Sudah hampir tiga tahun mak pergi meninggalkan segala-galanya di atas dunia ini dan kembali kepada Maha Pencipta. Semoga Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun, mengampunkan segala dosa-dosa mak dan menempatkan roh mak di kalangan roh mereka yang diredhoi serta bersemadi dengan tenang dan aman di Syurga Firdausi. Amin....
Bila tiba bulan Ramadhan, aku terkenang-kenang akan kuih muih yang biasa mak buat dan menjadi kesukaan pak.
(Semua gambar diambil dari album pakcik google dan aku tak sempat mengambil nama pemilik sebenar gambar-gambar ini. Harap-harap semua pemilik asal merelakan 'penciplakan' ini. Terima kasih)
Di kampung aku, kuih ini dipanggil kuih jongkong
Yang ini pula kuih limas. Orang KL panggil kuih pelita...
kuih tepung talam...
Sehari sebelum Hari Raya, mak dan pak akan sibuk menyediakan lemang pulut. Mak siapkan semua ramuan sehingga siap masuk ke dalam buluh dan pak akan membakar lemang tersebut hingga masak. Selain dari lemang pulut, mak juga akan sediakan lemang tepung dan lemang jagung untuk anak kesayangannya.
lemang tepung
lemang jagung
Mak.... kami anak-anak mak rindukan mak. Tapi, kami tahu mak sedang aman di sana. Kami juga doakan agar kesihatan pak pulih seperti sediakala walaupun kami tak mungkin lagi dapat menjamah makanan-makanan hasil airtangan mak dan pak.
kak cik ..arwah my dad..asal kg gajah... kuih limas our favourite adik bradik... kat jb susah gila nak cari .. yang ada.,.yang campur jagung tu.. kita tak minat sangat yang tu...
BalasPadamkak cik menggamit memori kita juga...heheheh
salam..sedapnya tepung pelita tue huhuhuhuh
BalasPadamSalam Fazila..
BalasPadambagi kakcik kuih limas asli memang sedap berbanding dengan yang telah diubahsuai. Dan memang kuih buatan arwah mak kakcik tiada tandingannya. Sayang sekali, kakcik tidak mewarisi kepakaran itu. :(
Salam Ramadhan Kak Cik.. :)
BalasPadamseminggu seblum raya thn ni genaplah 2thn Mak meninggalkan kami.. Mak pandai buat mcm2 jenis kuih - bengkang, buah melaka, tepung talam, seri muka...
Al-Fatihah utk arwah Mak & Apak..
TQ kak for sharing..
Salam sahrom..
BalasPadambila puasa, tengok makanan apa pun sedap - kan? :)
Salam AzeedA..
BalasPadam(AzeedA ada blog tak? Kakcik cari tapi tak jumpa)....
Mak kakcik 'kembali' pada 16/12/2007 - dah hampir 3 tahun. AzeedA pandai buat kuih2 tu tak? Kakcik tak pandai.. :(
tiba2 saya jadi hiba bila kakcik sebut pasal emak.
BalasPadamkuih/masakan mak still the best !
Salam Kanda AL..
BalasPadamkakcik taip catatan di atas sambil kesat hidung dan mata... :(
salam kakcik,
BalasPadamsaya baru tau pagi tadi yg kuih tepong pelita tu org panggil kuih limas.. :)
Salam Firuz..
BalasPadamada juga yang panggil kuih TAKO, kan? tapi mungkin bahannya lain sikit.. :)
salamm kak cik...semoga beliau aman disana...al-fatihah
BalasPadamSalam Alimaz..
BalasPadamInsyaAllah.. terima kasih.
salam kakcik,
BalasPadamselalunya bulan puasa ni memang hati sayu dan hiba saja terutama bila terkenangkan mak dan abah yg telah tiada...
memang rindu masakan mak, apa mak masak semua sedap..
salam kakcik... rasa mahu menitis airmata baca nukilan kuih mak nie.. sbb mak satu2 insan yg akan rajin melayan kerenah anak2nya. Semoga mak kakcik ditempatkan di kalangan hamba2 yg dicintai dan aman disana dgn limpah doa anak2. Amin.
BalasPadamkakcik,
BalasPadamTepung pelita pakai 'takung' daun pisang dan kuih Tako pakai 'takung' daun pandan adunannya pun berlainan tapi limas dgn tepung pelita mungkin sama.
Saya tak pernah jumpa lemang jagung tu sungguh kreatif dan unik sudah pasti sedapkan kakcik.
Salam Kak,
BalasPadamAl-Fatihah.
lemang jagung tu macam menarik je kak..
Salam ibuintan..
BalasPadamada juga anak2 yang suka memperlekehkan masakan mak. Tapi, bila maka tak ada barulah terasa betapa enaknya masakan yang pernah mak masak.
Salam Cyana..
BalasPadamterima aksih untuk doa. Orang kata, seorang mak boleh 'jaga' sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak, belum tentu boleh menjaga seorang mak...
Salam Salmi...
BalasPadamooo.. macam tu, ya? Lemang jagung tu, kalau betul caranya - memang sedap. Tak sedap kalau tak cukup lemak, masin, manisnya atau jagung hanya ada sebiji dua (bukan setongkol dua). :)
Salam Reen...
BalasPadamAmin.
Lemang jagung tu kadang2 ada di jual digerai yang menjual lemamg. Kalau Reen jumpa, cubalah. :)
Salam kakcik
BalasPadamMmg sedih bila teringat arwah Mak.. mama baru ini kali pertama mak takde....
Salam Mama..
BalasPadamini tahun ke 3 kakcik dan adik-adik berpuasa dan bakal berhari raya tanpa mak. :(
Kak Cik,
BalasPadam2 ke 3 thn ke rase mcm baru je pergi.. lukanya masih basah..
tak.. satu apah pon x pandei nk buatnye hehehe makan pandei!
blog saya bawah tanah la kak.. segan nak dedah.. bg emel akak ke emel saya azeedanur@gmail.com, nnti saya hntr invite ye :)
AzeedA..
BalasPadambaru ni kakcik baca ada blog bawah tanah.. hehehe... Emel kakcik : emzekjay@hotmail.com
uik kakcik baca blog bawah tanah yg mana ni?
BalasPadamhehe sila la kak.. jemputan udah diantarr!
AzeedA..
BalasPadamorait - nanti kakcik terjah. :)