Kawan-kawan kakcik

Rabu, 5 Mei 2010

Letihnya diriku pagi ini..

Petang semalam, ES ambil agak lewat dari pejabat.  Disebabkan hujan, jalan agak sesak.  Sampai di rumah lebihkurang jam 6.45petang. Terus ke dapur, masak nasi dan lauk seadanya - kari bawal bersama terung dan tomato, goreng ayam dan sambal belacan.  Siap masak, betul-betul waktu azan Maghrib berkumandang.  Sebelum tu, dalam perjalanan balik, ES dah mengadu lapar.  Singgah sebentar di kedai kek - beli beberapa jenis bun. 

beberapa jenis bun

kek coklat pasar tani

Pagi ini, bagaikan tak larat nak bangun.  Beberapa kali, bangun - baring balik - bangun. Aduh! terasa sangat badan tak larat.  Mungkin sebab sudah terlalu lama berehat.

10 ulasan:

  1. Salam Kak CIK... kesian, agaknya badan tu terkejut kot sebab kena work-out gitu.. hehehe

    Takper, minta cuti memasak dari ES.. Mesti dapat punya laaahhh.. hehehee

    BalasPadam
  2. Salam Azie..

    memang selalu kakcik mengelat dalam memasak.. kadang2 Along belanja makan kat luar.. kadang2 beli je lauk pauk... atau pun beli nasi goreng USA bagai... :)

    BalasPadam
  3. bila baca N3 kakcik masak kari bawal..saya pun teringin nak masak kari bawal jugak ;-)

    BalasPadam
  4. Chik Na.. lepas masak nanti, tepek kat blog, ya?? (Anak2 kakcik, kalau kari ikan, mereka tak begitu suka - masak 2 ekor pun susah nak habis..)

    BalasPadam
  5. kakcik,
    balik nanti saya pun nak buat kari bawal dan sambal belacan.... niat semalam nak buat tp tak larat...

    BalasPadam
  6. Salam Dik Mah..

    kari kakcik smlm tak berapa umph la.. tak naik minyak merah tu.. tapi, tak kisah la.. badan pun dah penat, nak buat macam mana kan?? :)

    Hari ni kena buat sambal belacan lagi.. smlm punya pun tak berapa jadi!

    BalasPadam
  7. salam kakcik... tgk gambar bun teringat dialog filem tamil kita tgk semalam - "aku diet, 10 bijik bun cukup!" diet katanya, hehe

    BalasPadam
  8. Salam KOG..

    kalau tak diet, berapa banyak dia telan agaknya, ya?? :)

    BalasPadam
  9. Salam! Kokcik,
    Kekadang tu kari tak berapa rasa sbbnya, jenama jenih kari dan aweih2nya! Ce bubuh sikit ketumbar dan daun kari pulei yg tua sikit! Gamok2nya adale sikit bau maungnye!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com