Kawan-kawan kakcik

Rabu, 21 Julai 2010

Awak tahu siapa saya?

Satu pertanyaan yang bernada angkuh dan sombong!


Eh... Hello... Assalamu'alaikum...


Selain dari mengetahui bahawa awak adalah manusia seperti saya, saya tidak mengetahui yang lain tentang diri awak. 


Tapi...

awak tahu tak?


setinggi mana pun jawatan yang awak sandang


sebesar mana pun kuasa yang awak ada


sepanjang mana pun gelaran di pangkal nama awak


awak tetap hambaNya sama seperti saya


awak boleh dipanggil kembali kepadaNya pada bila-bila masa.


Pada masa itu


mana pangkat yang awak ada?


mana kuasa yang awak pegang?


mana gelaran yang awak sandang?


Orang kata - masa kita kembali,


selain amalan, do'a dan sedekah jariah -


hanya kain kapan yang mengiringi kita


tapi - sama ada awak mahu pun saya,


apakah kita pasti


yang kita akan diiringi oleh kain kapan itu?


jangan-jangan mayat kita pun tidak ditemui


tiada talkin yang dibaca


tiada keranda yang ditutupi bendera


dan selepas beberapa lama


tiada siapa pun yang ingat kepada kita


maka - pesanan untuk awak dan saya juga...


'tak perlulah mendabik dada hingga alpa dan leka,


kerana ke sana juga akhirnya kita'



32 ulasan:

  1. kakcik,
    satu pesanan dan talkin yang amat baik buat 'sidia'..
    manusia walau siapa pun dia , dia bukannya sesiapa yang boleh mengatasi Yang Maha Esa..

    BalasPadam
  2. Ibuintan..

    sebenarnya kakcik teringat peristiwa pagi semalam. Seorang rakan bercerita kepada kakcik, dia melihat satu kemalangan antara sebuah kereta kecil yang dipandu seorang wanita, melanggar sebuah kereta besar yang dipandu seorang lelaki. Lelaki itu turun dari keretanya dengan sombong dan berkata kepada wanita itu, 'awak tahu tak siapa saya?'

    hmmmm...

    BalasPadam
  3. salam kak cik ...

    i like......... this entry... really smooth reminder untuk... "awak tau siapa saya" which is ...the best answer to give.." ada aku kisah kau sape..." hehehehe

    BalasPadam
  4. Salam imanamani (nice name)..

    sekadar ingatan untuk kita yang sering lupa. :)

    BalasPadam
  5. besar mana pun pangkat,banyak mana pun harta dia tu hanya amalan soleh saja yg di bawa ke kubur...

    Allah tidak mengira pangkat atau harta atau darjat bila kat Sana kelak.

    BalasPadam
  6. setuju tu,kak chik..

    Jgn kita lagha dgn godaan dunia..

    BalasPadam
  7. Ida..

    selagi bernyawa dan berkuasa, riak dan ego tetap ada di jiwa manusia.. cuma antara nampak dengan tidak - hanya DIA Yang Maha Tahu.

    BalasPadam
  8. Hamizah..

    kakcik yang 'tak ada apa-apa' ini pun, kadang2 sombong juga. Jadi, catatan ini sebagai mengingatkan diri sendiri juga. :)

    BalasPadam
  9. Salam Kak Cik,

    wahh.. sombong sungguh lelaki tu..
    *refer komen kak cik.


    kita sama jer disisi yang Maha Esa.

    suka n3 ni kak.

    BalasPadam
  10. kakcik..
    mmg orng yg rasa "besar"..gah ..mereka akan berkata begitu..mereka lupa..siapa yg lebih "BESAR..."
    bukan shj orng yg punya kereta besar...tp ego besar pun akan bercakap mcmni gak..

    skrng ramai yg merasa diri mereka "besar"....

    BalasPadam
  11. kenpa marah2 ni ?

    biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya !

    BalasPadam
  12. Salam Reen..

    begitulah bila orang lupa pada Yang Maha Berkuasa. Dia rasa dialah yang sangat berkuasa. :(

    BalasPadam
  13. Kakzaa...

    semoga mereka (dan mungkin kita juga) akan segera tersedar dari mimpi agar mimpi itu takkan bertukar menjadi igauan ngeri. Insya Allah.

    BalasPadam
  14. Kanda AL..

    bukan marah (nanti kena jual), sekadar mengingatkan. :)

    BalasPadam
  15. pesanan yg ngeri dibaca tapi insaf sungguh...


    bertambah seriau lak saya nak hjg2 ni

    BalasPadam
  16. salam
    setuju dengan kak cik
    saling mengingati...
    moga kita sentiasa dilindungi Allah

    BalasPadam
  17. salam,

    ayat yang sama,
    jika dituturkan dengan intonasi berbeda,
    membawa maksud yang berlainan.

    angkuh...menjadi mesra!

    BalasPadam
  18. Mimi..

    InsyaAllah, semuanya akan selamat dan baik-baik sahaja. Ingat selalu dan sentiasa memohon limpah rahmat dariNya. :)

    BalasPadam
  19. Cheqna..

    kalau kita ingat padaNya, Dia lagi dekat dengan kita. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  20. Salam Myri..

    mudah2an kita dijauhkan dari sifat angkuh dan bongkak kerana kita tidak layak untuk memikulnya. :)

    BalasPadam
  21. kakcik...betul tu...setuju sgt dgn entry kakcik hr nih..
    ramai manusia yang suka berlagak mcm tu, kdg2 pangkat bukan besar manapun tp mengalahkan dia tu Agong,

    dia cakap: "awak tahu saya ni saper?"
    balaskan ajer: "ader aku kesah ko saper?"...hahaha...

    BalasPadam
  22. Nanie..

    kalau kena dengan kakcik, terfikir juga nak jawab macam tu. :)

    BalasPadam
  23. kak cik
    dimano mano ada yg berperangai begitu,
    sya pernah kena,
    jawab baik punya
    Maaf saya tidak kenal, sebab tidak ada tanda pengenalan.

    BalasPadam
  24. itu lelaki yang berkata... kalau perempuan pula yang turun dari kereta tuuu...berkata 'awak tahu siapa suami saya?

    keluar pula dari kereta tuu... budak lelaki dan berkata pula awak tahu siapa ayah saya ni?

    hancur!!!!!

    BalasPadam
  25. Angah jangan ikut sombong macam tu tau.. nanti tak ada siapa yang suka. :)

    BalasPadam
  26. hahahaa ni sama spesies dgn kes datin dulu tu kakcik... sombong tak bertempat..!!!

    BalasPadam
  27. hmm.. menyampah jek kalo jumpa orng sombong camtu kan? iskh.. mintk simpang jgn kita terlupa asal usul kita. hmm

    BalasPadam
  28. Cyana..

    itulah kan? Orang yang sombong ni mesti dia tak ingat asal kejadian, kan? :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com