Kawan-kawan kakcik

Selasa, 4 Februari 2014

Seronok sangatkah meniru-niru 'Si Lembut'?...

Tidak.  Aku tidak mempersoalkan apa yang telah Allah SWT jadikan. 

Mereka yang telah semulajadi begitu 'kejadiannya', siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman.

Masalahnya bila mereka yang memang benar-benar 'jantan' teringin pulak nak meliuk-lentok dan cuba melembut-lembutkan suara.  Tujuannya apa?  Untuk meraih perhatian?

Tolonglah!  Allah dah bagi sifat yang sempurna.   Hargailah dengan sewajarnya.

Di radio HotFM ada 'suara' atau watak FIFI yang sangat memualkan.  Sepatutnya,  sebagai media yang punya ramai pendengar atau pengikut, carilah cara yang lebih baik untuk memikat pendengaran orang ramai.

Kelakar sangatkah suara yang dibuat-buat itu?

Dalam program lawak pun nampaknya watak lelaki lembut ini semakin banyak diujudkan.  Adakah ianya satu penghormatan atau penghinaan?

Sudah sangat kekeringan ilhamkah?

Maharaja Lawak Mega - Mungkin Bocey lebih bagus...

...walaupun mereka mungkin tidak punya tarikan dari rupa paras tapi persembahan mereka mungkin lebih konsisten dari pasukan yang telah punya nama dan pengikut tersendiri...

Ada pasukan/peserta yang bagai dah kehilangan ilham dan menggunakan topik yang sama berulang-ulang.

Memilih Hairul Azreen sebagai artis undangan mereka di peringkat separuh akhir bagaikan satu bonus buat kumpulan Bocey.  Lawak mereka memang menjadi.

Kumpulan Shiro juga merupakan kumpulan kesukaanku.  Setiap minggu memang aku tertunggu-tunggu persembahan mereka.
Harap-harapnya juga Nabil tidak lagi membuat lawak bodoh dengan tujuan memalukan orang lain...

Isnin, 3 Februari 2014

Siapa pernah makan karipap gergasi? ...

Kami singgah di gerai karipap gergasi ini yang terletak di tepi jalan Kuala Selangor tidak jauh dari warung Cendol Bakar yang terkenal itu...