Aku makin gemuk sekarang. Bagai belon terlebih angin
Ahad lepas, sewaktu bertemu dengan sepupuku (lelaki) setelah bertahun-tahun tidak bersua, dia menunjukkan isyarat mengatakan aku gemuk (tak sedar dia pun sama naik - tambah-tambah dah bertukar suri).
Biasanya kalau orang menegur tentang tubuhku yang kian berisi ini, aku akan jawab 'senang hati'. Kononlah senang hati. Sesungguhnya, aku sangat susah hati. Bukan kerana nak bergaya, bukan juga kerana nak cantik. Aku mempunyai sepasang kaki yang agak 'kecil' berbanding tubuh badanku. Aku bimbang suatu hari nanti, kakiku ini tidak akan berdaya lagi untuk menampung berat badanku!
Macamana aku boleh jadi begini? Mungkin kerana banyak makan? Kerana perut yang sentiasa minta diisi ini? Pantang nampak makanan, cepat sahaja nafsu itu terangsang sedangkan perut masih kenyang.
Sebenarnya tidak juga. Aku rasa, taklah banyak mana pun aku makan. Kalau pagi aku telah mengambil makanan yang 'berat', tengahari aku akan cuba mengelakkan diri dari makan lagi. Petang pula, biasanya aku makan sebelum Maghrib. Aku juga telah lama tidak mengamalkan tabiat suka mengunyah kekacang yang dulu memang sentiasa ada di depan mata. Kuih raya tahun bulan lepas pun masih ada lagi di rumah kerana aku tidak berminat untuk terus mengunyah.
Mungkin sebab aku malas untuk beriadah. Duduk selama 8 jam sehari mungkin menyebabkan lemak-lemak menjadi bertambah tepu di pinggang, perut dan pinggul. Apa harus aku lakukan, ya?
Jadi, tidaklah boleh menyalahkan perut mahupun nafsu, kan?
samela saya..harap dalam gambar jer fotogenik..eh!
BalasPadamtp percayalah saya tak kurus pun...:)lemak bermaharajalela disetiap inci bodi
kak cik.. on weekend try ler g jalan2 kat taman, cycling.. or jogging. satu lg try bersauna ke...best jer nnt. badan rasa ringan jer. saya pon dah rasa berat jer badan nii.. memanjang raya sebulan niii. nak kena start balik..
BalasPadamkak cik tak leh salahkan sesiapa pun dalam hal nie salahkan tangan & mulut ye hehehe
BalasPadamTak silap vic lepas kak cik jalani pembedahan slip disc aritu ada kurus skit... tengok2 gambar2 pun nampak susut. Kenapa? Skang dah naik balik ke berat badannya? Nampaknya kita sama la. Perempuan mcm kita takkan dpt lari dari masalah berat badan. :(
BalasPadamkak cik...kita ada masalah yang sama... seksa menahan tekak dan selera...lebih parah...bila jumpa doktor dia cek berat sekali .... bila berat terlebih aje..sakit kat lutut dan tumit...seksa je rasa...
BalasPadamSalam Firuz...
BalasPadamkakcik ni, kalau dalam gambar lagilah terserlah kegemukannya! :(
Salam Mila...
BalasPadamkakcik dah cuba bersauna tu... bukan sekali dua.. tapi dok macam tu lah juga! :(
Salam Angah...
BalasPadam'mesin' pembakar lemak dalam badan kakcik ni dah rosak agaknya! :(
Salam Vic...
BalasPadambudak dua beradik kat rumah tu selalu mengejek kakcik - kata mereka ada baby dalam perut ni!. Mungkin masa lepas pembedahan itu hari, kakcik tak makan sangat. Tapi, sekarang pun makan tak banyak mana! :(
Salam Ila...
BalasPadamsebelum menjalani pembedahan tempoh hari (patutnya kakcik suruh doktor tu sedut sekali lemak masa tu, kan?) kakcik memang ada masalah sakit lutut dan tumit. Sekarang ni, Alhamdulillah - masalah tu tiada lagi (janganlah datang balik hendaknya).
badan besar tanda cergas..badan kurus tanda sakit..leh pakai ke perumpamaan tue? huhuhuh
BalasPadamsalam Sahrom...
BalasPadamperumpamaan yang sama sekali tak boleh dipakai! hehehe.. :)
erm...cheqna pun kuat makan skang ni mama oi...
BalasPadambila la nak kurangkan makan ni..
nafsu tengah menggila bab2 makan ni..tapi takla over sangat..
kak cik...saya pulak lain stori...saya hendak berisi..hehe..keding + slim saya nih..tapi seprti kak cik ckp..senang hati..saya pom senang hati tapi xgemuk2..huhu...xpe kak cik...
BalasPadamkita kene optimis..jika boleh amalkan gaya hidup sihat pun ok...btw kak cik...jika kita lalu makan ( org kelantan ckp lalu tu selera)..makan aje..hehe..
salam Cheqna...
BalasPadammama ni nak kata banyak makan, tak lah juge.. tapi sebab dah tua kot.. badan dah tak mahu susut.. (alasan je!)
Salam sarah...
BalasPadamkalaulah boleh kakcik bagi separuh daging kakcik ni kat sarah... kan bagusss.... :)
kita sherupaaaaaaa... heheheh ;)
BalasPadamSalam AzeedA...
BalasPadamjom nyanyi sama-sama.. :)
Kak cik..
BalasPadamSebenarnya dalam usia macam kita ni...
soal makan bukan sebenarnya punca badan kian naik...
tapi sebab metabolisma kita yang kian lemah...di tambah pula genetik kita yang memang begini.
Orang yang ingat kita ni jaga makan..sebenarnya..tak faham tentang biologi manusia...
( jawapan menyedapkan hati..)
Salam Ros...
BalasPadamhehehe... jawapan menyedapkan hati tu memang selalu kakcik buat - 'kadar metabolisma yang semakin lemah' :)