Kawan-kawan kakcik

Rabu, 12 Mei 2010

Novel

Beli 2 buah novel pada 7/5/2010

Yang ini dah habis baca dan dah masuk dalam almari kaca.  Duduk diam-diam bersama saudara-saudaranya Si No.1 dan Si No.2 serta teman-teman yang beratus buah itu...





Yang ini kena baca perlahan-lahan. Kena fahamkan betul-betul macam nak ambil periksa pulak. Saudara-saudaranya Si Bagaikan Puteri, Si Cinta Sang Ratu dan Si Hijab Sang Pencinta ada dalam 'simpanan' teman. Disebabkan kami 'tidak lagi bersama', Si Bongsu ini terpaksa kubeli sendiri.



Sebenarnya sudah agak lama aku tidak membeli novel.  Tapi, bila ada novel terbaru karya RAM, aku tidak akan melepaskannya kerana aku suka dengan kisah-kisah thriller yang digarapnya.  Novel Megalomania 3 itu kubeli kerana aku sudah mempunyai Siri 1 dan 2.




26 ulasan:

  1. sy pun dah lma x baca novel.. skrg slalu belimajalah je.. ssh nk pegi sndri kan, layan je lah apa yg ada..

    BalasPadam
  2. Tak apalah Maiyah, membaca majalah juga boleh mendatangkan pengetahuan yang mungkin lebih baik dari membaca novel. :)

    BalasPadam
  3. kakcik, best ker megalomia ni? Pada saya sikit kureng. Sy pinjam dr library jer, bkn selera saya so malas nk buat koleksi.

    Cinta Sufi- masih belum beli lagi, cdg nk tggu sale alaf21 tp bila kakcik pn dh beli, cm x bole tggu jer, ptg ni kena beli kot, hehehe... best tak> RAM nyer cite mesti menyengat kan?

    BalasPadam
  4. Salam! Kokcik,
    Suka juga kokcik mbaca novel yg thrill, gamoknya belakang ghomah kokcik penuh le kulit kuaci! Teman semenjak ada berghapik dgn internet ni, jarang bebenor mbaca novel. Dah hilang minat, lebih suka baca kitab2 bahasa Arab! Itupun makan bulan2 tak habih2 nak memahamkanya betoi2. Maklumlah dah tua ghente kata orang, kenalah ubah paradigma....

    BalasPadam
  5. Nanie..

    Megalomania tu taklah 'mencabar' sangat. tapi, sebab kakcik dah beli dari awal, kakcik belilah sambungannya (sebenarnya dah lupa pun apa kisah di novel pertama dan kedua...hehehe).

    Novel RAM memang tidak mengecewakan. Dalam berkarya, beliau menyelitkan juga fakta-fakta sebenar. Kakcik beli novel di Jalan TAR dan novel2 di kedai buku itu memang ada diskaun20%.

    BalasPadam
  6. Salam Yop.. apakehei le pulok penuh ngan kulit koci?? Kakcik tak gemo makan koci..buat bedaghah gusi je! Muda2 dulu memang kakcik selalu beli novel.. sekarang ni dah tersangat kurang. Tengok kesesuaian je... :)

    BalasPadam
  7. salam kakcik syg..
    aduhhh..bila tguk novel ramli awang murshid rasa teruja sgt..pertama kali bc novel 'cinta sang ratu' ida dah jatuh cinta..skrg cinta dah beralih arah lagi..klu dulu 'norhayati berahim' skrg ida beralih ke novel2 berunsur Islami..di smping membaca dpt bnyk pengetahuan agama.

    BalasPadam
  8. dh lama x beli novel. selalu dok kata nak singgah karangkraf (dpt diskaun 10%) tapi sampai laaaa x singgah. Asyik lalu depan kilang dia jer...

    BalasPadam
  9. Salam my dear KakCikS..:):):)

    Tabikk springg lah sis....bernovel-novelan gi'tu...:):)

    BalasPadam
  10. Salam..
    Entah kenapa selepas kejadian umpat keji ke atas saya dan kwn2 yg ada dlm blog lama.. hati dh tak minat nk baca novel (sama mcm keadaan selepas kematian serentak ayah dan kakak saya 4 thn dulu)
    Mungkin lepas ni kena beli sendiri @ kongsi dgn Adilah dan tak pinjam di perpustakaan sek...

