Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 4 Jun 2010

Kaduk naik junjung

Sebelum dapat sesuatu, punyalah mengendeng.  Kalau boleh, nak tatang atas tapak tangan sepanjang masa. Makan pun, kalau boleh nak tolong suapkan.  Pantang sebut nak apa, sanggup sediakan.  Tapi sedihnya, bila apa yang dihajati telah digenggam, berselisih bahu pun tak ingin dipandang.  Kalau boleh nak disepak buang. Apatah lagi, bila ada bunga (yang belum tentu wangi) mengaburkan pandangan mata.  Lagilah sakit hendak menyapa.  Hendak ditunjukkan, akulah kaduk yang berkuasa.  Kau hanya daun layu yang tak perlu seiring denganku. 

Adatlah - manusia selalu tak sedar diuntung.  Waktu hampir lemas, pada kayu reput sanggup berpaut.  Bila sampai di daratan, pasir yang melekat bagaikan petaka! 

Aku - tak perlu nak berpura-pura mengucapkan terima kasih bila hatiku terluka.

31 ulasan:

  1. ini kes berat ni kakcik. benar2 berlaku pada kakcik ke ?

    kerat jer pangkalnya ..!

    BalasPadam
  2. Kanda AL.. berlaku kepada 'nyawa' kakcik yang lagi separuh.. :(

    BalasPadam
  3. Aduhhhh.. nak duk jauh-jauh ler camni...

    BalasPadam
  4. Azie.. nak duk jauh2 dari siapa tu??? :)

    BalasPadam
  5. Reen..

    adalah tu... Ini yang dikatakan tak sangka cempedak dah jadi nangka!

    BalasPadam
  6. kakcik,

    nanti PM kan address kakcik kat FB acu boley?utk penghantaran souviner kecik..

    BalasPadam
  7. @cu..

    Ada souvenir ek??? terima kasih.. tocey..nandre.. thank you.. arigato..syukran.. :)

    BalasPadam
  8. kakchiks..mendalam sungguh maksudnya.sedih.;( hidup ini sering tak terduga,kan kakchiks...
    boleh jadi jua adakah situasi itu bagai habis manis sepah dibuang?

    BalasPadam
  9. nak tambah lagi kakchiks
    setuju dengan Bro AL
    'kerat je pangkalnya'
    tak tahu diuntung
    benci dengan orang macam tu

    BalasPadam
  10. rasa mcm sama je kena btg idung ida...
    masa nk kan pjaman lembut gg dr lidah..bila dh dpt, selisih bahu pun tk nmpk..

    sabar kakcik syg..

    BalasPadam
  11. sabar je kak cik. takpayah dilayan org yg mcm tu. Esok2 bila dia ada hajat dan mintak tolong, barulah dia tahu langit tu tinggi atau rendah...

    psst : sy selalu terkena dgn org yg mcm ni

    BalasPadam
  12. iskh... bunyi sedih jek nie. ayat mmg puitis abiss. jgnlah selalu sedy..nnt mengganggu kesihatan.

    BalasPadam
  13. salam kakcik... welcome back..
    macam saya pernah alami je..
    memang abis madu sepah di buang, bila dah dpt gading tanduk tak berguna lagi

    BalasPadam
  14. masa kecil dulu mak IM selalu masakkan sayur pucuk kaduk. sedap be...

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum wbt Kokcik!
    Ape yg dighampuih tu kocik? Sampei mighah bebenor teman nak nyape kokcik. Akhir2 ni, nyemedang je kokcik luahkan perasaan! Ate kite yg dah tue ghente ni kokcik, banyok2 le bersabor, ate bukan semua yg kite idamkan tercapei! Jage ler kesihatn kokcik tu, nanti ghedat ke ape ke, bukan org lain nak nanggungnye. Iyor kaduk atau kodok nak naik junjung ke, nasib kite ghope tu jugak, pykt kite pulak bertambh w/pun sakit hati dibuatnye...

    BalasPadam
  16. K.Cik... kebetulan 2 ari lepas Mak masak Lemak Pucuk Kaduk + Pisang Emas + Udang. Semalam saya sakit perut 3X melepas hajat Oppsss.. sori ye... (sebelum ni mkn kaduk oke je).

    Kalu kat rmh M.Mertua dia celur aje, mkn ngan Sam. Belacan - Sedapppp...

    K.Cik, org spt kaduk naik junjung tu kena ditegurkan. Kalu tdk sampai bebila dia gitu2 aje...

    BalasPadam
  17. Qaseh.. hidup ini memang penuh dugaan... hanya keimanan yang dapat menjadi pendinding pada segala luapan kemarahan.. :)

    BalasPadam
  18. Ida.. di sekeliling kita, pelbagai spesis dan ragam manusia melingkari.. kalau tak sabar pastinya bara mengeluarkan api! :)

    BalasPadam
  19. Ila.. hairannya, orang macam tu bagaikan tiada muka - perkataan malu mungkin tiada dalam diari hidup mereka!

    BalasPadam
  20. Cyana.. hehehe.. kakcik kan 'sihat'.. lalalala.. :)

    BalasPadam
  21. Ibuintan.. gading belum tentu bernilai andai salah diukir! :)

    BalasPadam
  22. IM.. dulu2 kat kampung, kakcik selalu makan pucuk kaduk cecah sambal. :)

    BalasPadam
  23. Wa'alaikummussalam wbt Yop.. mana mike menghilangkan dighi.. tertanye2 ati teman ni...

    gamoknye hormon teman ni doh tak stabil.. itu yang kighe nok meghepek je! :)

    BalasPadam
  24. bagi saya, kalau nak junjung lagi dua atau tiga saya bolehsediakan asalkan dia puas danjangan menipu. sediakan junjung dari besi supaya naik tak jatuh2..
    dulu2 junjung dari kayu jerr

    BalasPadam
  25. Liza.. kalau ditegur tak jalan juga, kenalah di tebang pangkalnya bak kata AL.. :)

    BalasPadam
  26. Zeq.. kalau kaduk tu terlalu rimbun, dia tak akan ingat pada besi yang menyokongnya!

    BalasPadam
  27. dah adat..zaman kini..dulu taknampak junjung lama. bila nampak junjung baru ..

    BalasPadam
  28. Sabar ye kakcik. Sekali hatiku terguris, selamanya ia akan tergaris. Jadikan ia sebagai pengalaman.

    BalasPadam
  29. Aida.. betul.. biar lukanya kian sembuh, parutnya tetap ada! :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com