Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 7 Mei 2010

Selamat hari ulang tahun kelahiran bangcik


Senakal mana pun bangcik, apa jua yang bangcik lakukan, bangcik tetap anak mak.  Dengan izin Allah SWT, mak mengandungkan, kemudian melahirkan dan seterusnya membesarkan bangcik.  Bersama ayah, mak teruskan kehidupan untuk memberikan segala yang terbaik buat anak-anak kami.  Bila mak dan ayah marah, bukan beerti kami benci kepada anak-anak kami.  Kami mahu bangcik, along, angah dan adik menjadi manusia yang baik dan berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara biarpun  kalian tak mungkin menjadi manusia yang serba sempurna.

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 13, bangcik.  Bagi mak, bangcik tetap anak yang punya segala kebaikan yang tersembunyi.  Adakalanya mak sebak mengenangkan kebaikan-kebaikan yang telah bangcik lakukan, tapi seolah-olah mak tak ambil peduli. Hanya bila bangcik 'nakal', yang mak tahu menunjukkan kemarahan.  Mak bagaikan 'berat' untuk mengakui yang sebenarnya bangcik memang anugerah Allah yang dikurniakan untuk 'menguji' mak.  'Kesakitan-kesakitan' yang telah bangcik tanggung sejak bayi, mak harap akan menjadi pendorong untuk bangcik terus membesar dan dewasa sebagai lelaki yang kuat semangat dan tidak mudah berputus asa.  Tiada yang dapat mak beri selain dari doa mak yang tidak putus agar anak-anak mak sentiasa dirahmati Yang Maha Esa.

36 ulasan:

  1. Happy Bday untuk anak kak seroja.. semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa..

    BalasPadam
  2. Salam Rina.. terima kasih untuk doa itu. Semoga anak-anak kita semua dikurniakan dengan tubuh badan yang sihat, minda dan otak yang cerdas serta menjadi anak-anak yang soleh/solehah. Taat kepada agama juga ibu bapa. Insya Allah.

    BalasPadam
  3. Happy birthday to u happy birthday to bangcik. moga - moga doa kakcik dipagi hari yg mulia ni dimakbulkan ALLAH.

    kenapa agaknya dipanggil bangcik ye.saya ada anak sedara perempuan waktu kecil di panggil adik bila dah ada adik dipanggil kakakadik.

    BalasPadam
  4. Salam Kak Wan..

    Ada ceritanya kenapa dipanggil 'bangcik' tu. Semasa dilahirkan, bangcik mempunyai masalah berakitan jantung. Dia dibedah seawal usianya 7 hari (major operation). Bila dia dah sihat, kakcik dan ayahnya sepakat untuk memanggil dia sebagai 'Abang Cik' atau ringkasnya 'bangcik'. Kononnya, supaya dia merasa dirinya sebagai abang - yang kuat dan bersemangat untuk terus hidup dan membesar seperti anak-anak lain. Bangcik mendapat adik semasa berusia 4 tahun lebih. Alhamdulillah, sehingga kini.. bangcik tiada masalah dengan jantungnya. Rezeki kami sekeluarga pun agak murah selepas kehadiran bangcik.

    BalasPadam
  5. hepi besday untuk anak kakcik.. semoga jadi anak yg berjaya di dalam hidup

    BalasPadam
  6. salam kakcik
    hepy bday to bangcik semuga panjang umur murah rezeki dan diberkati Allah dunia akhirat..
    juga menjadi anak yang soleh insyaAllah.

    BalasPadam
  7. slmat hari jadi bangcik moga jadi anak yg soleh dan sentiasa ingat akan ibubapanya.

    ada makan2 istimewa hari ni.

    BalasPadam
  8. tahniah untuk ibunya atas coretan ini.selamat hari lahir bangcik. moga jadi anak yang berguna untuk agama dan negara.

    BalasPadam
  9. Salam Datin El..

    terima aksih untuk doa itu. Sebagai ibu, kita semua tetap mendoakan segala kebaikan buat anak-anak kita, kan? :)

    BalasPadam
  10. Salam Zue..

    Along kata nak belanja makan hari ini. Maknya bukanlah seorang tukang masak yang bagus! :)

    BalasPadam
  11. Salam Abu Muaz..

    terima kasih kerana turut menitipkan doa. Semoga Abu Muaz jga berbahagia dengan anak-anak yang berjaya dalam kehidupan serta sentiasa bersedia untuk akhirat. Insya Allah. :)

    BalasPadam
  12. Hepi bufday sayang...
    semoga besar nanti jadi anak yg soleh & dapat berbakti utk mak & ayah..insyaAllah

    BalasPadam
  13. kakcikseroja said...

    Salam AL...

    nak ke Tanah Suci ye??

    November 5, 2009 9:59 AM

    Di atas adalah soalan kakcik atas tindakan saya yang sama pada tahun lalu. Masa tu belum panggil kanda lagi. hehe

    Jawapannya adalah sama juga. Saya nak buat persiapan untuk menghadapi peperikasaan yang tarikhnya sudah terlalu hampir.

    BalasPadam
  14. Salam Acu..

    terima kasih. Setiap doa yang dititipkan di sini, pastinya membuatkan airmata kakcik bergenang..

