Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 23 Julai 2010

Terganggu

Waktu kita sedang bersolat di surau atau di mana sahaja, adakah kita akan rasa terganggu andainya ada orang bercakap-cakap di sekitar kita? 

Kalau tanya aku, jawapannya 'ya, aku memang terganggu'.  Mungkin imanku terlalu lemah.  Jadi aku sama sekali tidak dapat kusyuk dalam mendirikan solat bila ada 'pot pet pot pet' di sekitarku.  Sedangkan waktu mendirikan solat bersendirian pun, susah untuk kusyuk apatah lagi bila ditambah dengan bunyi-bunyian yang tak diundang.

Persoalan ini aku utarakan kepada Prof. MKI  dan beliau menjawab begini :

Kakcik,

Salam sejahtera,
Jangan sesekali timbul perasaan marah, geram atau kecewa dengan sikap tersebut. Saya fikir mereka tidak tahu. Ramai yang begitu.

Tegurlah mereka dengan cara yang sangat bersopan.

Jika tidak mampu, berdoalah dengan sesungguh doa. Kita pun akan redha dengan keadaan tersebut dan insyaAllah bunyi bising yang mengganggu tidak mampu diproses oleh telinga kita.

Sedikit demi sedikit – InsyaAllah – ia tidak lagi menjadi gangguan untuk bersolat!


Terima kasih Prof.  InsyaAllah, akan kucuba lakukan yang terbaik agar solatku tidak terganggu dan mereka yang 'di luar sedar' itu akan segera tersedar dari kesilapan mereka.  Tolonglah hormati orang yang sedang bersolat.  Kalaupun rasa perlu sangat hendak bercakap, cakaplah dengan suara yang perlahan atau berbisik.  Tapi, kalau nak 'bergossip', tunggulah sehingga berada di luar surau atau lebih elok hentikan sahaja.







30 ulasan:

  1. tak guna kecewa dengan keadaan sebegini. ianya takkan habis.

    bejarlah untuk terima hakikat akan ada bising di sisi orang bersolat.

    sama seperti ada talipon berdering di dalam kocek...

    BalasPadam
  2. IM...

    nak kata tak kecewa, rasanya kecewalah juga... iyalah, bukan tak nampak ada orang lain sedang solat. Tapi, belum sempat melipat telekung dah 'tercungap-cungap' nak bercakap. Lepas tu, tak reti2 nak perlahankan volume.

    Pengajaran juga untuk diri kakcik, 'jangan buat benda yang kita tak suka orang lain buat'.

    BalasPadam
  3. salam..my dear KakCikS..:)

    Memang terganggu!!
    begitulah kan..cakap tak habis-habis..tak kira di mana dan apa situasinya......

    Semoga kita msh bisa mengawal diri..!insyaAllah...:)

    BalasPadam
  4. satu lagi. dalam kelas agama .... ustazah bercakap kat depan, yang kat belakang ni soksek soksek bercerita hal lain. Telinga kita yang mendengar ni macam menanah je...

    BalasPadam
  5. Salam Tinie Sayang..

    yang lagi hairannya, waktu di luar surau tidak pula ada benda nak dicakapkan. Masuk sahaja ke surau, baru ada ilham kot! (Iblis akan mengganggu kita di mana sahaja) :)

    BalasPadam
  6. Salam Kakpah..

    betul.. kadang2 sakit hati tak tahu nak cakap. Agaknya 'mereka' nak ambil 'pahala hadir di majlis ilmu' sahaja - bukan nak menimba ilmu! :(

    BalasPadam
  7. sudah jadi tabiat para pempopet ini.. tak kira dimana jua meraka berada. Dalam surau lagi kencang suara mereka... kalau ditempat lelaki ditambah pula dgn ketawa yg kuat....

    BalasPadam
  8. hmm... kadang ke majlis ilmu.. tapi kecewa sgt sbb yg hadir ada yg tidur... erm..better tkperlu datang..sbb mencacatkan suasana. hmm

    BalasPadam
  9. betul tu kak..
    kadang tu berjemaah lg depa berborak...

    BalasPadam
  10. Abu Muaz..

    sesetengahnya tu.. kat luar, diam je.. masuk ke surau pulak boleh jadi terlebih ramah!

    BalasPadam
  11. Cyana..

    tidur siap berdengkur dan nganga mulut lagi, ya?

    BalasPadam
  12. Mimi..

    mudah2an kita tak jadi begitu. :)

    BalasPadam
  13. salam kakcik, itu ok lg..bg saya ibubapa yg tidak mengawal anak mrk ketika di surau lg boleh mengganggu..nanti org kata tak pandai didik anak plak...

    BalasPadam
  14. Salam Kak Cik,


    Dah lumrah manusia, bercakap tak kira masa.

    Semoga kita tak seperti mereka.

    BalasPadam
  15. Sahrom..

    sebenarnya bagus bagi ibubapa membawa anak-anak mereka ke surau atau ke masjid bagi memberi pendekatan yang baik. Cuma, anak-anak itu kenalah dilatih agar menjaga adab sopan. Sedangkan orang tua pun susah nak diajar, apalagi budak2. Tapi, kalau kita membentuk buluh sedari rebungnya, InsyaAllah akan mudahlah ia dilentur. :)

    BalasPadam
  16. Salam Reen..

    kita pun kadang2 'terbabas' juga. Semoga kita cepat tersedar dari terus 'terjunam'. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  17. salam,

    maafkan mereka....
    insyaAllah akan ramai nanti memaafkan kita.

    BalasPadam
  18. Salam Myri..

    memang ingin memaafkan, tapi kalau berulang2.. sebagai manusia biasa - 'angin' juga.. Semoga Allah mengampuni kakcik dan kita semua. :)

    BalasPadam
  19. ..nasihat yang harus di ikuti..dari prof.. :)..

    BalasPadam
  20. imanamani..

    iya, nasihat yang baik (namanya pu nasihat, kan?) :)

    p/s : kakcik cuba jejak blog imanamani - tapi tak jumpa. :(

    BalasPadam
  21. salam kakcik,
    lumrah memang sedap bercakap soal duniawi, apalagi bergosip2 panas ni, cuma ada masa tak kena tempat dan suasana..
    masa ni juga kita berada dalam dilema antara nak tegur atau diam saja

    BalasPadam
  22. Salam Ibuintan..

    kadang2 kita tegur pun, orang boleh buat pekak. Sabar sahajalahhh...

    BalasPadam
  23. kak cik...

    kita dah invite kak cik ..kat email hotmail tu..

    hehehe jemput le datang ,..mekasih...

    BalasPadam
  24. imanamani..

    kakcik dah semak email.. tak ada jemputan pun!

    apa2pun.. terima kasih. :)

    BalasPadam
  25. kak cik..

    tadi internet error...

    hehe dah invite semula...

    BalasPadam
  26. Alimaz..

    mereka solat. Tapi sebelum dan sesudah solat, mereka berpotpet tanpa menghiraukan orang lain yang masih/sedang bersolat.

    BalasPadam
  27. ye la kalau nak bergosip pun jangan sampai macam tue tak elokkk

    BalasPadam
  28. Angah..

    haaa.. dah tahu tak elok, Angah jangan buat tauuuu :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com