Kawan-kawan kakcik

Selasa, 4 Februari 2014

Seronok sangatkah meniru-niru 'Si Lembut'?...

Tidak.  Aku tidak mempersoalkan apa yang telah Allah SWT jadikan. 

Mereka yang telah semulajadi begitu 'kejadiannya', siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman.

Masalahnya bila mereka yang memang benar-benar 'jantan' teringin pulak nak meliuk-lentok dan cuba melembut-lembutkan suara.  Tujuannya apa?  Untuk meraih perhatian?

Tolonglah!  Allah dah bagi sifat yang sempurna.   Hargailah dengan sewajarnya.

Di radio HotFM ada 'suara' atau watak FIFI yang sangat memualkan.  Sepatutnya,  sebagai media yang punya ramai pendengar atau pengikut, carilah cara yang lebih baik untuk memikat pendengaran orang ramai.

Kelakar sangatkah suara yang dibuat-buat itu?

Dalam program lawak pun nampaknya watak lelaki lembut ini semakin banyak diujudkan.  Adakah ianya satu penghormatan atau penghinaan?

Sudah sangat kekeringan ilhamkah?

12 ulasan:

  1. kalau memang jenis lembut boleh terima lagi
    tapi kalau yang dibuat2 tu mrlebih2

    BalasPadam
  2. kata kunci kat sini, cari perhatian.

    bukan hotfm je kak, stesen radio lain pun berlumba-lumba nak angkat watak lelaki lembut ni. aduyai...! sekali dua terserempak boleh terima lagi, tapi kalau selalu boleh meremang bulu roma...

    BalasPadam
  3. betl tu akak. kadang-kadang semakin menjadi-jadi pula watak lebut yang di buat-buat ni.

    BalasPadam
  4. Dari dulu masa zaman saya remaja pun kat tv depa rajin dok tiru yg lembut2 tu. Sampai la ni pun dok ada lagi ka. Memang konpem takdak idea dah tu. Pathetic.

    BalasPadam
  5. Arwah abah sy sngat2 x suka klau kami tgk siaran tv yg ada unsur2 gitu kak...lawak2 yg x bermutu kata arwah...

    BalasPadam
  6. ayah saya tak kasi beli makanan klu si lembut yang masak

    BalasPadam
  7. FIFI...yg rakannya pulak bkn main ketawa berdekah2 lagi..

    BalasPadam
  8. orang media elektronik ni kene perah sikit otak cari idea baru....

    BalasPadam
  9. assalamualaikum kakcik...betul la tu semakin menjadi2 skg ni...;)

    BalasPadam
  10. dah itupun trendnya, kalau sorang buat, ada la pengikutnya nanti!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com