    BalasPadam
  15. Kanda AL..

    nak menghadapi peperiksaan, ya? Semoga memperolehi kejayaan walauapapun peperiksaan yang bakal dihadapi itu. Insya Allah.

    BalasPadam
  16. wah, bangcik sebaya dengan Qistina la. Selamat harijadi tu bangcik, semoga menjadi insan yang berguna dan taat pada orang tuaa... :)

    BalasPadam
  17. kakcikseroja

    saya masuk kembali. tadi saya tak sempat baca entri kakcik sebab gelut2 nak sembahyang Asar. Lepas tu dah gelut nak balik pulak.

    Sekarang saya di rumah. Perasaan yang kakcik luahkan itu sebagai ibu ... tapi sebagai ayah saya juga merasa dan mengharapkan demikian dari anak2 walau pun saya tidak mengandungkan mereka. Kerisauan dari sudut pandangan seorang ayah mungkin berbeza sedikit dari pandangan seorang ibu.

    selamat ulangtahun kelahiran yang ke 13 bangcik. semoga bangcik terus membesar menuju dewasa dalam sihat walafiat dan menjadi sebagai anak yang solih.

    BalasPadam
  18. Salam! Kokcik,
    Pada bangcik, Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yg ke 13. Dah besor panjang hah! Pakcik dedulu masa baye2 bangcik ni kighe dah pandei berdikari dan tak banyak keghenah. Walorpon hidup susoh mase tu, namun sempat juga belajor sebuleh yg mahu sampeilah jadi cikgu! Cengei dan garang jgn cerita le, sebab hidup ni perlu serius dan berdisiplin kalor nak berjaya! Ate sebabnya kita ni orang susoh aseinya, mun idok manelah buleh berjaya dlm hidup! Beghape kerat org yg suka dan buleh nulong kita? Beghape lame ler pulok emak bangcik buleh terus bersama2 bangcik! Semua tu kene pikiorler...

    BalasPadam
  19. slmt ulngthn bangcik.. jgn slalu wat hati mak marah tau tau..

    BalasPadam
  20. Syahdunyaaaa....


    aminnnn segala doa seorang ibu.

    BalasPadam
  21. Salam Fa..

    sebagai ibu, itulah doa kita.. Insya Allah dan terima kasih. :)

    BalasPadam
  22. Kanda AL..

    terima kasih untuk doa. Tak kira ayah atau ibu, apa yang diharapkan hanyalah kejayaan, keselamatan/kesejahteraan dan kebahagiaan anak2. Walaupun banyak kita dengar kisah 'kesakitan' ibubapa selepas anak2 berjaya.. mudah2an saja tidak akan terjadi pula kepada kita semua.

    BalasPadam
  23. Salam yop..

    teman juge susoh dulu. Teman tak malu nak ngaku yang teman peghonoh makan nasik belaukkan gagham kaso atopun dengan minyok lebihan menggoren ikan campo ayo gagham. Tapi, bile diceghite pade anok2, hagham deme paham. Bile ditego sikit, panjang muncung deme. Kalo zaman teman bebudok dulu, takut tekesit2 bile kene maghoh dengan mok bapok.. budak2 le ni.. lain penedekatan yang kite kene ambik.. Ape2pun, untuk anok2 kite tetap doakan segala yang terbaik..

    BalasPadam
  24. Salam Maiyah..

    kadang 'luka' juga hati dengan tingkah laku anak2. Cuma, seboleh2nya kenalah istighfar agar tidak terkeluar kata2 yang 'bukan2' dari mulut seorang ibu...

    BalasPadam
  25. Salam Azie..

    Aminnnnn.... (dan kebetulannya, salah satu panggilan untuk bangcik - Amin - dari namanya Muhammad Muhaimin)

    BalasPadam
  26. Kakcik, jom tengok rumah baru kita. Fa dah pindah masuk kat kawasan kampung sikit, jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan! :D

    BalasPadam
  27. Salam..
    Wanita yg membaca komen ini adalah seorg ibu yg cantik, kuat, sabar dan saya menyayanginya. Ya Allah tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yg berkat dan anak2 yg soleh. Berilah kekuatan pdnya utk menghadapi hidup dan fitnah dunia.. Semoga hidup Bangcik berbahagia selalu dikurniakan ibu yg penyayang..
    ...SELAMAT HARI LAHIR BUAT BANGCIK DAN SELAMAT HARI IBU UTK KAKCIKS..

    BalasPadam
  28. salam kakcik syg..
    itulah luahan hati seorg ibu..anak apa pun rupa keadaannya tetap anak kurniaan Allah buat kita..stu anugerah yg tk ternilai..
    "selamat menyambut ulangtahun ke 13 buat abgcik dan Selamat hari ibu buat kakcik"

    BalasPadam
  29. yeer abangcik dah besar..nak jadi askar

    selamat hari lahir..

    BalasPadam
  30. salam...

    selamat hari lahir utk bangcik, semoga sentiasa sihat dan diberikan kejayaan oleh Allah. Semoga menjadi anak soleh yang sentiasa menyenangkan hati ibu dan ayah..

    buat supermom, kakcik, selamat hari ibu, semoga kekal sihat dan bahagia selalu

    BalasPadam
  31. Salam Niza..

    terima kasih.. Aminnn... :)

    BalasPadam
  32. Salam Nanie..

    terima kasih.. semoga begitulah hendaknya.:)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com