Tak mengapalah kalau ada yang tak suka. Sekurang-kurang sebagai catatan harianku sendiri yang mungkin akan kubuka semula satu ketika nanti.
Petang semalam, memikirkan akan tiba agak lewat ke rumah dan perlu singgah di kedai untuk membeli bahan masakan, aku mengambil keputusan untuk beli makanan yang dimasak di kedai sahaja. Aku telefon Along minta pesankan makanan dari kedai makan yang biasa. Dalam perjalanan balik, aku dan suami singgah mengambil makanan tersebut dan membayar harganya.
Bangcik memang tak banyak kisah. Kebetulan dia pun sedang lapar, jadi rezeki itu terus sahaja dijamah tanpa kerenah. Bila BS balik dari sekolah, lain pula ceritanya. (Dia akan mengayuh basikalnya dua tiga pusingan sebaik meletakkan beg ke dalam rumah). Masuk sahaja ke rumah selepas puas mengayuh basikal, dia mencari aku yang telah masuk ke bilik air.
Tahu apa katanya?. 'Mak ni tak masak ke? Selalu sahaja beli. Adik nak makan masakan mak. Yang ringkas pun tak apa..'
Aku jawab, 'Mak penat sangatlah adik, lagipun tak ada apa mak nak masak'
Dia tak puas hati, 'Mak masaklah sardin ke. Adik nak yang mak masak'
Aku jawab lagi, 'Esoklah mak masak'
Dia kata, 'Adik nak hari ini.. tak apalah kalau mak tak nak masak. Mak suap adik makan'
Aduhaiii......
Sebelah malam pula, disebabkan keletihan (aku terlalu mudah letih sekarang ini - mungkin sebab lemak tepu yang bertimbun-timbun dalam badan), aku tertidur sebelum menunaikan solat Isyak. Tahu-tahu, BS datang mengejutkanku...
BS : 'Mak dah solat ke belum'
Aku : 'Belum'
BS : 'Bangunlah solat dulu.... solat tu sekejap je. Nanti mak boleh tidur balik'
Aku : 'Iyalah... nanti mak bangun'
BS : 'Bangun sekarang - nanti mak lupa'
Macam itulah dia, cukup ambil berat kalau aku tidur sebelum menunaikan solat Isyak kecuali aku 'ada alasan kukuh'.
wah! bagusnya la BS..semoga BS menjadi anak yg soleh.. :)
BalasPadamrindu kat my rebinas..
Salam Firus...
BalasPadammudah2an. Itulah juga yang kakcik doakan untuk anak2 kakcik... :)
untung nyaaaaaaaaaa......... ada reminder solat... dan...nak bersuap atau makana masakan mak...tu tandanya dia sayang amat dengan bonda nya.....
BalasPadamAlhamdulillah..kakcik ada anak yg baik...
BalasPadamtahniah..
beruntung kakcik.. dapat anak yang baik dan soleh macam BS..sangat sayang akan mama dier..
BalasPadamSalam Ila...
BalasPadamsemoga kasih sayang anak2 terhadap kakcik dan suami (begitu juga sebaliknya) sehingga akhir hayat kami.. :)
Salam LB...
BalasPadamsemoga Allah merahmati kita semua. Amin. :)
Salam Uda...
BalasPadamsemoga anak2 kita akan menjadi anak2 yang baik, beriman dan sentiasa dalam lindungan Yang Maha Kuasa. InsyaAllah. :)
sesama ingat mengngati..
BalasPadamAnak yang soleh...
BalasPadamSalam Zeq...
BalasPadambukan hanya ibu ingatkan anak.... :)
sejuk perut akak ngandungkan dia...
BalasPadamsaya jeles ni jeles :)
Salam Vic...
BalasPadamInsyaAllah. Amin.
Terima kasih :)
Salam Mimi...
BalasPadamkenapa jeles pulak? Mimi ada 3 heroin tu.. kakcik tak ada tau! :)
Salam my lovely sis..:):)
BalasPadamIntro n3 akak kenapa sis..??pe2 sis...rasanya tak dek yang tk suka ..melainkan suka semata2:):)
Sejuk hati dgr citer BS nii...
Moga BS sentiasa jadi kebanggaan orgtuanya..:):)
beruntung kak cik ada anak mcm BS....
BalasPadamSalam KC <- glemer kan??
BalasPadamDah anak kita, kitalah yang menceritakan alkisahnya, kan KC kan?
Tersenyum bila basa cerita BS. Semoga BS jadi anak yang soleh dan mampu menceriakan hati keluarga. Hugs n kisses untuk BS, auww..
Ala...sayang kat Budak sepet tu...
BalasPadamDapat bayangkan betapa manjanya BS ngan mak dia tu..
untung kakcik ada anak macam BS....calon menantu yang bagus ni! :D
BalasPadamSalam Tinie sayang...
BalasPadamSyukurlah kalau ibu2 bapak2 suka dengan cerita pasal anak2... nak cerita yang lain pun, tak ada ilham. :)
mudah2an BS dan abang2nya akan sentiasa menjadi anak yang baik dan soleh.
Salam CS...
BalasPadamKC? hehehe - macam KC and the gang pulak (babe.. i luv youuuuu... please don't go.... eceh!)
Nak hugs and kisses mak BS yang banyak lemak ni pun bolehhhhh... :)
Salam Mila...
BalasPadamsemoga dia (dan abang2nya) akan terus menjadi penyejuk hati... :)
Salam Salmi...
BalasPadamMemang masih tidur bawah ketiak mak tuuuu... :)
Salam gB...
BalasPadamnak booking untuk siapa tu? :)
bagusnya ada anak yang mengingatkan. kita emak emak ni kadang-kadang terlupa dan perlu diingatkan.
BalasPadamanak2 memang suka air tangan emak kan?....
kakcik, datang bangi selalu, apasal tak nyinggah..
kakcik... touching sungguh!!!! BS sgt ikhlas..
BalasPadamSalam Kakpah...
BalasPadamemak pun kadang-kadang terleka juga, kan? oh.. petang semalam dia makan dengan berselera sekali (nanti kakcik buat catatan tentang itu) :)
Bukan taknak singgah - tapi segan! :)
Salam Cyana...
BalasPadamkadang2 dia buat maknya naik angin tapi selalu juga membuatkan maknya jadi sejuk dingin... :)
tak pa!!!
BalasPadamsaya suka baca!
saya suka budak sepet!!!
Salam Pn Dr...
BalasPadamkita juga suka anak dara bermata bulat yang jadi header blog Dr itu! :)