Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 16 Julai 2010

Aku bukan si bijak pandai

Harga barang naik lagi
naik untuk kesekian kali
berfikir fikirlah sebelum membeli
jangan diturutkan kata hati


hendak tak hendak kena juga membeli
apakah sanggup perut diikat tali
bagaimana dengan sikecil yang masih bayi
haruskah dibuang ke pinggir kali?


aku bukan sibijak pandai
hendak bermadah berangkai-rangkai

tapi ada persoalan yang belum terungkai
apakah nasib mereka yang menongkah badai?


orang tua di kampung tertanya-tanya
kenapa kopi naik harganya
padahal yang disebut harga sang gula
apakah bersangkut segala petaka


tambang bas dan teksi akan naik lagi
walaupun 5 sen bagai tak berdaki
tapi diberi alasan itu ini
apakah sanggup berjalan kaki?

harga gas pun naik sama
dapur kayu nak pasang di mana?
ada orang bena tak bena
dapurnya di restoran - peduli apa?


mahu tak mahu hidup perlu diteruskan
perut dah lapar bolehkah tak makan
tapi.. bagai yang tadi telah kunyatakan
aku bukan sibijak pandai yang membuat keputusan...


30 ulasan:

  1. parking kete dah naik rege.. uhuhu

    BalasPadam
  2. semuanya naik tapi gaji tak pulak naik2 ...huhuhu..

    BalasPadam
  3. salam.

    teringat entri saya beberapa hari lalu ..

    "kita ni ibarat mentimun"

    BalasPadam
  4. Reen...

    'para pekerja jangan asyik memikirkan kenaikan gaji - berkhidmatlah dengan jujur dan ikhlas' hmmmmmm....... :(

    BalasPadam
  5. Kanda AL..

    tunggulah durian jadi tempoyak.. boleh ditenyeh dengan mentimun.. Tapi... bila???

    BalasPadam
  6. Sebenarnya PILIHAN di tangan kita!

    :( :( :( :(

    BalasPadam
  7. Pn Sri..

    bila diberi peluang, ada yang ragu2 memilih... :(

    BalasPadam
  8. Jika pokok bakal mati akar
    mampukan dia bertunas muda
    jika itu dirasakan wajar
    kita lihat saja siapa akan sengsara.

    BalasPadam
  9. En Yassin..

    berbunga rimbun pohon kemboja
    sibunga raya merah membara
    saat pemimpin makan berlainan meja
    rakyat jelata menanggung sengsara

    BalasPadam
  10. Sungguh benar bagai dikata
    en yassin dan kak seroja
    namun apakan daya
    kami rakyat harus terima
    suka atau tidak belakang kira !!

    BalasPadam
  11. salam,

    x guna bagi gaji tinggi,
    bila harga barangan juga tinggi,
    yang tak berupaya kurus melidi,
    itukah yang kita ingini?

    BalasPadam
  12. LiNda..

    pemimpin kita sibuk semua
    mencari pelaburan ke luar negara
    rakyat marhaen berputih mata
    hendak makan berkira-kira...

    BalasPadam
  13. Salam cikgu...

    apakan daya siular lidi
    tedung mengejar terpaksalah lari
    bila badan dah kurus melidi
    pakar kecantikan menggigit jari!

    BalasPadam
  14. pemimpin mana nak merasa
    makan semua ditaja
    yang terbeban rakyat jelata
    nak tak nak terpaksa berkira

    BalasPadam
  15. Ceritakuasn...

    marilah kita melobi sama
    untuk menjadi 'yang ada kuasa'
    minyak dan tol percuma segala
    segala keperluan main tunjuk saja

    BalasPadam
  16. tak pandai aihhh..nk berpantun bagai..

    minyak naik,gula naik
    dia orang tak nak tanggung rugi
    semua harga barang akan naik
    kununnya tak nak tanggung subsidi

    BalasPadam
  17. ok angah lak nak berpantun..

    dapat berita dari radio,
    mereka kata naik harga,
    nak mara dah tak guno
    ermm terima jer lah seadanya..

    okiesssss

    selamat bercuti hujung minggu

    BalasPadam
  18. Salam kakzaa..

