Kawan-kawan kakcik

Isnin, 7 Jun 2010

Integrasi Nasional (Bhg. 3)

30/05/2010

Perjalanan bermula dari Kampung Peliau, Bekenu menuju ke Kampung Spaoh, Daerah Betong.  Perjalanan ini mengambil masa lebih dari sepuluh jam.  Di perjalanan, kami singgah untuk hidangan ringan di pejabat Bernas, Bintulu.

Dari Bintulu,  perjalanan diteruskan ke Sibu untuk makan tengahari.  Perlu diingat, jalan di Sarawak bukanlah seperti di Semenanjung yang punya lebuhraya dan kawasan hentian sebelah/kawasan Rehat dan Rawat (R&R).  Jadi, sesiapa yang perlu ke bilik air, pergilah sewaktu berhenti - kalau tidak, kemungkinan (dan memang terjadi) anda terpaksa mencari perdu kelapa sawit!  Di Sibu, kami makan di Restoran Kasturi (Restoran ini pernah masuk dalam rancangan JJCM kelolaan Maria Tunku Sabri).


Sewaktu dalam perjalanan dari Bintulu ke Sibu, kami sekeluarga sempat singgah di Tokong China (khabarnya tokong ini yang terbesar di Asia Tenggara) sekadar untuk bergambar di luarnya.  Rombongan yang menaiki bas tidak singgah di sini.


Dari Sibu, perjalanan diteruskan ke Kampung Spaoh. 
Ikan buntal - mercu tanda Kampung Spaoh.


Dah nak masuk waktu Subuh... terpaksa bersambung lagilah nanti...

4 ulasan:

  1. Kak Cik, dengar citer dulu, wpun Ikan Buntal beracun, masyarakat di sana ada juga yg makan, sbb mereka tahu cara masak dan cara hilangkan racun tu..

    Betul ke?

    BalasPadam
  2. Azie.. di Spaoh, ikan buntal memang menjadi salah satu hidangan utama - dijadikan ikan kering (tapi kakcik tak makan pun!) :)

    BalasPadam
  3. Salam Alimaz.. Alhamdulillah, kakcik sihat walaupun keletihan. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com