Kawan-kawan kakcik

Khamis, 27 Mei 2010

Sarawak lagi...

Walaupun aku telah menolak tawaran untuk ditempatkan di Kapit atas nama dinaikkan pangkat, aku tetap akan Sarawak lagi. Insya Allah, 'pengembaraan' dari Miri ke Kuching akan bermula pada 29/05/2010 dan berakhir pada 03/06/2010.  Doakan segalanya berjalan dengan lancar.



Indahnya pemandangan di langit Miri ini. Sumber dari pakcik google.

21 ulasan:

  1. tentu best dapat gi Miri,
    dah lama cadang nak pergi tapi tak juga sampai hajat lagi

    BalasPadam
  2. Salam Ibuintan.. ini lawatan kakcik yang entah kali ke berapa.. suami ada program kat sana, kakcik tumpang saja.. :)

    BalasPadam
  3. Wow... pergi ke Miri... takpe la..
    pi kejap... kalau kena transfer terus mesti tak sanggup nk tinggalkan KL kan?

    BalasPadam
  4. Vic.. sesekali ada rasa di hati kakcik ni nak terima tawaran tu.. hehehe.. nak cuba hidup jauh dari hirukmpikuk dan kesesakan jalanraya! :)

    BalasPadam
  5. Wah..beznya..

    Selamat Bercuti Kak!
    jangan lupa shopping sekali.. hehe



    psst : pernah sampai Kuching masa air asia buat tambang percuma 4 tahun lepas.. itu jelah sekali sampai..

    BalasPadam
  6. Salam Reen.. terima kasih. Budget untuk shopping tak ada la.. :)

    BalasPadam
  7. KakCik,
    Selamat makan angin. Jaga diri dan kesihatan ;-)

    BalasPadam
  8. Salam kenal dan kunjung mesra.
    Di manapun kita tetap bumi Allah yg penuh dengan rahmatnya.

    BalasPadam
  9. Salam,
    Wowwwww best tu. Kalau guna jalan darat mesti lagi best (miri-kch ya...jangan kata nak guna jalan darat KL-Miri hu hhu)

    nanti banyakkan catatan kat blog pasal pengembaraan itu ya...tak sabar nak kongsi pengalaman. saya akan ke miri julai nanti, tapi....tak sempat makan angin kot ;)

    BalasPadam
  10. Salam CS.. Insya Allah. Terima kasih :)

    BalasPadam
  11. Salam Noorlara..

    terima kasih kerana sudi bertandang ke rumah kakcik. Iya, di mana pun, kita tetap berpijak di bumi yang dijadikanNya. :)

    BalasPadam
  12. Salam anyss..

    Insya Allah. Memang perjalanan ke Kuching dari Miri akan melalui jalan darat yang memakan masa berbelas jam!. Doakan segalanya selamat dan kakcik akan mencatatkan kisah perjalanan itu nanti. :)

    BalasPadam
  13. Alimaz..

    mudah2an perjalanan itu nanti akan menggembirakan semua yang terlibat. :)

    BalasPadam
  14. selamat mengembara kakcik...moga mendpt sesuatu yg luarbiasa.

    BalasPadam
  15. Zue.. terima kasih. Kakcik tak mengharapkan sesuatu yang di luar jangkaan, cuma mengharap dapat ketenangan, pengalaman dan ilham untuk dicoretkan. :)

    BalasPadam
  16. Wahhh.. seronok dapat berjalan lagi. Sama ler macam Azie, dapat pi berjalan bukan nak shopping sangat, tapi lebih seronok tengok tempat orang, rasa makanan di tempat orang, dan lihat budaya yang lain dari tempat sendiri...

    BalasPadam
  17. Betul tu Azie.. kalau pergi pertama kali, mungkin juga teringin membeli sesuatu sebagai kenangan. Tapi skrg ni, keghairahan untuk membeli tu bagaikan dah mati.. yang seronok cuma untuk 'melihat' dan 'memerhati' :)

    BalasPadam
  18. kakcik..kta sama2 la nnt join program tu. hehe. doakan perjalanan kita selamat dan membawa pulang byk cerita menarik. InshaAllah.

    BalasPadam
  19. Cyana... Insya Allah.. semoga semuanya selamat dan tiada yang mencacatkan program itu nanti :)

    BalasPadam
  20. suka mee kolok ...
    susah nak cari yang sedap di sini..
    selamat berkembara kerja KakSeroje..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com