tak ada bezanya tuan dengan kuli
tak perlu belajar di universiti
tak payah hendak berjawatan tinggi
bagaimanakah agaknya di rumah sendiri
apakah semua mengharap kepada orang gaji
dinding bilik air dibiar berdaki
di tandas tak tahu menggunakan pili
di pintu telah jelas tertulis
gunakan pam sebaik urusan habis
takkan hanya tahu menulis
tapi tak faham bahasa bukan puitis
hampir sahaja aku termuntah
kepada siapa hendakku bantah
ini bukannya di rumah
tapi pejabat tempat mencari nafkah
tidakkah ada rasa malu
setidak-tidaknya kepada dinding yang bisu
selesai urusan terus berlalu
tinggallah di belakang segala macam bau
****uwekkkkkkk****
(apakah sama tandas pejabat dengan tandas awam?)
bongok kan??!!!!
BalasPadamcili je bontot tu....
Salam Tengahari KakCik..
BalasPadamDah makan ?
huisshh..tak sanggup tengok berdaki. Sendiri pakai takkan tak geli..
setiap hari jumaat lepas balik kerja saya terjah bilik mandi dulu. utk mandi & kerja pembersihan. kalau tunggu weekend mmg byk kerja lain menunggu..
Pn Dr..
BalasPadamitulah.. takkan itu pun nak kena ajo.. kalo guna tissue pulak.. bertepek la tissue tu kat lubang j*mb*n .. tak reti2 nak flush.. :(
Reen..
BalasPadamAlhamdulillah, kakcik dah makan. Kalau kat rumah, sambil2 mandi pun boleh berus/cuci bilik air, kan? Jangan guna berus gigi dah le! hehehe.. :)
kita kan..
BalasPadamsanggup cuba tahan drp masuk jamban yg haru biru.
tapikan..
kalau dah tak tahan, sanggup ketuk rumah orang yg dekat2 situ!!
hehehehe.....
Pn Sri..
BalasPadamkalau dah terpaksa, pejam mata - masuk juga! :)
KakCik
BalasPadamGeram kan? Walhal bumi Msia nih belum kekurangan air lagi; tapi ...
CS...
BalasPadamapa yang ada dalam fikiran orang yang tak tahu jaga kebersihan ni kan?? ish.. :(
Sambil2 mandi boleh menyental sana sini .
BalasPadamSaya guna berus gigi lah kak , untuk celah sinki yang kecil . Berus gigi lama yang dah tak digunakan lagi .
Tapi AWAS . Pastikan terus dibuang . Kang ada plak yang meroyan dlm bilik air .. hahahaha
LiNda...
BalasPadamhehehe - kakcik baru je balik dari 'rumah' Linda tapi tak cakap apa-apa!
berus gigi mmg wajib terus dibuang :)
salam,
BalasPadamkebersihan separuh dari iman..
kak cik kalau angah lah tak nak masuk tandas macam tue. nak tak nak terpaksa lah tahan... uuuwwweeekkkk
BalasPadamItulah ragam makhluk...
BalasPadamhee..
Salam kakcik..
BalasPadamsalahsatu cara mengeluarkan peluh dgn menyental bilik air keh..keh..sambil tu leh main air.
Cikgu..
BalasPadamagaknya iman orang tu memang dah tinggal separuh je! :(
Angah..
BalasPadambuatnya berterabur kat luar tu, lagi haru... :)
LB..
BalasPadammakhluk yang otaknya kat lutut, ek?
Salmi..
BalasPadambab main air, kakcik suka! :)
slamat petang kakcik,
BalasPadamtulah gunanya kesedaran sivik, mereka masih berkata "peduli apa aku bukan tandas umah aku" tu yang jadi macam tu, kalau tak pun tandas rumah mereka juga cam gitu....
xbertamadun betul..
BalasPadamslalu kalo masuk je ada bau...automatik terbantut...
BalasPadamhehehe
Salam ibuintan..
BalasPadamkalau dah biasa macam tu, kat mana2 pun akan bawa sikap yang sama. Tak malu ke kalau kebetulan waktu dia keluar, orang lain yang nak masuk termuntah2... ishhhh...
Hamizah...
BalasPadambetul betul betul...
Ms. Lilies..
BalasPadamkalau terbantut, elok juga. Yang jadi masalah, bila dah tak tertahan! ;-)
tandas awam..yakk.okey dari tandas pejabat..
BalasPadamsama juga ngn segala yg awam kan kak ciks, cam telekung2 kat surau, dibuat lap make up. hadede..
BalasPadamDonny..
BalasPadammaksudnya - tandas awan lagi bersih ya? Mungkin sebab ada 'penjaga' kot. Tandas pejabat pun ada penjaga - tapi masuk sekali sehari dan 'mereka' pun jenis tak tahu geli... yerk!
Khai..
BalasPadambetul... sesuka hati je, kan? Dah pakai telekung - main campak je kat rak.. tak tahu nak tolong kemas. :(
kalo nak tau seseorang tu pembersih atau pengotor, kita tengok je tandas kat umah diorang... hahahaa jangan tertipu dengan luaran je tapi dalamannya haru biru..!!!!
BalasPadamSalam Kakcik,
BalasPadamTandas awam dan pejabat? sangat berbeza..
iCe..
BalasPadamitu juga satu fakta! :)
Hj Zed..
BalasPadamkadang2 rasa macam sama saja!
tak lalu betul kalau ada yg berperangai macam ni
BalasPadamtp...
nasib baik tak ada yg berperangai gitu ditempat kerja
sya ingat lagi masa berpantang enariq, tak lalu dengan bilik air, boleh menyental pulak,
apa lagi bentanlah
ohhh sekso betul....
Salam Sya..
BalasPadamkakcik terfikir, apalah perasaan orang yang langsung tak peduli kepada 'kebersihan', kan?
kak cik memang sukar nak bezakan ???
BalasPadamsorry lambat ke blog kakcik