Kawan-kawan kakcik

Khamis, 13 Mei 2010

Apa aku nak jawab??

Semalam sewaktu menonton perlawanan badminton di kaca televisyen, tiba-tiba anakku bertanya, 'mak, dia orang tak solat ke?'.  Kebetulannya waktu itu dah lebih jam 9.00 malam.  Aku cuma menjawab, 'waktu Isyak kan panjang?'.  Anakku diam.  Kalaulah dia melanjutkan pertanyaan, 'waktu Maghrib tadi, macam mana?'  Takkan aku nak jawab, 'mereka ada lesen sebab bermain untuk kepentingan negara'.  Boleh saja aku menjawab, 'mereka bukan muslim' (merujuk kepada pemain yang bermain pada waktu Maghrib tu).  Tapi, bagaimana dengan sebahagian jurulatih dan penonton (termasuk juga yang menonton di rumah dan tidak solat tanpa keuzuran)?

16 ulasan:

  1. salam kaka...itu lah org kafir buat...kalau derang tak dapat jajah kita dgn cara peperangan derang jajah kita dgn cara halus...letak saja sebiji bola dah berjuta org islam tinggalkan solat...letak saja sebijik bulu tangkis,... berjuta tak solat....dasar penjajah...tapi kita ni islam berakal....kenapa tak fikir sedangkan anak kecil pun pandai berfikir....malukan dgn anak2 kita...

    BalasPadam
  2. Salam Alimaz...

    itulah.. kenapalah mudahnya 'kita' terleka dan dilekakan....

    BalasPadam
  3. Pemain dan jurulatih, susah nak jawab.

    tetapi penonton dalam stadium dan di rumah kalau ikut hati, ikut mata seronok, ikut rasa lagi susah.

    BalasPadam
  4. betul cakap alimaz... semuanya kesan penjajahan... penjajahan pemikiran lebih teruk lg

    BalasPadam
  5. Salam Zeq..

    kalau difikir balik.. selain kepuasan, apa yang didapati dari sekadar menonton itu, ya?

    BalasPadam
  6. Nanie.. lebih teruk lagi bila 'kita' sendiri dengan rela membiarkan diri dijajah dan enggan keluar dari daerah kebiasaan penjajah itu...

    BalasPadam
  7. agaknya keliru antara hobi bertukar menjadi kerja, tanggungjawab/kerja bertukar menjadi hobi.

    BalasPadam
  8. Zeq.. kakcik pun keliru dengan kenyataan itu.. ;-)

    BalasPadam
  9. memang susah nak jawap walaupun soalan tu simple jer..

    BalasPadam
  10. Uda.. soalannya memang ringkas..tapi, hendak menjawabnya kena berhati-hati, takut anak-anak salah mengerti.. :)

    BalasPadam
  11. hahaha.. soklan cepumas.. blur gak nk explain kan, nnti dia slh tafsir lak..

    BalasPadam
  12. Maiyah.. kita sendiri masih keliru, macam mana pulak nak meyakinkan anak2.. betul tak?

    Yang penting kita perlu berusaha untuk memberikan jawapan terbaik yang tidak lari hukum dan landasan agama.

    BalasPadam
  13. Sala! Kokcik,
    Tu belum lagi ceghter ttg luluskan lesen judi. Yg meluluihkan lesennya dah tentu kenyang bertahun2 dan rakyat yg bergelumang dgn kesyirikan hasil perjudian, yg menang berpesta dgn arak, penzinaan dsb, yg kalah mencuri-ragut, bergaduh laki-bini dsb. Dunia! Dunia!

    BalasPadam
  14. Salam Kakcik,

    Yang menonton di rumah boleh solat dulu dan sambung tengok. Cuma yang kat surau dan masjid-masjid berebut-rebut agaknya balik, bimbang ketinggalan menonton..Mudah-mudahan mereka semua dapat mengerjakan solat masing-masing tanpa keuzuran.

    BalasPadam
  15. Salam Yop..

    ate.. mane anok2 tak melawan mok bapak.. dah banyak sangat yang 'was2' masuk dalam peghut kita ni gamoknye..

    BalasPadam
  16. Salam Hj. Zed..

    mudah2an ditetapkan iman kita semua.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com