Kawan-kawan kakcik

Khamis, 6 Mei 2010

Di Pasar Tani


Yang kubeli???  Hanya ini...
banyaknya bun... bukankah bagus kalau pandai buat sendiri?? ;-)

30 ulasan:

  1. Amboiii... tangan sapa ler yang menunjuk selipar/sandal tu.. hehehe pilih kak pilih..

    Baguslah ada pasar tani dekat tempat kerja. Sesak2 boleh gak beli cili sayur buat masak lauk balik kerja. Tak yah pening kepala.

    BalasPadam
  2. syok nye..dah lama x ke pasar tani

    dulu masa arwah ayah acu masih ada,bun untuk arwah tak penah kami beli..setiap minggu kakak acu akan buat kan utk arwah...cakap je nak bun apa..insyaallah kakak acu buat kan utk arwah...

    BalasPadam
  3. salam kakcikseroja

    teringinnya tengok org gi pasar tani...
    ummi dah lama tak jengok pasar tani , selepas anak2 ramai ni , kalu nk beli barang , cik abg lebih suka dia gi beli sorang2 , cepat sikit katanya...melepas le ummi nak jamu mata..

    BalasPadam
  4. Azie..

    ha.. tunjuk..tunjuk, lepas tu tak beli.. mesti anginnn je penjual tu, kan?? Tapi.. panas betul kat kuar tu.. tak larat nak berlama-lama. :)

    BalasPadam
  5. Acu pandai tak buat bun?? nak tempah ni. :)

    Kakak Acu terima tempahan ke??

    BalasPadam
  6. Ummi..

    kakcik pun lebih suka kalau nak beli barang tak payah bawa anak-anak. Lainlah kalau memang nak beli keperluan mereka. Kalau tidak nanti, jumlah perbelanjaan mesti tersasar dari apa yang dijangka. :)

    BalasPadam
  7. salam kakcik

    pasartani mmg saya tunggu2 setiap minggu suka beli dgg segar dan sayur2 kg..kuih muih pun banyak..mmg bestlah..

    BalasPadam
  8. Salam Datin El..

    walaupun pasar tani ni kat depan pejabat kakcik, kadang-kadang sahaja kakcik turun. Kalau ada benda yang nak dibeli, kakcik turunlah, kalau tidak nanti.. turun saja-saja pun, 'terbang' juga sepuluh dua puluh ringgit! :)

    BalasPadam
  9. pasar tani depan pejabat ...

    syiok nyerrrr

    BalasPadam
  10. Kalau dompet tebal lagi syiok, kan pB?? :)

    BalasPadam
  11. KOK DI PASAR TANI ADA DI JUAL KASUT SEGALA !

    BalasPadam
  12. kakcik, tak sabor fa nak tunggu pukoi 5 ptg ni..nak pegi pasarrr malemmmm.... :D

    BalasPadam
  13. Kanda AL..

    segalanya ada, Pak! cumanya.. saya, tidak mempotret semuanya... :)

    BalasPadam
  14. Fa.. kat rumah kakcik pun ada pasar malam hari ni.. banyak pulak pasar malam di malam jumaat ni, ya? :)

    BalasPadam
  15. salam my dear sis..:)
    dah lama tk buat 'aktiviti' kt psr tani nii..aduhaiii..:)

    BalasPadam
  16. pasar tani aka pasar mlm gitu...mcm2 ada kannn

    mesti beli pucuk paku dan sayur2 kg.

    BalasPadam
  17. Salam Tinie dear..

    selalu Tinie buat aktiviti apa kat pasar tani tu? :) Menjual ke membeli?

    BalasPadam
  18. Zue.. pucuk paku buat masak lemak cili api letak ikan bilis.. perghhh... :)

    BalasPadam
  19. Salam Kak Cik..

