Yang peliknya bila orang lain (tak kiralah sama ada orang itu saudara mara apatah lagi sahabat atau kawan) yang beri pendapat, sedangkan pendapat itu sama dengan pendapat isteri, boleh pula diterima.
Aku catatkan hal ini kerana semalam seorang kawan yang berstatus isteri meluahkan perasaannya kepadaku. Katanya, dia sangat BENGANG dengan suaminya. Puncanya kerana pendapatnya tidak diterima oleh suami. Bagaimanapun tiba-tiba suaminya berubah pendirian terhadap suatu keputusan seolah-olah bersetuju dengan pendapat isteri. Sebaliknya, bukan itu yang berlaku. Suami berubah keputusan setelah 'seseorang' memberi pandangan - bukan kerana pandangan isterinya!
Sebenarnya, perkara sebegini sering berlaku di mana-mana sahaja. Pada diriku juga pernah terkena. Kadang-kadang sampai aku membebel kembali kepada suami 'kalau saya cakap semua tak betul..tapi, kalau orang lain cakap, eh! betul sahaja. Sedangkan, apa yang orang tu cakap, sama saja dengan apa yang saya kata!'.
Selalunya, suami tidak akan membalas balik kata-kataku. Dia cuma senyum sambil memandang wajahku. Lagilah aku sakit hati. Tapi, ada dia kisah? Esok-esok dia buat lagi. Bila dia tak mahu menerima pendapatku dan kebetulan terjadi sesuatu yang telah aku beri amaran awal, aku akan berkata, 'itulah...jangan dengar lagi cakap isteri. Isteri cakap, semua tak betul, kan?'
'Kitab' apakah agaknya yang dipegang dan dijadikan panduan oleh para suami sehingga begitu 'liat' untuk menerima pendapat dan pandangan isteri?
Pura-pura memandang ke laut sebab tak mahu dengar saya membebel, ya bang? |
Kalau dah selalu sangat tak terima, ada masa kita diam je kot. :)
BalasPadamhehe..biasalah gtu kan..kalau saya..time hubby balik keje penat2 ke..lapar ke..saya salu ckp hal yg kelakar2 aje..bila time dia sudah rehat..kenyang..santai2..saya cakaplah perkara2 yg berat sket..hehe...
BalasPadamSalam Fa...
BalasPadammemang pun ... dari ngabihkan ayoliyo... baik diam je! :)
Salam Sarah...
BalasPadamkakcik selalunya berbual 'santai' dengan suami sewaktu dalam perjalanan pergi dan balik kerja - hanya masa itu kami benar-benar 'berdua'.. :)
maybe tak semua kut kak cik. so far hubby saya mmg tanya pendapat saya dulu kalau nak buat apa2 keputusan, kalau dia rasa pendapat saya ni bole terima tp nak rujuk kawan yg lebih tahu.. contoh hal2 legal.. so nak rujuk kawan dia yg jd lawyer... dia akan bgtau saya awal2..
BalasPadambetol tu k.cik...saya masa lunch dengan hubby kat opis baru la rasa betol2 berdua...nak bincang apeke benda pun sambil makan2...hehehe...sebab berdua jer....kalau kat rumah masa makan bertiga...si kecik tu asyik nak tanya jer bila kita ckp...
BalasPadamSalam Mila...
BalasPadamsebaiknya begitulah - suami isteri saling bertukar pendapat dan pandangan sambil menimbangkan buruk baiknya sebelum mengambil sesuatu keputusan - apatah lagi jika keputusan itu melibatkan kepentingan bersama. :)
Salam Iman...
BalasPadamuntung kerja sepejabat, kan? Dulu kakcik kerja di bangunan yang sama dengan suami, tapi kami jarang mengambil kesempatan untuk makan bersama. Masing2 bersama kawan2 masing2. Kalau di rumah, duduk dalam bilik berdua pun asyik kena kacau dengan anak2... jadi masa berdua dalam keretalah waktu yang sesuai untuk bercakap apa yang patut atau tak patut! :)
Berat tu. Patutnya isteri punya pendapatlah kene pikir dulu.
BalasPadamSalam Echam...
BalasPadamkadang2 suami2 ni - tak sempat nak fikir pun... terus je tak setuju! Ngape, ye?
slm kakcik..
BalasPadamteman stuju benor..
mintak bg pendapat tp bile x sependapat ngan deme tu truuuusssss je reject.. huhuu saborjeleye!
SALAM KAKCIK.
BalasPadamsaya rasa tak semua suami macam tu kot....ada jugak yang mendengar dan menanyakan pendapat isteri sebelum bertindak tapi jarang berlaku sebab kononnya suami yang betul. Selain tu, since suami-isteri adalah satu ikatan jangka panjang, suami dah immune dan tak ambil serious lagi kata2 isteri. Malang sekali!
perkara normal nih... cuma..dalam separuh perkara ila tak berdepan dengan masalah macam ni..sebab suami selalu juga minta pendapat kita..
