Kawan-kawan kakcik

Rabu, 13 Oktober 2010

Adik, mak masak ni tau....

Tahu goreng bersama sambal belacan

Masak lemak pucuk paku dengan tulang ikan masin

Telur goreng dengan bawang besar dan kicap

Sambal tumis sardin

Isi ayam dengan kacang panjang dan sos lada hitam

Ikan kembung goreng
Balik kerja petang semalam terus ke dapur untuk menyiapkan hidangan makan petang/malam.  Dengan dibantu suami yang membersihkan ayam dan ikan, aku mulakan projek memasak.  Tumbuk sana, kisar sini - akhirnya siaplah hidangan yang serba ringkas itu.  Memang BS sangat puas hati.  Dia makan sendiri sampai bertambah tanpa perlu disuapkan.  Alhamdulillah.  Lepas itu, dia minta buatkan horlicks panas.  Amboi! macam kat restoran pulak.

(Abaikan bekas-bekas lauk yang pelbagai rupa tu ... semuanya koleksi yang didapati secara percuma(?) bersama sabun basuh!)



36 ulasan:

  1. nak , nak makan dengan adik !

    kakcik , sedapnya... terkecur air liur saya pagi ini . Nak gi pasar .. nak cari bahan2 , nak masak camni ..ahaks .

    BalasPadam
  2. moning2 kak cik..

    sedapnya lauk terutama pucuk paku ngan tulang ikan masin tu..semalam saya masak simple yg amat..daging goreng kubis + sos tiram dan dimakan dgn budu serta kacang botor..perghh...best..kak cik mkn budu x?..saya oghe klate..hehe

    BalasPadam
  3. Salam LiNda yang manis...

    masakan yang ringkas je tu... tapi, makan dengan nasi panas... memang tak toleh kiri kanan! :)

    BalasPadam
  4. Salam Sarah...

    kakcik makan semua - budu, cencalok, tempoyak... hehehe.. memang tekak 1Malaysia la kiranya... :)

    BalasPadam
  5. Salam Rabu KC ..

    Mestilah BS tidor nyenyak semalam, hehe. Ekceli I rasa sebak ...

    BalasPadam
  6. Salam CS...

    why you sebak2 ni... mai citer kat ai... :)

    BalasPadam
  7. kita pun dulu sampai dah besar kalau nak horlicks, mesti nak mak buatkan, orang lain buat tak sedap, hehe

    semoga BS jadi anak yang soleh!

    BalasPadam
  8. Salam KOG...

    Itu yang bagi orang lelaki, bila dah kahwin - akan bandingkan masakan isteri dengan masakan emak! (Nasib baik suami kakcik banyak duduk di asrama dan kurang makan masakan emaknya! lalalala...)

    Terima kasih untuk doa kepada BS itu. :)

    BalasPadam
  9. Huiyooooo.. banyaknyer lauk. 3 kali tamboh nasi camni... hahhahaha

    BalasPadam
  10. Salam Echam...

    lauk yang ringkas je... Nak masak yang 'berat2' kakcik tak pandai! :)

    BalasPadam
  11. wow kak cik.. ni buka serba ringkas niii. macam2 ader.. mcm kat restoren dah hahaha

    BalasPadam
  12. Salam Mila...

    sesekali je kakcik buat2 rajin tu... :)

    BalasPadam
  13. salam,

    x perasan langsung pinggan tu dek di jamu dengan masakan-masakan tu...kenyang mata memandang, alhamdulillah.

    BalasPadam
  14. Salam Myri...

    bila kakcik masak dan kemudiannya dimakan dengan berselera oleh suami dan anak-anak... tak tergambar rasa gembira dan puas hati. :)

    BalasPadam
  15. WOW!!!! 6 jenis lauk ok.... pehhhh budak sepet... i bet... u lepas geram lah... sebab nak makan masakan mak.....

    masak lemak putih ikan masin tu ... sedap tuuuuuuuuu...........

