Kawan-kawan kakcik

Ahad, 16 Mei 2010

Sembang-sembang di Balai Polis Trafik..

Nyonya A  :  saya betul-betul marah.  Dia tak ada mintak sorry (Nyonya ni tak pandai nak sebut perkataan   maaf kot).  Kalau dia mintak sorry, saya mesti tak report.  Saya tahu, dia bawak moto, duit mesti tak banyak (entah-entah, duit dia lagi banyak dari duit Nyonya..hehehe..).  Ini dia marah-marah saya.  Saya banyak sakit hati.  Dia tanya apa pasal saya brek?  Itu sebab dia langgar saya. Ayoooo.. kalau saya tak brek macam mana?  Kereta depan sudah berhenti.

Puan Bgeram betul saya.  Saya dah bagi signal nak masuk parking.  Dia boleh mengundur tak tengok-tengok.  Dia kata dia tak nampak kereta saya.  Dia cuma nampak kereta yang di belakang kereta saya.  Dia kata mak dia kena parkinson.  Apa kena mengena mak dia dengan dia langgar kereta saya.  Saya nak tengok ic, dia kata dia tak bawak ic dan lesen memandu.  Macam mana dia boleh bawak kereta tanpa ic dan lesen?  Dia tak minta maaf pun.  Kalau ikutkan, saya malas nak buat report.  Kereta saya pun bukan teruk sangat.  Tapi, saya sakit hati.

Encik C  :  saya bawak bas.  Tangan saya termasuk dalam stereng (?).  Masa saya nak pulas stereng, tangan saya termasuk sekali.. (perbualan tak sempat dihabiskan kerana Puan B masih mencurahkan isi hatinya..)

14 ulasan:

  1. tangan ke lain mata ke lain, bibir pulak ke lain, telingan ke radio.HOT2..

    BalasPadam
  2. Wah! Kak Cik ala2 wartawan gitu.

    Itulah kerenah para pemandu, kalu boleh tiada seorang pun nak mengakui kesilapan.

    Kak Ciiiiikkkkkk... (6 harakat), MINTA MAAF... MINTA MAAF... MINTA MAAF... 1 hari nanti saya mesti sampai. Mahapkan teman Yongggg...

    BalasPadam
  3. Lain orang lain karenah... Telinga yang dengar pun dah nak bernanah.

    BalasPadam
  4. satu hari di balai polis, byk ragam.. sbr le pak polisi hehe

    BalasPadam
  5. boleh buat buku cerita ni...kisah suka duka di balai.

    BalasPadam
  6. Salam..
    Bila berlaku kemalangan, sikap sombong seseorg boleh menyebabkan pihak kedua geram atau tak boleh bertolak ansur.
    Tp ada juga yg nk ambil kesempatan cthnya suami saya ter'sentuh' bumper kereta V6 sewaktu di Telok Intan( tak calar apa pun ) tp sipemandu terus menyatakan sensor dia rosak (tak cuba pun bila kami suruh)Suami ckp lembut dan bagi Rm 50, tp dia tak puas hati. Suami tambah RM 50 lg dan minta call lain sbb kami nk cepat. Lepas sebulan dia call semula minta RM 500 lg sbg ganti rugi.. Suami tak bg dan kata dulu pun dh bagi sedekah..

    BalasPadam
  7. kesian pulak..kaunter repot dah jadi tempat luahan perasaan.
    Saya nak jugak tau ,apa agaknya jawapan diatas kesemua luahan perasaan si tukang repot tu.
    SABAR ajelah pada semua yang ada kat situ..

    BalasPadam
  8. Salam Liza..

    ada bakat tak kakcik jadi wartawan? :)

    Tak apa.. tak apa... kita punya kesibukan masing-masing. Insya Allah, dengan izinNya, kita jumpa lagi nanti. Jangan susah hati. :)

    BalasPadam
  9. Azie.. kadang-kadang seronok juga pasang telinga, tapi kalau berlebih-lebih..'penat' jadinya. :)

    BalasPadam
  10. Maiyah.. polis tu pun agaknya, belum orang bukak mulut, dah tahu apa ayat yang nak keluar. :)

    BalasPadam
  11. Abu Muaz.. atau pun, kalau tak larat buat buku, boleh buat cerpen. :)

    BalasPadam
  12. Salam Niza..

    baiknya suami Niza.. percuma je 'pemandu' V6 tu dapat sedekah RM100. Entah2 bukan kereta dia pun..

    BalasPadam
  13. Salam Kak Wan..

    tak tahulah, apa jawapan polis tu. Kakcik cuma mendengar luahan sebelum mereka berjumpa dengan IO (Pegawai Penyiasat). :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.