Kawan-kawan kakcik

Selasa, 21 September 2010

Apa yang ada di hati dan mindamu, anakku?

Artikel asal di bharian.com

Gadis kembar dan rakan ditemui di Pulau Pinang - ditemui di rumah pangsa bersama dua lelaki.


Tidak sayangkah pada masa depanmu???

Tidak terfikirkah betapa resahnya ibubapa yang melahir dan membesarkanmu???

Tidak takutkah pada dosa-dosa yang mungkin melingkari hidupmu???

Janganlah kau ulangi lagi duhai anakku... kembalilah ke landasan yang dibenarkan oleh Tuhan dan Agamamu...


 

20 ulasan:

  1. tak terkata saya kakcik...kenapa diorg tak fikirkan masa depan diorg?

    BalasPadam
  2. anak-anak sekarang terlalu berani, tidak memikir masa depan agaknya

    ..tak pun kerana sekolah harapan dah di buka di Melaka

    minta dijauhkan kepada anak-anak kita dari berlaku perkara begini

    BalasPadam
  3. Salam Kakcik,

    Semoga mereka menemukan jalan pulang. Menyesali hari ini, lebih baik jika dibandingan dengan penyesalan hari kemudian...

    BalasPadam
  4. sekarang bukan saja anak perempuan kita bimbang tapi anak lelaki pun sama....mengerunkan!!

    BalasPadam
  5. gadisBunga...

    mereka terlalu ikutkan kata hati dan nafsu muda tanpa berfikir panjang tentang keburukan2 yang mereka akan hadapi... :(

    BalasPadam
  6. Ibuintan...

    kakcik pun terfikir nak sentuh pasal SH itu dan kaitannya dengan kes sebegini... Nanti ada pulak yang melenting2 tanpa berfikir! :(

    BalasPadam
  7. Hj Zed..

    terlalu sedikit orang yang menyesal dahulu... selalunya segala2nya telah menjadi terlalu lewat! :(

    BalasPadam
  8. AM..

    betul tu... kakcik pernah 'suarakan' kebimbangan ini dulu w/pun keempat2 anak kakcik lelaki... :(

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum wbt
    Ate benda ni dah lama dan byk kali berlaku disekeliling kita cuma idak digahkan saja. Ate teman ni, cik egu, udah mangli dgn benda2 ni malah kalor nak diceritakan, lebih ghedat dari ini pun ada. Bile dipikiorkan balik, udah nasib masing2, mane nak mbuatnya, semua sikit sebanyak ada saham terlibat bersama...

    BalasPadam
  10. fikiran mrk x matang dan x fikir jauh.. moga Allah beri hidayah

    BalasPadam
  11. Wa'alaikummussalam Yop..

    teghingat pulak teman kat ceghite adik teman yang cek egu tu mase dia ngajo kat sebuah leghah... kes haghuan makan anok! pok sedaghe mbuat hei kat anok sedaghe... eeiii... ngeto ngeligih dibuat dek bende2 cenggini... Na'uzubillah...

    BalasPadam
  12. Salam Maiyah...

    sama2 kita doakan agar perkara begini tidak akan berlaku lagi kepada sesiapa jua pun...

    BalasPadam
  13. Salam Kakcik

    anak2 sekarang terlalu advance. Mudah2an ilmu yg diserapkan kat anak2 mengelakkan kita menerima keadaan separti ini..INSYALLAH

    BalasPadam
  14. semakin gerun dgn gejala sosial skrg ni..rase mcm nak masukkan balik my rebinas dalam perut..huhu!

    sama2lah kita berdoa semoga dijauhkan segala perkara buruk berlaku pd generasi kita seterusnya..

    BalasPadam
  15. Isykk...kalau zaman dulu mahu kena balun cukup-cukup budak-budak tu...geram betul--

    Dalam hati ni pun rasa nak bagi pelempang je...

    Hari ni ada anak teruna pun risau...sebab anak dara sekarang pun, suka buat hal...dibuatnya datang rumah kita, waktu kita tak ada....isykkkkk mintak simpang...

    BalasPadam
  16. Salam Firuz...

    mungkin perasaan yang sama juga di hati dan fikiran ibubapa kita dulu-dulu terhadap diri kita dan anak2 mereka yang lain - tak lekang dari rasa risau dan curiga ... bukan tidak diberi didikan dan bimbingan, tetapi dugaan boleh datang bila2 masa tanpa diduga...

    Semoga generasi kita yang akan datang adalah generasi yang terdidik dan terbiasa dengan akhlak yang baik...

    BalasPadam
  17. Salam Azie...

    memang pun... kenapalah pendek sangat akal fikiran mereka, kan? :(

    BalasPadam
  18. Salam Ros...

    anak-anak sekarang seolah2 hilang rasa segan silu terhadap orang tua. Memang risau hati ini dibuatnya. Anak lelaki dibimbangi pulak bawa lari anak dara orang... :(

    Ingat lagi masa kakcik remaja dulu - nak bergambar dengan kawan lelaki pun takut!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com