    BalasPadam
  16. Salam Ila...

    kalau tengok cara dia makan dan menyuap makanan, boleh buat kita telan air liur! :)

    BalasPadam
  17. Salam Kakcik, Amboi! rajin nya sampai 6 lauk, berselera sungguh tuh, tak tahan nengok pucuk paku masak lemak...Nakkkkk join makan boleh??

    BalasPadam
  18. Salam Pn Nani...

    nampak saja macam banyak.. tapi, lauk yang mudah disediakan. Marilah, kita makan bersama-sama.. :)

    BalasPadam
  19. terasa masakan..sampai ker...akhirnya

    BalasPadam
  20. Salam Zeq...

    bila nak singgah ke rumah kakcik? :)

    BalasPadam
  21. apa kisah dengan bekas lauk kak...
    janji lauknya oooooooolala...
    sedapnya

    BalasPadam
  22. Salam Mimi...

    ada orang kata, bekas juga boleh menaikkan selera untuk menjamah hidangan. Tapi, bila rupa cantik tak menggambarkan rasa yang sedap - kes aniaya juga, kan? :)

    BalasPadam
  23. salam kakcik..sy teruja sgt tgk cara lauk itu dipersembahkan..sungguh bersopan sekali...

    BalasPadam
  24. Salam sahrom...

    tergelak kakcik baca ayat 'dipersembahkan dengan cara bersopan' itu... :)

    BalasPadam
  25. salam kakcik..
    banyak menu..rajin kakcik masak. :) kadang-kadang menu simple tu yg sedap...

    BalasPadam
  26. kak cikk mmemanggg memanggg tu.. bikin linn nak pergi umah akak skrg jer nih... adoii lauk2 yg mmg leh buat kita tambah tambah dan tambah nasi ni

    BalasPadam
  27. Salam Siti...

    kadang2 kalau kakcik masak rendang atau kari ayam, tak berapa nak laku... masak yang ringkas macam tu, anak2 makan pulak! :)

    BalasPadam
  28. Salam Linn...

    jom tetapkan tarikh dan masa, nanti kakcik masak untuk Linn. Yang ringkas macam tu lah tapi... :)

    BalasPadam
  29. Ringkas, sedap dan yang penting BERSIH... Makan kat luar bagai di katalah.. sesetengah bukan semua, aspek kebersihan tidak diendahkan sangat. Sy selalu gak makan ikan kembung tu... orang Kedah pangge ikan temenung. Bila dilihat berdua-duaan dalam pinggan tu kesihan lah pulak, macam berpelukan.. masa makan dan meratah isinya tak pula rasa macam tu... hehee..

    BalasPadam
  30. Salam Mohamad...

    orang Perak pun panggil ikan kembung tu, ikan temenung. Pasai apa depa panggey lagu tu pun tak tau la kan?

    Macam juga orang yang kesian tengok ayam kena sembelih, bila dah jadi lauk tak kesian pulak nak dimakan! :)

    Betul, masak dan makan di rumah - InsyaAllah terjamin kebersihannya.

    BalasPadam
  31. huhh... balik kerja pun sempat masak segini banyak kakcik... kagummmmm

    BalasPadam
  32. Salam Adenium...

    kata orang, 'alah bisa tegal biasa'... (bila angin rajin datang dan bahan pun ada, sebenarnya!) :)

    BalasPadam
  33. slm kakcik :)
    lame x dengor ikan temenung hehehe
    elok2 dh scroll down mekanan yg sedap medap tu kakcik sebut pasey pinggan pulak eh.. tepakse scroll up blk belek pinggan2 hehehe.. teman gune koleksi pinggan percuma(?) juge kak :)

    BalasPadam
  34. Salam Azeeda...

    ikan temenung ghebuih pun sedap juga kan? (dah lama tak jumpa ikan tu) - buat masak lemak putih dengan cabei ijo... eimok.. teghase2 kat tekak! :)

    (sesekali tepikio nak simpan pinggan2 percuma(?) tu... nak kluokan set yang beli kat Langkawi yang jaghang sangat digunakan...)

    BalasPadam
  35. ate beli buat hapenye idok digune kak oi..
    melaramlah set langkawi tu kt sni :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com