Kawan-kawan kakcik

Rabu, 21 Julai 2010

Hujan....

Hujan (lirik lagu nyanyian Allahyarham Sudirman)


 Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...





Sewaktu aku menaip catatan ini, hujan turun dengan lebatnya.  Tambah pula waktu sekarang yang masih terlalu awal.  Terfikir, alangkah enaknya kalau aku terus menarik selimut dan memeluk bantal.  Tapi, aku ada tugasan yang perlu dilangsaikan (sambil mengetuk papan kekunci ini, apa yang ada di atas dapur perlu dijenguk agar tak hangus atau kekeringan).   Maka.. biarlah hujan turun mengikut aturan yang telah ditetapkanNya.  Semoga turunnya bersama rahmat yang tak terfikirkan. Amin.




 

20 ulasan:

  1. Pn Dr..

    haha.. dah masuk dalam microwave yang dr bagi pinjam semalam! :)

    BalasPadam
  2. IM suka memandu dalam hujan petang tapi susah hati kalau memandu bila hujan malam.

    BalasPadam
  3. IM..

    kalau hujan, kakcik lebih takut berada di atas jalanraya tak kira bila masa pun sebab pandangan terhad dan jalan licin! :)

    BalasPadam
  4. lagu arwah tu sungguh syahdu dan bagi orang tertentu mungkin boleh mengalir air mata ..!

    BalasPadam
  5. aduh..kak cik..sgt tersentuh hati saya dgr lagu nie..amat-amat mengesani

    BalasPadam
  6. salam,

    hujan pun turun...
    membasah bumi,
    penghuni alam,
    rasa bersyukur.

    BalasPadam
  7. Sahrom..

    hanya insan yang berjiwa 'halus' dapt menghayatinya (iye ke?) :)

    BalasPadam
  8. Myri..

    di sebalik yang bersyukur, ada juga yang merengus - itulah manusia.

    BalasPadam
  9. Ooo...kat tempat kakcik ujan ke..
    Patutlah kat tempat saya mendung je.
    Saya suka ujan lebih - lebih lagi pukul 4 pagi...nyaman.

    BalasPadam
  10. Salmi..

    kalau hari cuti, sedap juga tarik selimut. Bagi kakcik, bila hari kerja, selewat2nya 4.30 dah kena bangun. Bulan Ramadhan nanti, lagi awal kakcik kena bangun. :)

    BalasPadam
  11. salam kakcik,

    lagu ni mengingatkan saya pada kisah silam... banyak maksud yang tersirat di sebalik lagu ni buat diri saya.

    kakcik jam 4.30 pagi bangun tido, saya plak blom tido lagi pada waktu2 tu... hahahaa da jadi batman plak sementara tunggu waktu subuh menjelma..!!!

    BalasPadam
  12. lirik lagu pun tak pe kak cik.
    Vic sudi baca...
    jangan la duk dalam aisbox lama2..
    susah hati vic.

    BalasPadam
  13. Salam iCe..

    sebenarnya, lagu2 Allahyarham banyak menggambarkan rasa hatinya. Mungkin juga antara kita ada yang mempunyai 'rasa hati' yang sama dengan arwah.

    BalasPadam
  14. Vic...

    memang dah sejuk beku dan tepu duduk lama-lama dalam esbok tu..tapi, puas diketuk, ILHAM tu taknak keluar. :)

    BalasPadam
  15. awalnya kak cik bangun.. saya masih lg hanyut dlm selimut waktu tuh hahaha

    BalasPadam
  16. Mila..

    kakcik bangun awal untuk sediakan makanan (seringkas mungkin) untuk anak-anak. :)

    BalasPadam
  17. Angah.. mana boleh tarik selimut. Siapa nak main masak2 sesubuh hari tu? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com