    Kat sini pun pun ada pasar pagi.. tapi depa ni lebih suka jual barang2 second hand, baju+toys+perkakas rumah +bric brac.... yg jual sayur, buah dll tak banyak sangat

    BalasPadam
  20. Salam Nida..

    Nida selalu pergi ke pasar tu ke? :)

    BalasPadam
  21. Kak Cik,
    Ate cabai burong tu nak mencabai sape?

    K. Cik, udah nampak cili api tu kan,izinkan teman bagi resepi sambal kicap 'belasahajeasaljadi' ya Yong... Terima Kasih :-
    Segenggam cili api yg hijau
    3 biji cili merah
    1 labu bawang besar
    2 ulas bwg putih
    3/4 biji limau kasturi
    Kicap Manis - ikut suka
    Kicap Masin - 1/2 drp sukatan kicap manis

    Blender semua sekali hingga lumat. Perahkan limau kasturi, kacau rata, kalu msh pedas, bubuh gula sikit - Hasilnya jadi 1 tupperware gak ni, Blh simpan 1-2 minggu dlm p/sejuk.

    Blh di mkn bersama :-
    (1) Gorengan Kuey Teow/Mee/Mihun/spagetti (tekak melayu)
    (2) Sup - segala jenis sup
    (3) Ikan Bakar / ikan goreng
    (4) Cicah tauhu / tempe goreng
    (5) Anak2 yg mencarut blh bagi dia 1 sudu 3X sehari (utk Ibu2 yg garrrrangggg...). Kalu bimbang anak tersedak, tgn kanan cabaikan/sudukan sambal kicap berapi ni, tgn kiri get ready air segelas - Ibu mana x sayang anak oiii...

    BalasPadam
  22. kakcik, ok la tu dr x beli apa2, x ler buang masa...hehehe...sori kakcik, asyik luper jer nk tukar jalan g rumah kakcik ni, tiap kali nak g rmh, kena g rumah orang lain dulu

    BalasPadam
  23. salam..
    Terasa pedas tengok cili tu. Tua2 ni dh tak brapa tahan makan pedas.
    Hairan gak ye, segala mcm jual di Pasar Tani walhal patutnya jual hasil pertanian je la kan?

    BalasPadam
  24. Salam Liza..

    cabe bughung tu, teman nak menyambei belacan! Terima kasih Liza untuk resepi tu.. hahaha.. bagus juga kegunaannya tu... buat ubat anak yang suka mencarut, ya? Kalau 'bapaknya' yang mencarut, macam mana pulak?? mau bagi semangkuk terus.. :)

    BalasPadam
  25. Salam Niza..

    masa kakcik bekerja di Bangunan Perkim, Jalan Ipoh dulu, pasar taninya hari Sabtu. Waktu tu, Sabtu kerja setengah hari. Tapi, pasar tani kat situ memang seronok.. memang banyak hasil pertanian atau yang berkaitan dengan pertanian diniagakan. Sekarang dah tiada lagi pasar kat situ..

    BalasPadam
  26. Salam Nanie..

    wah.. ikut jalan jauh nak datang ke rumah kakcik, ya?? Guna iswara ke, vios ke atau dah tukar harrier?? hehehe.. tak apa, yang penting.. Nanie tak lupa kat kakcik. :)

    BalasPadam
  27. kat sini pasar tani dia biasa ja tak meriah mcm kat sana.kalau combi balik sana mmg jakun giler nmpk semua barang yg dijual sampai tak sedar penuh satu bonet kete.

    yong liza..combi tumpang resepi 'belasahsajeasaljadi' tu ek.tq *sambil kecur air liur

    BalasPadam
  28. Combi..

    nak cecah dengan apa sambal 'belasahajeasaljadi' tu? :)

    BalasPadam
  29. Salam KakChiks
    wah bestnya.bun tu mesti sedap kan.
    Pasar Tani bagi saya memang best...

    BalasPadam
  30. Salam Qaseh..

    bun tu sebenarnya untuk anak2. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com