Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 5 Jun 2010

Integrasi Nasional (Bhg. 1)

Seperti yang dijadualkan, program ini akan berlangsung selama 6 hari 5 malam bermula pada 29/05/2010 dan berakhir pada 03/06/2010.  Peserta dari Semenanjung dan Sabah akan berkumpul di Miri sebelum perjalanan dimulakan ke destinasi berikutnya. Para peserta dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor dan Ibu Pejabat (Kuala Lumpur) berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Miri dengan penerbangan pada jam 8.30 pagi.  Aku, suami dan anak-anak tiba di KLIA sebelum jam 6.00.  

Sarapan dan solat subuh di KLIA.  Sebanyak 11 buah kotak yang berisi pakaian yang akan diagihkan kepada para peserta dan juga roti sumbangan Gardenia dibawa bersama.  Itu belum termasuk beg pakaian kami yang bagaikan hendak berpindah!

Sarapan pagi dua beradik ini bernilai hampir RM40 - jadi, WAJIB dihabiskan!

Syukurlah, kapalterbang berlepas mengikut jadual.  Ketibaan kami di Miri, disambut oleh pegawai dan kakitangan BERNAS dari Sarawak.


Para peserta dibawa dengan menaiki bas (aku dan anak-anak menaiki MPV) menuju ke Gudang Beras Tong Seng Huat untuk menikmati makan tengahari sebelum ke tempat penginapan di Kedayan Homestay, Bekenu.

Blogger Cyanamoose sedang menjamah hidangan di Tong Seng Huat.



oopssss! dah maghrib... akan bersambung lagi..



16 ulasan:

  1. Salam Kak cik,

    wah banyak nya barang. Seronok gak kalau kerja selalu dapat jalan. Boleh save cost.

    BalasPadam
  2. Sana sini nampak kampit beras.. hehehe

    Seronoknyer berjalan merata-rata.

    *Ehhh awat ler header tu pic suamiisteri tu muka cam ketat jerrr..? hehehe

    BalasPadam
  3. Wah gambar baru sedondon nampak ..cepatnya kakcik sampai kl.

    BalasPadam
  4. Mesti best kan dapat makan angin dan makan nasi

    BalasPadam
  5. kekadang jadi pekerja kerajaan ni yang bestnya beginilah. dapat jalan sana jalan sini. diraikan segalanya...

    pekerja macam IM juga yang gigit jari. pagi mauk angin. petang keluar asap!

    BalasPadam
  6. Azie.. seronok memang seronok, tapi penatnya pun, jangan cakaplah!

    ***tu lah pasal.. macam cicak berak kapur je!

    BalasPadam
  7. Salmi.. kami sampai rumah dalam pukul 6 petang. Terkilan juga sebab kita tak sempat berjumpa.

    BalasPadam
  8. Aida.. bestttttttt... sampai zip seluar dah tak boleh nak ditarik! :)

    BalasPadam
  9. IM.. walaupun kakcik kerja dengan kerajaan, rasanya mungkin kakcik tak dapat ikuti program begini kalau harapkan pejabat kakcik yang buat. Kakcik tumpang program suami yang bekerja dengan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). :)

    BalasPadam
  10. rombongan cik kiah tewww.. uhuhu

    BalasPadam
  11. en_me.. bukan rombongan cik kiah.. tapi rombongan En. Bob. :)

    BalasPadam
  12. kak cik nmpk kotak jek leby dari orang. hahaha. btw..thanks ado juga terselit pic saya tgh nganga tu. ahaks

    BalasPadam
  13. Cyana.. itu blom lg pic kotak masa nak balik! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com