BalasPadamSalam AzeedA...
BalasPadamsesungguhnya sabo itule yang membuatkan ghomahtangge aman damei.. kalo tak sabo, mau pinggan mangkuk teghobang melayang.. hehehe...
Ada benarnya kakcik .. ini pun boleh jadi gaduh . ekekeke
BalasPadamharap kakcik sihat yea..
Salam Shah...
BalasPadamitu yang tak patut tu... bila isteri bagi pendapat, suami kata membebel.. tapi pendapat kawan suami boleh dengar pulak. Tanya tu memang tanya, tapi lepas tu buat2 lupa.. bila kawan cakap, baru kononnya teringat! ish ish ish... tak patutttttt..... :)
Salam Ila...
BalasPadamkakcik dah tua2 ni.. dah malas nak gaduh... nak dengar - dengar.. tak nak dengar - sudah.. :)
Salam LiNda...
BalasPadamsemoga LiNda juga sihat dan tetap manis serta ceria...
kakcik malas nak gaduh dah.. cuma kalau 'terkena' tu, kakcik cakap 'padan muka' sambil senyum je! :)
Salam kakcik..
BalasPadamDulu saya cam kakciklah ;- suami tak ambil pot sgt yg kita cakap/pendapat kita ,tapi bila terkena...lagi pjglah bebel saya siap ada sessi ulangan lagi. Tapi sekarang dah tau nak rujuk/cerita ngan saya dulu so..kalau ada apa2 tu ..saya pun tak berani nak kata apa2 ..kesian...
Salam Salmi...
BalasPadamsesekali bila terkena, pernah juga suami kakcik kata 'isteri saya dah cakap...'...hehehe... tau tak apa!
Semalam, bila kakcik cakap pasal kawan kakcik tu, dia cuma terkekeh-kekeh saja bila di hujungnya kakcik tambah 'macam suami saya yang selalu tak percaya cakap isteri' ;-)
salam,
BalasPadambukan tak setuju pendapat isteri,
tapi.....
setuju gakla ngan entri ni!
...bergaduh bila siang je...'malam' kawan balik..hehe
para suami ni atau kaum lelaki ada sikap keegoan.. samada secara jelas atau samar2 ditunjukkan..
BalasPadampara isteri kena bijak memberi pendapat dan tak perlulah mendesak agar setiap pandangan atau pendapat itu mesti diterima oleh para suami.. biasanya para suami ni diam dan dapat merasakan sikap ketika si isteri tu mengusulkan ssuatu pandangan..bermesralah..seperti kata perpatah ..sambil menyelam minum ayaq...
itulah kesenian alam rumah tangga..hee
salam kak cik...
BalasPadamsusah jga macam tue kan, kalau dah selalu sangat mesti ada masalah tue..kena pergi kaunseling!!
jemout ke sinar raudah ye..
Assalamualaikum Kak Cik,
BalasPadamIsu yang baguih... memang ada suami begitu dan ada isteri pun cam gitu. Bertolak ansur ler kite. Sudi ziarah blog saya Kak Cik di http://mohkembara.blogspot.com Blog teman banyak citer hal menyongket dan masak, hal rumah tangga kurang, kalau ada pun indirect jer. Salam perkenalan.
kalau dah marah baik senyap jer.. nanti kalau kita panjang2kan buruk padahnya
BalasPadamate pakei pingganmangkok plestik le ye kakcik.. buleh di'teghobang-melayang'kan semule ;)
BalasPadamsalam kakcik,
BalasPadamorang lelaki ni ego yang lebih sebenarnya, sbb tu la payah nau nak terima cakap dan pandangan kita...
kalau tak puas hati dengan hubby ain cakap jer terus terang, terpulang la pada dia nak terima ke tak....
memang tak koser nak gaduh...hehehe
Salam Myri...
BalasPadamitu yang teman tak beghape nak gemo tu... sensiang bantei begadoh.. bila malam ngenden! Eiiimok! :)
Salam LB...
BalasPadamada benda yang isteri segan2 nak cakap dengan suami, tapi ada benda lain - main belasah cakap je... suami nak dengar ke tidak, itu lain kira (kakcik la punya perangai tu!) :)
Salam Amy...
BalasPadamkalau yang jenis 'ketegaq' tu, jangan kata kaunseling, kena tempeleng pun belum tentu nak dengar lagi! hehehe...
kakcik dah singgah ke rumah Amy.. kdg2 kakick singgah senyap2 je.. :)
Wa'alaikummussalam Helli...
BalasPadamteman memang gemo menyongket.. kena beno le tu... nanti teman nyangkut dagu kat sana... :)
Salam Angah...
BalasPadamkakcik ni kalau ada yang tak kena di hati, memang kakcik senyap je... biar sejuk sendiri.. :)
AzeedA...
BalasPadamnak lagi senang, pakei daun pisang je.. lepah guna, buang! :)
Salam Ain...
BalasPadamnak bergaduh pun buat malu kat anak2 je, kan? :)