kang tak bergerak lak kita ke mana2
BalasPadaminilah negara kita, Malaysia kita
meh le kita sama2 berbangga dan sama2 tersenyum...
BalasPadamIbuintan...
BalasPadammelawan nanti dikata derhaka pulak, kan? ;-)
PB...
BalasPadamayuh.. siap poco2 sekali! ;-)
sentiasa bersyukur...walau pun ati menangis...uwaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadamAcu sayang...
BalasPadamada yang lebih menderita, usah kata hendak mengisi minyak, kereta pun tiada, kan? ;-)