Kawan-kawan kakcik

Ahad, 1 Ogos 2010

Kuala Lumpur - Kota Kinabalu (Bhg 2)

Tak sempat nak sambung catatan semalam kerana kesuntukan masa.  Pergi Majlis Perkahwinan di Kg. Melayu Kepong - balik ke rumah, kemudian ke rumah mertua di Teluk Intan.  Sampai ke rumah semula jam 12.00 tengahmalam.


27/07/2010
  
Setelah semua peserta sampai di KKIA kami terus menaiki bas menuju ke Pejabat BERNAS Telipok untuk jamuan makan tengahari.  Dari KKIA ke tempat ini mengambil masa lebihkurang satu jam.  Di sini, aku berpeluang menjamah buah bambangan yang dijadikan hidangan.  Memang sedap.

Selepas menjamu selera, kami terus dibawa ke tempat penginapan di Sutera Sanctuary Lodge (Kinabalu Park) - klik untuk maklumat lanjut.  Perjalanan mengambil masa lebihkurang sejam setengah.  Bagaimanapun, sebelum sampai ke tempat penginapan, kami singgah sebentar di Pekan Nabalu untuk menikmati pemandangan dan juga untuk membeli cenderamata (selepas ini anggota rombongan tidak berkesempatan lagi untuk membeli apa-apa kerana kesuntukan masa). Harga barang-barang yang dijual di sini memang mahal - jadi, kenalah pandai tawar menawar hingga 50 ke 60% dari harga asal.


Walaupun telah dibekalkan dengan tongkat besi boleh laras, ramai juga peserta membeli tongkat kayu untuk mendaki nanti dengan harga RM3.00 sebatang.  Dari Pekan Nabalu, kami terus ke Kinabalu Park.   Selepas mendapat kunci bilik, pada jam 6.00 petang peserta di beri taklimat ringkas mengenai pendakian yang akan dilalui bermula esok pagi.  Usai taklimat, hidangan makan malam di sediakan.


Aku dan suami menginap di Hill Lodge 8. Memang selesa dan luas bilik ini.


Lihatlah kain selimut yang disediakan. Berlapis-lapis kerana cuaca yang teramat dingin hingga mencucuk tulang.  Tak perlu guna pendingin hawa mahupun kipas.  Memang menggigil dibuatnya.


Sewaktu 'memunggah' beg pakaian untuk mengambil apa yang perlu, aku amat terperanjat menemui dua batang rokok jenama SAAT yang entah dari mana datangnya.  Puas aku memikirkan tentang kemunculan rokok ini.  Suamiku tidak merokok.  Beg pakaian itu pula, hanya aku yang menggunakannya.  Sebelum ini, aku bawa beg itu ke IPN, Sabak Bernam.  Sewaktu mengemas pakaian di rumah, tiada pula aku perasan kewujudan rokok dua beradik tu.  Takkanlah pula ada orang memasukkannya semasa di lapangan terbang? Ishhhhh.... sudahnya,  rokok itu jadi habuan tong sampah.
*** bersambung lagi di episod seterusnya...


18 ulasan:

  1. Salam Kak CIK...

    tengok gambar, baca cerita wpun ringkas, dah rasa teruja nak pegi sana juga..

    suatu hari nanti mesti nak pi jugak.

    BalasPadam
  2. Salam Azie..

    welcome back! Nak hurai panjang2 takut orang jemu membaca! :)

    Tapi memang seronok - rasa nak pergi lagi.. jommmm... :)

    BalasPadam
  3. Uiyooo misteri sungguh kehadiran 2 batang rokok tu....

    Mujur tak jadi apa2 masa melepasi imigresen kan? Mana tau kot ada orang menggunakan beg kak cik sebagai tumpangan...

    Tapi memandangkan takde apa yg berlaku... agaknya ada org tersalah selit rokok... kebetulan rupa beg sama plak. heheheheh

    BalasPadam
  4. Vic..

    memang misteri. Tapi, semasa tunggu beg - tak nampak pulak ada beg yang sama seperti beg kakcik. Lagipun, rokok tu macam terselit di bawah barangan lain! Nasib baiklah hanya rokok, bukan serbuk putih tu.. Na'uzubillahhiminzalik.

    BalasPadam
  5. Echam..

    yang tak bestnya bila balik terpaksa 'uruskan' pakaian berbakul2. :)

    BalasPadam
  6. salam kak cik sayang.
    waaaahh..kakcik ni makan angin saja...jeles ida tau..ntah bila lah ida dpt ke Sarawak...

    BalasPadam
  7. salam,

    sekeping gambar - beribu perkataan, banyak gambar - banyak ribu perkataan tu...seronok membaca gambar-gambar tu.

    BalasPadam
  8. Salam Ida..

    catatan kakcik kali ini bukan ke Sarawak, tapi ke Sabah. Itupun dapat pergi atas ehsan suami. :)

    BalasPadam
  9. Salam Myri..

    Tahniah kerana dapat 'membaca' gambar. Kakcik juga suka melakukannya. :)

    BalasPadam
  10. bestnye, dah lama ngidam nak pergi nengok Gunung Kinabalu, nak nengok je daki memang tak mampu..
    entah bila la sampainya...

    BalasPadam
  11. ibuintan..

    InsyaAllah. kalau rezeki tak ke mana. Akan sampai juga nanti. :)

    BalasPadam
  12. IM..

    mewah yang dibuat2 sebenarnya.. kalau ikutkan kemampuan tak segah yang digambarkan. :)

    BalasPadam
  13. Pn. Dr..

    macam2 yang kakcik bayangkan! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com