Kawan-kawan kakcik

Ahad, 6 Jun 2010

Integrasi Nasional (Bhg. 2)

Selepas makan di Tong Seng Huat, anggota rombongan terus di bawa ke Kedayan Homestay untuk acara seterusnya.  Turut meraikan kami di sini adalah Adun (Pn. Rozie) dan Ahli Parlimen (Hj. Ahmad Lai) kawasan berkenaan serta Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak.  
Di majlis ini, diadakan acara penyerahan bantuan kepada orang miskin, ibu tunggal dan kanak-kanak.  Peserta juga diajar cara-cara membuat kuih tradisi masyarakat di sini iaitu kuih KELUPIS.
Para peserta kemudiannya diserahkan kepada keluarga angkat untuk bermalam dan membuat aktiviti tersendiri sebelum berkumpul semula pada sebelah malam untuk jamuan makan malam dan persembahan kebudayaan.
Disebabkan pagi esoknya rombongan perlu bergerak awal, acara pada malam ini terpaksa dihentikan setakat jam 11.30 malam (walaupun ada anggota rombongan yang masih 'bertandak' sehingga 3.00 pagi).  

30/05/2010 -  Rombongan meninggalkan Kg. Peliau, Bekenu untuk ke destinasi seterusnya.

Sempat lagi suamiku membelek ikan yang ditangkap oleh penduduk setempat


*** Catatan yang kubuat ini adalah catatan serba ringkas - dan hanya memasukkan gambar-gambar yang kufikirkan sesuai...


Bersambung lagi ke Bahagian Ketiga, Insya Allah.



10 ulasan:

  1. salam kak cik..
    pengalaman sgt menarik tu...sukar nk merasa pengalaman mcmni..

    ps : tertarik tguk header kak cik...mesra gitu...

    BalasPadam
  2. salam kakcik,
    wah sejak balik dr program integrasi ni, header pun berintegrasi gitu..
    suka loving couple sangat

    BalasPadam
  3. wahh..patut le kakcik kata baju berkilo-kilo nak basuh! hehehe...

    tu kat atas tu, kakcik ngan abg mus tak ikut menari ke...hehehe

    BalasPadam
  4. Kanda AL.. teringin juga kakcik nak bertandak.. tapiiiii.. takut jadi gempa bumi! :)

    BalasPadam
  5. Salam Ida.. manarik dan 'menolak' juga!. Kami berdua ni, kadang2 ada angin 'tak betul' juga.. :)

    BalasPadam
  6. Salam Ibuintan.. saja kakcik tukar2 header tu sementara kakcik rajin (selalunya kakcik malas!) :)

    BalasPadam
  7. Fa.. sampai terpaksa beli seluar lain untuk budak dua beradik tu. Kebetulan pergi waktu cuti, kedai dobi pun tutup. :(

    Kalau kakcik dengan Abg Mus ikut bertandak.. mahu bumi Kg. Peliau tu retak! :)

    BalasPadam
  8. Seronok tengok semua program tu. Teruja nak join. hehehehe

    Yang best, header kat atas tu nampak lucu tapi tulus.

    KAKCIK, terimakasih yerrrr...

    BalasPadam
  9. Azie.. nanti kalau ada lagi program sebegini, nak join tak?? Yang kat atas tu - suami isteri yang kadang-kadang 'putus wayar' :)

    Sama-sama... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com