    BalasPadam
  11. mmmmm...esok nak mula baca buku lah!! (bisik)***Banyak yg dah beli tapi tak baca lagi*** :D

    BalasPadam
  12. IDa.. memang elok kita mendekatkan dengan buku-buku agama - membaca, memahami, mendalami dan mengambil ajaran baik sebagai bekalan hidup.. :)

    BalasPadam
  13. pB.. belilah novel di Minerva atau Pustaka Mukmin - ada diskaun 20% sepanjang masa. (wah.. mcmlah kakcik dpt diskaun 50% utk buat promosi ni..) :)

    BalasPadam
  14. Tinie...

    dah memang minat kakcik membaca. Tapi, sekarang dah teramat2 kurang membeli bahan bacaan. Dulu, setiap bulan kakcik beli bernaskhah2 majalah - Nona, Perempuan, Keluarga, Jelita, Mingguan Wanita dan macam-macam. Suratkhabar pula sehari 3 jenis. Novel hampir setiap bulan. Sekarang, kakcik banyak membaca di internet..

    BalasPadam
  15. Niza..

    pengajaran dari pengalaman, tu. Kakcik tak ada anak perempuan untuk berkongsi minat. Novel2 kakcik tersusun dalam almari khas. :)

    BalasPadam
  16. Fa.. pergi baca cepat.. nanti kena dakwa dengan buku2 tu ..:)

    BalasPadam
  17. kakcik,Patutlah bahasa kakcik kena je,rajin membaca novel rupanya.
    saya pun minat membaca tapi sejak duk kat rumah ni,ashik berebut dengan masa je.Apalagi bila ngadap pulak internet..tulah sebab bahasa ayat saya tunggang langgang .

    Lagi pun saya agak kurang baca novel , apalagi kalau cerita yang siap - siap tulis ini rekaan semata - mata.saya suka buku tentang motivasi,(mcmana,bagaimana,tips2 ,cthnya)

    BalasPadam
  18. Novel IM paling suka baca ialah SAGA karya Abdul Talib Hassan.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah... akhirnya Kak Cik beli juga novel ini. Masih ingat, Azie berkempen sakan masa Pesta Buku dulu, nak jual novel baru termasuklah MEGALOMANIA 3 ini dan juga AKU YANG TERLUKA.

    Kalu Kakcik bagitau ritu, bleh dapat harga Pesta discount 20% Tapi mungkin KakCik pun dapat murah kot...

    INSAN MARHAEN, kita serupa. Saya ada semua koleksi TALIB HASSAN, dan siri SAGA tu macam dah hafal pada saya...

    BalasPadam
  20. Sebenarnya mengenali Kak Cik sering mengingatkan saya pada sorang kakak yang juga kawan maya Azie yg tinggal di Taman Bakti. Sudah berpencen (dulu Pengarah Library Angkasapuri). Dia pun sangat lemah lembut macam KakCik..

    Juga sangat minat membaca dan ada banyak almari buku yang simpan ribuan buku.

    Sejak awal kita kenal lagi, saya sering teringat kakak itu bila lihat Kak Cik...

    BalasPadam
  21. Kak Wan.. kalau dulu, kertas pembalut nasi lemak yang ada tulisan pun boleh jadi bahan bacaan kakcik.. tapi, sekarang ni dengan masalah penglihatan dan agak kesuntukan masa, jadi minat untuk membaca walaupun tidak pudar tapi agak berkurangan.. :)

    BalasPadam
  22. IM.. kakcik juga ada koleksi novel-novel Abdul Talib Hassan. :)

    BalasPadam
  23. Azie.. sebenarnya agak lama kakcik tak 'singgah' ke kedai buku. Tapi, hari itu (mungkin di blog Azie), kakcik ada terbaca pasal novel Megalomania 3 dan juga karya terbaru RAM.. itu yang bersemangat nak mendapatkannya. :)

    AKU YANG TERLUKA tu, karya siapa ya?

    BalasPadam
  24. Eh.. ada lagi komen Azie rupanya.. :)

    Kakcik sendiri tak rasa yang ni seorang yang lemah lembut. (^_^)

    Tapi bab minat membaca serta menulis (mengarang - hatta mengarang surat resmi) memang kakcik amat-amat suka! Nanti kalau kakcik rajin, kakcik masukkan gambar almari buku kakcik. :)

    BalasPadam
  25. Salam Kakcik,

    Saya lebih tertarik dengan karya Zakaria MZ, masih adakah lagi saudara Zakaria itu?

    BalasPadam
  26. Salam Hj. Zed..

    apa tajuk karya Zakaria MZ tu, ya? Mungkin kakcik ada membaca, tapi terlupa..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com