Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 31 Julai 2010

Kuala Lumpur - Kota Kinabalu (Bhg. 1)

 27/07/2010

Aku dan suami keluar rumah seawal jam 4.50 pagi dengan menaiki teksi (teksi jiran yang selalu ditempah oleh suami kalau hendak ke lapangan terbang) menuju ke LCCT.  Penerbangan kami ke Kota Kinabalu dengan pesawat Air Asia dijadualkan berlepas pada jam 6.50 pagi.  Alhamdulillah, penerbangan pergi ini tidak tertunda.

Aku dan suami tidak duduk di barisan yang sama.  Disebabkan dia pergi atas urusan rasmi, selalunya dia akan duduk di HOT SEAT Aku pula diberi tempat duduk di barisan ke 23.  Tapi, di barisan itu hanya aku seorang yang duduk.  Jadi, seperti lazimnya, aku akan duduk di tepi tingkap (macam budak-budak..hehehe)Aku cakap dengan suami, aku tak mahu 'membuang' duit RM25.00 semata-mata untuk duduk di 'kerusi panas' tu (bukan setakat kedekut, tapi aku memang 'berkira' - sampainya sama juga). Bila duduk di tepi tingkap, aku suka memandang keluar dan rasa mengantuk pun hilang.

Nak kata lapar sangat pun, tidak juga.  Tapi bila pramugari pramugara menolak troli makanan, teringinlah pulak nak membeli. Biasalah harga makanan dalam kapalterbang (dari aku ambil hot seat, baik aku ambil hot nasi lemak ...).  Tapi.. harga makanan di LABAN RATA lagi mahal tau...

 Lebihkurang jam 9.20 pagi, kami selamat mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.  Di sini, kawan suami dari BERNAS, Kota Kinabalu sudah sedia menanti.  Disebabkan anggota ekspedisi yang lain belum sampai (mereka menaiki penerbangan yang agak lewat), kami dibawa ke bangunan yang menempatkan pejabat BERNAS (aku lupa nama bangunannya).  Aku masih kenyang, tapi suami belum makan.  Kami ke tingkat 3 bangunan tersebut untuk mengisi perut (tak baik biarkan suami makan sorang-sorang, kan?).

 
Pemandangan di tingkat bawah

Selepas makan, kami naik ke pejabat BERNAS, di Tingkat 7 sementara menanti ketibaan anggota rombongan yang lain.


***  psssttttt... Dance India Dance Lil Masters dah nak mula - nanti sambung lagi, ya?  :)


 

14 ulasan:

  1. salam,

    Kakcik tentu tak nampak...saya lambai kat bawah tu..

    BalasPadam
  2. Salam kak cik
    masa anak anak sya belum sekolah dulu, selalu gak ikut enpakwe keluar kaawasn
    sekarang anak anak dah sekolah tak boleh nak mengikut dah, kalau cuti sekolah pun tak ikut tp sya cuti bawak balik anak ke kampung

    BalasPadam
  3. Salam Myri..

    patutlah macam kakcik perasan ada orang melambai-lambai. :)

    BalasPadam
  4. Salam Sya..

    sekarang anak kakcik dah besar-besar. Along dah memang boleh diharap menjaga adik-adiknya. :)

    BalasPadam
  5. Vic pun kalau naik kapal terbang suka sangat duduk tepi tingkap...

    Tapi Aliyah tu kalau duduk tepi tingkap gigilnya lebih sikit... hahahaha

    BalasPadam
  6. salam kakcik.

    saya baru balik petang semalam dari sandakan. direct dari klia dan sandakan dengan mas. tak singgah pun kat kk.
    nanti saya buat satu entri tentangnya.

    BalasPadam
  7. la....kak cik..minat dance lil india tu ...ke pun..... sabar je la....

    BalasPadam
  8. Salam kakcik

    Suspense.... mama masih 'tercangok' dpn laptop menunggu dgn sabar episod seterusnya

    BalasPadam
  9. Vic..

    walaupun hanya nampak awan.. tapi, duduk di tepi tingkap memang seronok bagi kakcik.. hehehe..

    BalasPadam
  10. Salam Kanda AL..

    nanti kakcik tumpang baca catatan tu... :)

    BalasPadam
  11. imanamani..

    ooo.. kakcik baru terpikat dengan program tu sebab pesertanya kanak-kanak dan kakcik boleh menghayati 'cerita dalam tarian' mereka. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com