Kawan-kawan kakcik

Rabu, 30 Jun 2010

Sekadar berkongsi...


Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :



(1) Mc Donald

(2)  A&W

(3)  Secret Recipe




Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :



(1)  Victoria Station

(2)  Kam Lun Tai

(3)  Lotus Family Restoran

 


Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :



(1)  San Francisco Steakhouse

(2) Chicken Rice shop

(3) Kiwi Express


Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .



2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .



Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :



1. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam .Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.


2. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.


3. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.


4. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.


5. Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.



Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??


Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.


JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam


Selanjutnya : di sini




32 ulasan:

  1. Masyaallah saya pernah makan kat Chicken Rice Shop !

    BalasPadam
  2. Salam Kanda AL,

    kakcik juga pernah sekali makan di situ. :(

    BalasPadam
  3. salam kakcikseroja...


    ummi pernah makan kt Mc Donald jer kot....

    apa2 pun terima kasih kpd info2 tu...

    BalasPadam
  4. Salam Ummi..

    susah juga nak kata bila makan kat 'luar' ni. Kadang-kadang kita tengok memang 100% milik dan diuruskan oleh orang Islam. Tapi, bahan2 masakannya kita tak tahu macam mana - sos/kicap dll... :(

    BalasPadam
  5. salam,

    yang haram tetaplah haram. yang halal boleh jadi haram jika memudaratkan.

    BalasPadam
  6. alamak kakcik..CRS tak halal ke???
    baru 2 minggu lepas pi makan kat sana..tapi nape ada tanda halal ek..

    BalasPadam
  7. Salam Meowwwww...

    semoga ada manfaatnya. :)

    BalasPadam
  8. Salam Cikgu..

    kalau was-was pun, eloklah ditinggalkan. Betul tak? :)

    BalasPadam
  9. Salam @cu..

    sesetengah restoran memang sesuka hati tuan punyanya untuk meletakkan tanda halal atau ayat-ayat suci demi menarik pelanggan yang beragama Islam. Wallahuaklam.

    BalasPadam
  10. Salam sayang Kakcik ..

    Info terkini ! tkasih ..

    Pastinya saya akan printout and tampal kat dapur utk ingatan sendiri dan tampal kat bilik anak2 . Biar dorang tahu kita serius bab penjagaan makanan .

    BalasPadam
  11. Salam Sya..

    kakcik sekadar berkongsi apa yang kakcik baca.. :)

    BalasPadam
  12. Salam LiNda...

    LiNda memang isteri dan ibu yang hebat! Iyalah.. kadang2 kalau setakat cakap je, orang tak nak dengar, bagi diaorang baca sendiri... jangan membaca pun malas, dah la.. :)

    BalasPadam
  13. kakcik
    baru perasan sya draf malam tadi
    http://mycutelife-sayangsayangibu.blogspot.com/2010/06/sekadar-berkongsi.html

    bilo dipublic opss...tajuk adolah samo.. ; )

    tak apokan?

    BalasPadam
  14. abg saya rambut putih di depan jer.. bila cadangkan pakai inai. dikatanya


    "takpe; nanti hensem sangat sampai ramai yang berkenan"..hmmm yolah tu..

    BalasPadam
  15. salam kakcik...
    terima kasih atas info =)

    BalasPadam
  16. Salam Reen...

    eh! iyola tu... mesti dia tau dia hensem, kan? :)

    BalasPadam
  17. salam kakcik seroja, saya dah beruban ler... huhuhu, saya warnakan rambut dengan henna, beli kat kedai abang mai _ din

    BalasPadam
  18. Salam Kak cik,

    Sy dah 2/3 kali ke Chicken rice Shop tu. Terima kasih di atas info yg amat berguna ni.

    BalasPadam
  19. salam kakcik..
    terima kasih atas info itu,..
    saya memang was-was juga makan di restoran besar2 ni...banyak yang difikirkan..
    kita berhak mencari yang halal dan yang tidak memudaratkan..

    BalasPadam
  20. makasih info kak, sy mkn kat rmh hehe..

    BalasPadam
  21. Salam Mak Su..

    terima kasih kerana sudi singgah. Kakcik pun ada juga singgah kat blog Mak Su, cuma tak tinggal jejak je..

    kakcik pun dah beruban juga! :)

    BalasPadam
  22. Salam Aidah...

    eh! dah balik ke?? Kakcik cuma pernah makan sekali kat situ atas belanja kawan. Lepas ni, kena lebih berhati-hatilah kita.

    BalasPadam
  23. Salam ibuintan..

    kadang2 kita terlalu mengikut kata hati dan selera, walhal hati telah pun berkata-kata, tapi nafsu mengajak juga. Sama-samalah kita ambil peringatan selepas ini. :)

    BalasPadam
  24. Salam Maiyah..

    dah tentu terjamin bersih dan halal, kan? :)

    BalasPadam
  25. salam kakcik.. thanks for sharing info. bab makan nie mmg ptt JAKIM prihatin sket ttg sijil kan? now pun dah byk kopitiam style.. owner chinese.. tp chef tktau la sapo pulak. hmm

    BalasPadam
  26. Salam Cyana..

    itulah.. kalau di food court pun selalu kita tengok yang 'serve'kat depan perempuan bertudung (selalu juga - Indon yg agamanya kita pun tak pasti). Bila tengok kat belakang, chefnya 'bangsa lain'. Begitu juga dengan tuan punya - kadangkala berseluar 'katok' je! :(

    BalasPadam
  27. wah kak cik info yg bernas nie??? hehehe
    kalau kata tak halal la.. F&N angah suruh la husband angah berhenti keje .. mana bole kan kakcik?????

    BalasPadam
  28. Ooooo... hubby Angah kerja kat F&N, ya?? Tak pe.. jgn keje kat C*r*sb**g dah le.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com