Kawan-kawan kakcik

Rabu, 22 September 2010

Back to normal...

Apahal pulak tiba-tiba keluar tajuk dalam Bahasa Inggeris ni???  Entah.... tertelan kapur barus mentega kacang sebotol atau tertelan keju campur pasta agaknya.....


Tak ada apa-apa pun...  Nampaknya kunjungan ke blog ini pada ketika dan saat ini di hari ini telah kembali seperti kelmarin dan kelmarin dulu serta kelmarin dulu-dulu ..... 


Bukanlah tidak suka dikunjungi.  Tapi, bilangan yang masuk itu bagaikan tidak dapat diterima akal yang waras.  Bukan ada isu yang menarik pun yang aku catatkan semalam (seperti catatan-catatan sebelum ini juga).  Paling membimbangkan kalaulah aliran yang laju itu membawa bersamanya arus yang bervoltan tinggi dan boleh memusnahkan blogku ini!


Tapi... kalaulah setiap hari aliran laju itu berterusan.. mungkin agaknya  aku akan menjadi bangga dan riak, kan...kan...kannnnnnnn.... (^_^)






22 ulasan:

  1. kakcik jadi blogger mi segera kejap semalam - cepat panas, cepat sejuk, [sedap dimakan] hehehe :)

    BalasPadam
  2. KOG...

    hahaha.. betullah tu... sedap dimakan hingga menjilat pinggan! :)

    BalasPadam
  3. salam kakcik

    kdg2 keluarbiasaan mengundang
    sedikit kebimbangan dan pertnyaan...

    BalasPadam
  4. Salam manje..

    betul tu dik.. takut ada kemungkinan lain di sebaliknya...

    BalasPadam
  5. Salam kakcik
    Apa2 pun, anggaplah tu rezeki (ehh.. boleh ke?).

    Pelawat2 yg bertandang kat Al-kisah memang suam2 kuku jer. So.. rezeki gak namanya tu :-)

    P/S: Bday anak sulung kakcik sama dgn bday aruah ayahanda kita..

    BalasPadam
  6. salam mama ( panggil mama la plak )
    boleh kan???
    alhamdulillah kalau dah kembali normal =)

    BalasPadam
  7. Salam CS..

    kakcik akan tetap ke rumah CS tu walaupun dalam diam.. hmmmmmm... siapalAh kita, kannnnnn... :(

    Yang pastinya arwah ayahanda CS (semoga rahmat Ilahi melimpah ke atas rohnya. Amin) mesti seorang ayah yang hebat.

    BalasPadam
  8. Salam Cheqna...

    sumpah mama tak kisah.. hehehe... :)

    Syukurlah... Yang penting, kawan2 mama tetap ingat kat mama.. (^_^)

    BalasPadam
  9. salam kak cik...

    kekekeke (gelak dulu)
    bahaya tu kalau traffic blog meningkat laju..hingga jadi meriak diri....kan kak cik kan...kan...heheheheh

    BalasPadam
  10. Salam Ila..

    kemungkinan tu ada kannnnn..... hehehe...

    BalasPadam
  11. betul tu kakcik..nanti lama2 jadi riak, sombong dan takabur..

    haishhh!

    oleh itu marilah kita berjalan2 ke rumah [blog] saya pulak..lalalalala..

    BalasPadam
  12. Firuz...

    dalam sehari, 2 @ 3 kali kakcik jengah ke rumah MDT tu... :)

    BalasPadam
  13. kalau ada iklannn...
    masyukkkk tu....
    (merujuk kepada traffik semalam)

    BalasPadam
  14. Pn Dr...

    iye ke??? En. Nuff tu macam tidur je... :)

    BalasPadam
  15. kakcik, daripada mkn pinat bate sebotol baikle makan sebekut pinat bate saya. ngeeeee

    BalasPadam
  16. gadisBunga..

    bak la mai.. kakcik kalau yang berkaitan dengan kacang, memang suka sangat. :)

    BalasPadam
  17. Cemana KAKCIK tengok aliran tu, semak kat mana?

    Yang saya tahu, dlm satu satu masa hanya jumlah yg online saja yang saya nampak (blog saya tak pernah lebih dari 5 orang)

    BalasPadam
  18. Azie...

    kakcik nampak kat widget yang kakcik pasang kat sebelah kanan tu... (di bawah tajuk DARI MANA?)

    BalasPadam
  19. do-ga-aannnn.. hehehe
    tahniah kakcik, anda telah lulus ujian ini dengan warna-warna berterbangan!
    *pg td mkn nasiklemak maka tidak jadey orengputeh lah*

    BalasPadam
  20. Salam AzeedA...

    maka bertambah2lah lelemak di bawah kulit, ya? Hehehe...

    kakcik pun selalu 'baham' makanan Melayu je!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com