    kita setakat boleh bersungut sahaja.. lain dari itu?? Nabil kata, 'fikirlah sendiri'.. :)

    BalasPadam
  19. Salam Angah..

    selamat berhujung minggu dan selamat bersantai. :)

    BalasPadam
  20. haha sessi berpantun rupa2nye... tak pandai pantun2 ni cuma tertarik dengan semua isi pantun2... ada maksud yang tersirat.

    as for me personally, there's no point of going back to m'sia if the government still bersikap macam sekarang ni... apa laa sangat nak jimat rm750 juta tu sedangkan rakyat sengsara... banyak lagi cara lain untuk berjimat tapi pendekatan ini jugak yang diorang pakai... seems like the economic advisors kena masok sekolah balik.

    'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'... sekarang ni saya lagi suka hujan emas di negeri orang... hahahaa emas sikalang manyak mahat woooo..!!!

    BalasPadam
  21. today.. all of us wake up poorer than yesterday..

    saya cukup nyampah dengan pengakhiran semua berita yg dsiarkan.. "para peniaga adalah dinasihatkan agar tidak menaik kan harga sewenang-wenangnya....." mmg ler diorg tak naik kan hari ini.. tengok ler next month.. ntah2 harga kuih dah 50sen seketul... lg pon diorg pon berniaga jugak bukan bg bersedekah kan..

    BalasPadam
  22. Salam iCe..

    bukan berpantun - berseloka saja... tapi, siapa yang nak dengar isi hati insan kerdil macam kakcik ni? :(

    (bodoh le siapa yang menolak hujan emas tu, kan???) :)

    BalasPadam
  23. Mila..

    setakat amaran, siapalah yang nak hairan.. bukan tiap2 hari ada orang datang periksa pun... macam juga ayam yang kat pasar tu, hebohlah sehari dua pasal kaedah penyembelihan.. lepas tu?? :(

    BalasPadam
  24. ssh nak ckp..kaau mintak dinaikkan gaji mencanak-canak naik rega brg..

    BalasPadam
  25. buang je bayi tuuu... susu dah tak mampu nak beli

    BalasPadam
  26. Miza..

    kenaikan gaji bagaikan tak dapat menampung perbelanjaan dengan harga barang yang naik tanpa amaran. Habis2 nanti, kita juga disuruh berhemah dalam menangani kenaikan itu. Agaknya, kena beli beras 5 kg, buatlah bubur untuk makan 6 beranak setiap hari. Entahlah, kakcik tak cerdik bab2 kewangan ni... :(

    BalasPadam
  27. Abu Muaz..

    belanja majlis nikah kahwin pun bukan murah sekarang. Malukah kalau setakat buat yang wajib sahaja? Perlukah berhabisan hanya untuk menunjuk2? :(

    BalasPadam
  28. Barang naik harga,
    Minyak naik harga,
    Pengguna berjaga-jaga,
    Jangan sampai leka..

    Yang wajib dibeli kena beli
    Ikat perut nanti merana diri
    Keperluan bayi perkara yang mesti
    Mana boleh ditolak ke tepi

    Si bijak takkan mengaku dirinya bijak,
    Dari bahasa dah boleh dibaca rentak,
    Buat apa kita mengetuk benda yang retak,
    Sudah malang nasib, baiknya tidak.

    Bukan si tua sahaja bertanya,
    Yang muda pun dah menggaru kepala,
    Isytiharnya satu, yang naiknya semua,
    Ini le yang dinamakan mala petaka.

    Bukan tak mahu berjalan kaki,
    Nanti berjalan banyak penyakit lain mari,
    Sakit badan dan sakit sendi,
    Dah le hospital layan macam tak sudi.

    Gas naik kata takde subsidi,
    Memang boleh pakai kayu api,
    Tapi kalau terbakar rumah nanti,
    Siapa nak disalahkan bila ramai mati?

    Marilah kita teruskan kehidupan.
    Kita bebel pun bukan ada perubahan,
    Depa dok bantai keraskan badan..
    Marilah kita bayar cukai untuk kerajaan.

    BalasPadam
  29. Salam Vic..

    walau apapun kita melontarkan kata,
    buruk baiknya berbalik kepada kita juga.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com