Kawan-kawan kakcik

Rabu, 22 September 2010

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Along...


Hari ini 22/09/2010 - genap usia Along 23 tahun.  Doa mak untuk Along semoga :

* menjadi hamba Allah yang patuh dan bertaqwa

* menjadi anak yang soleh untuk mak dan ayah

* menjadi abang yang baik dan bertanggungjawab, menyayangi dan disayangi adik-adik

* menjadi Imam yang sentiasa berpaksi pada jalan yang benar, yang diredhoi oleh Allah Subhanahuwataala.  Disenangi dan disayangi para makmum.

* menjadi guru yang dapat membimbing murid-murid dengan sempurna dan sentiasa disayangi dan didoakan yang baik-baik oleh mereka.

* menjadi anggota masyarakat yang membawa manfaat kepada ummah.

*** dan segala yang baik-baik (termasuk kesihatan, jodoh dan rezeki) akan Allah kurniakan buat Along, InsyaAllah ***





24 ulasan:

  1. selalunya gitulah hatapan besar setiap ibu bapa...

    BalasPadam
  2. salam my lovely kakciks

    Happy Besday To Along..:)

    MOga kan sentiasa menjadi kebanggaan ayahbonda:)..InsyaAllah:)

    Untuk my dear sis..
    Moga akak sihat2 di sana..:):)dan sentiasa diberkatiNya..& dilindungiNya...Amin..:)

    BalasPadam
  3. Aminnn...

    Tenang rasanya baca doa dan harapan seorang Ibu terhadapa anaknya .

    Salam Kakcik sayang .. moga sihat and ceria hendaknya sepanjang hari ini.. jaga kesihatan ok ! mmmuahh !

    BalasPadam
  4. IM...

    semua ibubapa yang waras mahukan yang terbaik buat anak2 mereka.. :)

    BalasPadam
  5. Salam Tinie Sayang...

    Terima kasih atas doa untuk Along.

    Kakcik sihat dan semoga Tinie juga sihat sejahtera dalam dakapan kasih sayangNya... :)

    BalasPadam
  6. Salam LiNda sayang...

    semoga LiNda juga kekal manis, ceria dan sihat sentiasa.. :)

    BalasPadam
  7. selamat hari lahir juga buat Along!
    (Along yang tidak sepet)
    :)

    BalasPadam
  8. Pn Dr...

    terima kasih

    Along tidak sepet tapi demuk! :)

    BalasPadam
  9. salam kakcik...semoga doa kakcik itu dimakbulkan Allah SWT...hepi besday utk along ya

    BalasPadam
  10. salam kakcik
    murninya hati seorang ibu mendoakan untuk anaknya kan??
    selamat ulangtahun ke23 along!!!
    kakcik sihat???take care ye =)

    BalasPadam
  11. Salam Cheqna...

    semoga cheqna juga sihat dan ceria selalu.. :)

    Semua ibu akan mendoakan yang terbaik buat anak2 mereka.. :)

    BalasPadam
  12. slm kakcik.. :)
    slm ulangtahun utk Along!
    amiinnn utk doa2 kakcik..
    ade menu spesel ke hr ni?

    BalasPadam
  13. insyallah kakcik...along tu bertanggungjawab rasanya...

    BalasPadam
  14. Salam AzeedA...

    dah 'makan-makan' malam tadi (secara kebetulan sebenarnya)...

    Terima kasih kerana mengaminkan doa kakcik. :)

    BalasPadam
  15. Salam Shah...

    InsyaAllah, mudah2an begitulah hendaknya. :)

    BalasPadam
  16. dah besar rupanya anak kakcik..
    semoga mendpt kejayaan dunia & akhirat..

    BalasPadam
  17. Selamat Hari Lahir juga buat Along!
    Doa seorang Ibu terhadapa anaknya yg di kasehi..

    BalasPadam
  18. Salam Mizah..

    dah lebih besar dari mak dan ayahnya! Terima kasih untuk doa. Amin. :)

    BalasPadam
  19. Salam Pn. Nani...

    begitulah harapan seorang ibu. :)

    BalasPadam
  20. Salam Zeq...

    Aminnn...


    (sibuk sekarang, ya?) :)

    BalasPadam
  21. salam kakcik syg..

    selamat hari lahir yg ke23 along..
    semoga menjadi kebanggaan mak dan ayah..cepat2 cari calon menantu utk mak..hehehe

    auntie nora(saper lg kalo tanpa nama kan kakcik..hehehe)

    BalasPadam
  22. Salam Nora sayang...

    terima kasih (bagi pihak Along). Menantu??? hehehe... lambat lagi kot! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com