Kawan-kawan kakcik

Rabu, 26 Mei 2010

Sombongnya dia..

(sekadar apa yang kurasa.. mungkin orang lain berbeza tanggapan)

Semalam aku dan Along menonton rancangan ujibakat Imam Muda di Astro Oasis.  Along pernah menyertai rancangan ujibakat ini tapi gagal untuk melayakkan diri (bukan kerana itu aku menyuarakan rasa hati ini)

Salah seorang peserta ujibakat itu, kulihat amat sombong (pada pandangan peribadiku).  Dia begitu marah apabila dirinya tidak terpilih untuk mengikuti program berkenaan.  Terkeluarlah kata-kata:

* Saya telah berjumpa Tan Sri XXXX - dia kata saya layak...
* Saya telah menjadi Imam Solat Tarawikh selama dua tahun...
* Saya menjadi juri pertandingan membaca Al Qur'an...
* Saya rasa macam nak suruh juri tu baca surah - betul sangat ke dia punya bacaan?...


 
Subhanallah...

Along semasa menghadiri ujibakat

16 ulasan:

  1. salam kak...saya dgn hubby tengok semalam rancangan ni...mmg sombong la kak...tak sukanya.... dia ingat dia sorang yang layak....

    BalasPadam
  2. Salam Alimaz.. mungkin dia lupa yang apa dihadapinya itu adalah ujian dariNya Yang Maha Mengetahui..

    BalasPadam
  3. poooraahhh...die memang berlagak...mase audition pon dah tunjuk lagaknya...macam hebat benor...bacaan x sedap pon...cam ne lah TAN SRI tu leh kate die ok...

    BalasPadam
  4. ya tu,
    saya pun nonton jugak, memang berlagak gayanya,
    elok jugalah tak terpilih
    buat Along cuba lagi lain kali

    BalasPadam
  5. Salam Kak Cik,
    Macam mana nak pimpin org kalau diri sendiri pun tak betul

    BalasPadam
  6. Salam Ibuintan..

    sedih pun ada kakcik tengok dia tu.. seolah2 ilmu itu tidak membuatkan dia semakin tunduk, sebaliknya semakin bongkak.. :(

    Itulah kakcik selalu pesan pada Along.. jangan pandang rendah pada orang lain sedangkan ilmu kita sedikit cuma...

    BalasPadam
  7. Salam Aidah..

    mungkin dia kena lebih banyak muhasabah diri dan ada yang sudi menegur serta membimbingnya..

    BalasPadam
  8. Rupanya rancangan sebegini pun kita tidak terlepas dari melihat perkara2 sensasi yerrrr... Ingatkan program reality yang nyanyi jer.

    Uishhhh... kalu dah sombong gitu, eloklah dah terpilih, supaya dia sedar ada orang lain lebih baik dari dia.

    BalasPadam
  9. Azie.. kalau tengok, macam-macam ragam yang datang. Bergaya santai dengan jersey dan jeans dan sebagainya. Tapi, sekurang2nya anak2 muda kita masih 'ada hati' terhadap program sebegini. Bagaimanapun, biasalah.. manusia.. kadang2 merasakan diri terlalu unggul untuk disaingi! Lalu... terlupalah seketika kepada Dia Yang Memerhati...

    BalasPadam
  10. salam kakcik

    dalam dunia ni macam2 jenis manusia yg ada..

    BalasPadam
  11. Salam Datin El..

    itulah yang mewarnai kehidupan.. :)

    BalasPadam
  12. salam kakcikseroja...

    along ummi lum cukup umur , belum mumaiz lagi nk jadi imam muda .. he he he

    BalasPadam
  13. Salam Ummi.. Along kakcik dah boleh kahwin! :)

    BalasPadam
  14. aikkk.... marah lak bila tak terpilih... redho je lah..

    BalasPadam
  15. Salam Kakcikseroja,

    Sebab tu dia tak dapat tak? Jangan nak salahkan Tan Sri Lak, juri kan ada?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com