Kawan-kawan kakcik

Rabu, 26 Mei 2010

Petang ni, nak makan apa pulak..

Sejak lokasi tempat kerja suami 'dipindahkan' dari Pusat Bandar Damansara ke Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, kami sering sampai lewat ke rumah.  Tambah-tambah bila hari hujan dan jalan sesak.  Kadang-kadang hampir pukul 7. 00 petang, baru sampai.  Kalau rajin, aku akan masak masakan yang ringkas sahaja.  Masak nasi, goreng ayam atau telur (kalau rajin lebih sikit, akan jadilah ayam masak sos) dan sambal.  Sayur, hanya sesekali sahaja dijadikan hidangan.  Kalau dalam peti dingin beku ada makanan segera seperti drummet, nugget atau french fries - adakalanya digoreng juga.

Bila dah lewat sangat, keinginan untuk memasak pun jadi kosong.  Lebih senang, beli sahaja.  Petang ini, agak-agaknya nak bagi anak-anak makan apa, ya?



24 ulasan:

  1. salam..kak,

    demi tugas penggorbanan dituntut..sabar sajalah..

    BalasPadam
  2. Salam Sekamar rindu.. terima ksih kerana masih ingatbkat kakcik dan sudi singgah menyapa. :)

    BalasPadam
  3. Salam Kakcik,

    Saya sokong, makan kat luar lagi.....

    BalasPadam
  4. Salam my dear sis..:):)
    Kdg2 mari blur jugak nak masak pe...
    Lebih2 lagi bila penat !!
    Sesekali makan kat luar ok jugak kann..:)

    BalasPadam
  5. salam kakcik
    biaselah org bekerja..

    bila hari cuti mesti meja penuh dengan masakan kakcik..

    BalasPadam
  6. Salam Hj. Zed..

    bila selalu makan kat luar, sesekali makan masakan sendiri terasa betapa nikmatnya. :)

    BalasPadam
  7. Salam Tinie My Dear..

    sesekali memang ok.. kalau selalu boleh kopak dibuatnya! :)

    BalasPadam
  8. Salam Datin El..

    hari minggu pun, tengok keadaan juga.. banyak pula kerja lain perlu dibereskan. Kadang2 kakcik masak untuk sarapan dan makan tengahari sekali harung. Maklumlah, hero2 kakcik, kalau hari minggu, bangun bila matahari dah tegak atas kepala! :)

    BalasPadam
  9. Saya pun rasa keadaan macam Kak Cik tu. Lama2 mana leh tahan... hehehe

    pastu saya kena prepare bahan nak masak awal2 sebelum pegi kerja.

    Potong sayur siap basuh.
    Ikan siap garam kunyit.
    Potong apa yang patut.
    Balik terus tumis jerrrr...

    BalasPadam
  10. Azie.. kadang2 kakcik masak pagi2 sebelum pergi kerja. Bila balik, panaskan saja. Itupun ikut tahap kerajinan la! :)

    BalasPadam
  11. masalahnya kan, fa yang langsung tak ke mana ni pun, masih lagi...

    `pagi, tengahari, petang, malam esok nak makan apa ye!' kwa kwa kwa

    BalasPadam
  12. daging rusa bakar sepotong leh tak

    BalasPadam
  13. Salam Kak Cik,

    Biasalah tu, sy yg surirumah sepenuh masa ni pun selalu makan kat luar je. Rasanya lagi jimat. Anak2 bukan makan banyak pun

    BalasPadam
  14. kakcik, bila hujung minggu tu, masak lebih2. buat beberapa jenis lauk. Lepas tu masuk dalam freezer, bekukan. Time takde masa nak masak lepas opis tu, keluarkan dan masuk dalam microwave.
    hehe..

    BalasPadam
  15. Fa.. ops.. Pn Sri.. :)

    jadi masalah juga bab masak2 ni, kan?? hehehe..

    BalasPadam
  16. Zeq.. dari mana nak dapat daging rusa tu?? :)

    BalasPadam
  17. Salam Aidah..

    Aidah pandai masak macam2..rasanya tak ada masalah sangat.. lagipun anak2 Aidah suka western food yang Aidah buat, kan? :)

    BalasPadam
  18. Salam Kakpah..

    bab makanan yang dah dimasukkan dalam freezer mahupun fridge, bagi keluarga kakcik ada masalah sikit. Suami dan anak2 tak mahu makan makanan yang dipanaskan semula. Kakcik pula, akan gatal hidung (gatal yang tak terhingga) setiap kali makan makanan yang dikeluarkan dari peti ais dan dipanaskan. Macam2, kan?

    BalasPadam
  19. IM dan ibu_suri bertahun-tahun makan di luar. Kalau sesekali masak di rumah, gulai sardin pun sedap!

    BalasPadam
  20. pizza delivery kan aderr.. ekeke

    BalasPadam
  21. salam kakchik
    apa khabar kakchik?akak sihat dah?alhamdulillah suami dan anak2 faham keadaan akak.it's ok.

    entry akak ni mengingatkan saya kepada keadaan hidup kami sekarang,yang terpaksa bergelut dengan anak2 yang matanya terpejam celik digenyeh2 untuk mandi pergi sekolah,gelut dengan susu anak...lepas subuh mesti dah keluar,kalau ada lori balak bersusun-susun,lori sawit lagi,tak boleh lah jadi F1. huhu.kalau sampai lewat, masa nak punch card mesti dah merah.

    balik, hari dah senja gorib dah.tak nampak orang.

    BalasPadam
  22. Salam IM..

    betul.. bila berkali2 makan di luar, sesekali makan dirumah - nasi panas dengan telur masak kicap pun sedap. :)

    BalasPadam
  23. Salam en_me.. tolonglah order untuk kakcik. :)

    BalasPadam
  24. Salam Ummu..

    Alhamdulillah. kakcik makin sihat dan makin 'berisi' (baju pun dah mintak ampun!). Kakcik pun bila hari bekerja, keluar sebelum matahari terbut, balik bila matahari dah tenggelam. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com