Keluar dari pejabat (dijemput suami) jam 5.30 petang. Sampai rumah jam 7.10 malam. Masuk saja, adik mengadu lapar. Tergesa-gesa masak nasi goreng bodoh dan telur hancur. Siap saja, azan maghrib berkumandang. Sempat juga tengok penghujung siri terakhir Adamaya.
Tiga kali lampu bertukar hijau, baru lepas
Dari Jalan Loke Yew, masuk ke Jalan Hang Tuah. Sesak juga. Sempat ambil gambar pintu Penjara Pudu yang tak lama lagi akan dirobohkan.
Kepala pun dah sakit. Rehat dululah. Kalau rajin, esok-esok boleh sambung bercerita.
Dulu masa bujang, jenuh jugak fa berulang. Yang teruknya dari PJ ke Bangi. Sampai rumah (rumah kakak), memang flat giler. Bayangkan, subuh esoknya nak naik bas lagi.
BalasPadamAlhamdulillah sekarang, tak perlu keluar rumah pun.
Salam! Kokcik,
BalasPadamItu ler yg mbuatkan tak lalu nak jadi wagra KL. Molanya masa teman masih bujang dulu kena posting ngajor kat SMK Maxwell, KL. Tapi pikior2 balik, macamtu ler ghope jam bertahun2, isyy tak lalu ghasenya hidup tua dijalan ghaya. Tu belom lagi beghape kati asyik menyinga, sumpah seghanah pemandu2 main pakei langgor je undang2! (Macam ler kite ni baik bebenor)Ingat, org KL ni ghate2 mmg org sakit jiwa kot!
Kesian Kak Cik, letih dengan jem. Tapi masih kira bersyukur sebab duduk sebelah suami, ada aircond, boleh dengar radio or borak2 gurau senda (kalu masih larat).
BalasPadamTingat, dolu2, turun naik bas (2x tukar), letih laaarrr.. Balik kena bersilat masak lagi. Esok subuh jalan dalam gelap dokong baby ke rumah pengasuh, berkejar naik bas lak.. Gitu lah kita di KL nih..
Alhamdulillah, skang ni ofis dah dekat. Dah tua tak larat dah kejar bas.
Sesekali turun KL pun dah rasa tension. Macamanalah kalau hari-hari kena harung semua tu. Stress!
BalasPadamAlhamdulillah,bagi saya itu semua dah jadi nostalgia. Dulu duduk kat SA kerja Tmn Tun bukanya jauh tapi kena naik bas 2x.Dah gitu hari pulak hujan tau - tau ajelah pukul berapa sampai rumah.
BalasPadamHari ini dgn rezeki anak - anak saya bahagia di bumi makmur ni,tapi bila teringat kl, pasti rindu.
Salam Fa.. masa mula-mula kerja, kakcik duduk di Sg. Way. Pejabat di Jalan Duta. Masa tu, naik bas mini. Kemudian berjalan kaki ke Stesen Bas Klang (bukan di Klang, tapi dekat Pasar Seni tu - dulu Pasar Borong KL). Ambil pula bas kat situ. Pernah jadi mangsa penyeluk saku. Keluar subuh, sampai rumah menjelang malam. Aduh.. sampai sekarang walaupun tidak lagi turun naik bas, sesekali masih lagi 'tak jumpa matahari'.
BalasPadamSalam Yop..
BalasPadamSekolah Maxwell yg sebelah Hotel Grand Pacific tu? Huhuhu.. dulu masa kakcik kerja di Bangunan Perkim, bila perayaan Thaipusam, tersangatlah tensionnya. Jalan akan sesak sesesak-sesaknya... Bab sumpah seghanah tu, usah ceghite le.. Memang kebanyakan pemandu di KL ni, hilang segala kelembutan dan kebaikan bila mole megang stereng kegheta!
Azie.. nasib baik le Abg Mus tu bukan jenis yang 'beku'. Adalah juga bahan lawak jenaka yang boleh dilontarkan. Tapi, walaupun duduk kat sebelah, penat juga kaki kakcik 'menekan brek'.. hehehe..
BalasPadamAida.. orang kata, alah bisa tegal biasa. Stress memang stress juga.. tapi, taklah sampai memudaratkan (setakat ini). Bila pergi ke tempat yang jalanrayanya tidaklah sesak macam KL, rasa 'semacam' pula. :)
BalasPadamAlhamdulillah Kak Wan dah selesa dengan kehidupan sekarang. Orang kata 'tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencarai rezeki', kan? Semoga Kak Wan dan keluarga berbahagia selalu. :)
BalasPadam