Kawan-kawan kakcik

Khamis, 12 Ogos 2010

Petang Ramadhan Pertama

Semalam suami bercuti.  Awallah dia ambil aku balik dari pejabat.  Balik ke rumah, sempat mandi dan solat Asar.  Sambil tu masak air dan jerang nasi.  Kemudian ambil Budak Sepet balik dari sekolah.


Kawan Budak Sepet pun tumpang sekali, jadi balik ke rumah dulu.  Suruh Budak Sepet mandi sebelum ke Pasar Juadah.  Jam 5.45, Pasar Juadah bagaikan pesta.  Kereta dan motorsikal berderet-beret, sampai jalan tinggal selorong.

Masuk ke Pasar Juadah, dah rasa nak pitam. Bersesak-sesak, sampai kena jalan mengereng!  Cuma beli nasi tomato, kebab dan sejenis dua air.  Budak Sepet pun dah nak naik muntah.  Nak ambil gambar pun susah.  Orang ke Pasar Juadah untuk membeli belah, yang aku pulak sibuk nak ambil gambar - siapa suruh, kan?





Balik dari Pasar Juadah, singgah beli ayam percik.  Tiap-tiap tahun, bila bulan Ramadhan, ayam percik Moon's Kitchen ni memang jadi hidangan kegemaran anak-anak.  Seketul RM5.00.
 






34 ulasan:

  1. pun beli ayam..tapi ayam berempah sketul rm3..& nasi lemak singgit.. :)

    BalasPadam
  2. cheqna belum ziarah bazar ramadhan walaupun belakang opis je..masih tiada mood...=)

    BalasPadam
  3. salam ramadhan..tak dan gi pasar ramadhan semalam

    BalasPadam
  4. Salam Firuz..

    masih ada nasi lemak singgit, ye? Kat sini, kakcik rasa paling murah pun singgit setengah. :)

    BalasPadam
  5. Salam Cheqna..

    masih penat, ya? Awal-awal ni, orang pun agak ramai 'berkerumun'. Semua bangsa ada. :)

    BalasPadam
  6. salam kak cik..

    menu kita sama la...nasi tamato... tunjuk..mari dari bazar ramadhan...heheheheh

    BalasPadam
  7. Salam sahrom...

    sebenarnya walaupun ringkas, masak sendiri lebih puas. :)

    BalasPadam
  8. Salam Fazila..

    anak kakcik yang ke 3 tu, yang suka sangat nasi tomato. Kakcik dapat nasi putih dengan iakn pekasam pun cukup (tekak kampung). :)

    BalasPadam
  9. salam,

    semalam dah belanja RM11.50...pun ada baki juadah yang terbuang....hari ini nak dikurangkan lagi..

    BalasPadam
  10. kakcik..rm 5.00 seketul besar mana tu? kat sini Ayam yang dipotong 4 masih boleh lagi dibeli dgn harga rm4.00 sepotong.
    Setiap hari kakcik pegi pasar juadah yg samake?

    BalasPadam
  11. Salam Myri..

    Itulah.. kalau boleh nak belanja RM10.00 je. Tapi ayam seketul dah RM5.00 :(

    BalasPadam
  12. Salam Salmi..

    kakcik pun tak tahu besar mana seketul ayam tu. Sebabnya, yang beli suami kakcik, lepas tu dia siap suruh penjual tu 'cincang' setiap ketul ayam tu kecik-kecik... :)

    BalasPadam
  13. selamat berpuasa kakcik...
    lewat pula kita sampai...

    BalasPadam
  14. alahai!! tgk kepak ayam madu pulak!! dh la smlm sempat jeling2 je msa lalu pasar ramadhan...huwaaa....

    BalasPadam
  15. Selamat berpuasa kakzaa...

    biar lambat asal selamat. :)

    BalasPadam
  16. Salam Baby..

    petang ni boleh beli, kan? :)

    BalasPadam
  17. salam kakcik..

    pasar ramadhan kat mana ni....

    BalasPadam
  18. salam ramadhan

    wah kakcik makan ayam percik la..ye..wah..wah..wah... best2

    BalasPadam
  19. singgah kak....meriah tol kan pasar ramadhan

    BalasPadam
  20. sekarang ni susah nak cari kuih tradisional. kalau ada pun rasanya tak sama macam dulu-dulu.

    BalasPadam
  21. Salam Siti..

    Di Padang Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah, K.L. :)

    BalasPadam
  22. Salam Angah..

    marilah merempit ke tempat kakcik ni.. pasti tidak mengecewakan. :)

    BalasPadam
  23. Salam Iman..

    adoiii.. sampai tak de ruang nak melangkah! :)

    BalasPadam
  24. Salam Kanda AL..

    tiba2 teringat kuih 'jongkong' yang arwah mak buat.. :(

    BalasPadam
  25. combi tak suka bersesak...masak kat rumah mkn 2 org jek.. :)

    besok dak 2 org tu balik tatau nak masak ke atau mkn kat luar.

    aduiii teringin nak mkn puteri 2 sebilik aka tepung bungkus.kat sini takde jual pun...ishhh :(

    BalasPadam
  26. salam kakcik,
    awal2 puasa ni biasanya memang sesak pasar juadah, macam-macam ada kan..
    semalam hanya beli air soya saja..

    BalasPadam
  27. Salam Combi..

    macam tu la kita jadi ibu ni, selera anak2 yang penting. Kakcik pun kalau ikut selera sendiri, nasi panas dengan ikan bilis goreng garing + bawang besar + cili pun dah cukup. Nak basah, curah kicap! :)

    BalasPadam
  28. Salam ibuintan..

    memang sesak sungguh.. tapi bukan semua gerai jadi tumpuan. Yang jadi masalah, bila tak boleh nak bergerak! :)

    BalasPadam
  29. kita nak main tipu lah... kalau adik kita gi bazar nak kirim je, pegi sendiri tak mau, himpit² tak best :)

    BalasPadam
  30. acu cuma beli nasi kosong + ayam goreng kat kedai mamak je...jln jam teruk malas nak singgah pasar ramadhan...

    BalasPadam
  31. Salam KOG..

    memang tak seronok langsung berhimpit2 tu.. dah le pelbagai macam 'pewangi percuma' ada kat sana.. tapi, kalau tak pergi tak dapatlah nak pilih sendiri... :)

    BalasPadam
  32. Salam Acu..

    kalau kakcik sorang, harus kakcik juga jadi macam acu. Kadang2 malas nak pergi, tapi Cik Abang tu ajak juga...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com