Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 23 Julai 2010

Jangan laknat anak..

Islam larang ibu bapa laknat anak



SERING kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan.

Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor ataupun doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan.

Ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya itu. Sambil bersungut dan mengumpat, si ibu meninggalkan permata hatinya itu menangis.

Memang tugas sebagai ibu di rumah tangga mempunyai tugas yang sangat berat, ibarat pekerja ibu mempunyai jam kerja yang tidak terbatas berbanding bekerja di pejabat selama enam hingga lapan jam.

Selepas itu dia boleh beristirahat dengan tenang. Sedangkan bagi ibu yang memiliki anak menjaga mereka 24 jam, belum melayani suami, memasak, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya.

Aduh kasihan sungguh kaum ibu. Beruntunglah ibu yang suaminya menyediakan pembantu di rumah untuk meringankan tugasnya.

Bagaimana pula apabila suami tidak mampu? Tentu isteri yang perlu menyelesaikan tugas itu bersendirian dan biasanya apabila ibu keletihan di tambah pula dengan kerenah anak sudah pasti ibu tidak dapat kawal emosi.

Maka keluarlah cercaan, cacian, makian, laknat dan sumpah yang tidak baik kepada anak mereka.

Biasanya seorang ayah yang mendengar kadang hanya berdiam diri saja. Lalu bagaimana sebenarnya Islam memandang hal ini?

Memang apabila seseorang jauh dari penghayatan Islam yang mulia ini akan menyeret mereka dalam dosa dan maksiat bahkan mereka secara tidak sedar menzalimi diri mereka.

Kerana itu wajiblah bagi semua Muslim dan juga Muslimah mempelajari agama agar mereka terhindar dari apa yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang di perintah-Nya.

Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika kita marah.
 
Seterusnya di Harian Metro
 
Renung-renungkan.... dan selamat beramal  (kata-kata popular Prof. Izzy)
 
 

20 ulasan:

  1. salam kakcik...

    apa yg dpt ummi buat , bila teringat jer , maaf dan ampunkan anak2 dgn segera ataupun setiap kali nk tidur , maafkan anak2 dulu . takut ada terlintas di hati kita yg tak baik buat mereka.

    BalasPadam
  2. kak cik.. satu ketika...kita cepat naik darah dengan karenah anak anak..

    tapi sekarang ...bila rasa nak marah ..cecepat bawa mengucap..pujuk hati dan kata.. pasti ada salah silap kita sehingga anak anak juga lakukan kesilapan...

    very the true la kak cik...entry ni...kata kata ibu bapa itu satu doa bukan...?

    BalasPadam
  3. Salam Ummi..

    seboleh mungkin kakcik cuba mengelakkan mulut ini dari menuturkan perkataan 'yang tidak-tidak' kepada anak-anak. Kakcik telah merasainya dan teramat sukar untuk melupakan. Bagaimanapun, kakcik berdoa agar Allah lembutkan hati ini dan sentiasa memberikan pengampunanNya terhadap diri kakcik serta kedua ibubapa kakcik.

    BalasPadam
  4. Imanamani..

    kakacik selalu ingatkan diri kakcik bahawa kata-kata yang keluar dari mulut kakcik sebagai ibu adalah seperti doa untuk anak-anak. Maka sebolehnya, janganlah terluah ungkapan2 yang memungkinkan 'langit bergegar' dan hati anak-anak semakin jauh dari kakcik. Lintasan di hati dan fikiran pun janganlah hendaknya ada yang buruk-buruk terhadap anak yang dikandung, dilahir dan dibesarkan dengan segala susah payah.

    BalasPadam
  5. masa kita kecik dulu..jenuh juga kena marah, tapi takkan la kita nak lakukan perkara yang sama...

    bila tengok anak anak kan ..kak cik..dalam hati ( bertuah la korang kan... kalau ibu dulu...buat hal..jenuh dah kena dengan opah..)...hihihihi

    BalasPadam
  6. Apa yang kakcik tulis kat atas tu semuanya benar belaka...tapi kadang tu susah juga nak kontrol mulut ni. sebab tu kadang kalau marah anak hb yang kena 'belasah' heh...heh..
    teringat sepatah kata arwah abah dia tak marah saya tapi perangai saya yg buat dia marah.

    BalasPadam
  7. imanamani..

    dulu2 mungkin ibubapa kurang pendedahan tentang hal2 kekeluargaan yang membabitakan hati dan perasaan anak2. Yang penting bagi ibubapa, anak2 berjaya dalam pelajaran. Jadi marah dengan cara maki hamun itu seolah2 perkara biasa (ibubapa di kampung lah kebanyakannya yang bersikap begitu - tapi, ibubapa sekarang dah terlalu ramai yang educated).

    Macam kata imanamani - anak2 sekarang lebih beruntung. :)

    BalasPadam
  8. Salmi..

    artikel yang kakcik terbitkan itu, bukan catatan kakcik, tapi kakcik ambil dari Harian Metro. Tak pasal2 pulak kakcik kena saman nanti! :)

    Tapi sebagai ibu, kenalah kita berhati2 dengan tutur kata kita terhadap anak-anak. Lagipun takut nanti, apa yang kita ucapkan menjadi ikutan mereka di kemudian hari.

    BalasPadam
  9. kak cik..
    cakap pasal parents yang educated..secara tak sedar.. banyak simptom yang di kesan sekarang.. selain dari sindrom down..

    autism.. actually ..banyak kes ni di malaysia ...cuma kita kurang peka...
    it happen to me kak cik...

    mujur early stage..still can be help...

    lagi tinggi ilmu parent sekarang..maka lagi banyak la cabaran nya...

    BalasPadam
  10. Reen..

    sebagai peringatan kita bdrsama. :)

    BalasPadam
  11. imanamani...

    semoga tabah menghadapi apa juga ujian. Dia takkan menguji kita kalau kita tak mampu menghadapinya. :)

    BalasPadam
  12. Angah..

    bagus artikel ini untuk ingatan kita, kan? :)

    BalasPadam
  13. kakcik,
    masa menyewa rumah semasa belum kahwin, pernah berjiran dgn seorang makcik yang hari2 suka memaki hamun anak2nya dengan kata-kata yang saya pun tak sanggup dengar - celakakkau, bodoh kau, kau nak mampus ke..itulah antara yang saya dengar hari2 kepada tiga orang anaknya..
    sebab tak sanggup dengar hari2 kami (bertiga) pindah rumah lain, tak mau kami pun terikut2 nanti..

    BalasPadam
  14. buat ingatan utk semua...:) good sharing kakcik...

    BalasPadam
  15. ibuintan..

    itulah.. kakcik pun kadang2 terlepas juga kata2 amarah, tapi seiring dengan peningkatan usia, sedaya upaya kakcik akan beristighfar.. takut akibat maki hamun, anak2 membesar dengan dendam kesumat dan juga tidak tenteram hidup mereka.

    BalasPadam
  16. Siti murni..

    terima kasih. Semoga bermanafaat untuk kita yang bergelar ibubapa.

    BalasPadam
  17. kakcik, kadang bila sya dah terrrrsangat marah tu..
    ada juga kata kata yg membuatkan diorang kecik hati...

    BalasPadam
  18. Sya..

    sebagai manusia biasa yang serba lemah, kita tersasar juga. Tapi, sebaiknya kita segera sedar. Kalau boleh, terangkan semula kepada anak apa rasionalnya mereka dimarahi.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com