Mengapakah ada di antara kita suka sangat menjadi hakim walau tidak diminta?
Mengapakah kita mudah melatah bila melihat orang dalam kesusahan?
Mengapa kita tak boleh diam bilamana kata-kata kita hanya membuatkan hati orang lain bertambah luka?
Membantu bukan sekadar wang ringgit mahupun tenaga. Membantu juga boleh dilakukan dengan sekadar mengirimkan doa ikhlas dengan harapan Allah mendengar dan mengabulkannya (sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar).
Bila melihat orang lain mendapatkan rawatan di hospital berbayar dan kemudiannya tidak cukup duit untuk membayar segala bil, mengapa dengan segera kira rasa ada api dalam dada untuk dihamburkan melalui mulut yang pestinya tidak berpagar. Lalu kita pun dengan bijak pandainya berkata 'dah tak mampu buatlah cara tak mampu, hospital Kerajaan kan ada?'
Adakah mana-mana manusia waras sengaja ingin menempah bala? Dan adakah ibubapa yang waras sengaja ingin bersesak-sesak membawa anak yang tidak berdaya ke wad kecemasan hospital kerajaan sedangkan kemudahan untuk mendapatkan rawatan segera telah sedia ada? Adakah juga ibubapa yang terdesak itu pernah menyangka bahawa segalanya akan terjadi lebih dari apa yang disangka?
Fikirkanlah sebelum seenaknya menuturkan kata mengikut nafsu yang menggila.
Aku pernah melalui pengalaman dimana anakku memerlukan rawatan yang segera sedangkan aku dan suami tidak punya pun simpanan yang memungkinkan kami membayar bil-bil yang bakal dikenakan. Namun kami pasrah. Demi nyawa sikecil, wang adalah perkara kedua. Mungkin kami perlu menggadai atau menjual apa yang ada termasuk satu-satunya rumah yang masih berhutang dengan kerajaan. Limabelas tahun dahulu, RM31,710.10 (akan kuingat angka itu hingga ke hujung nyawa, InsyaAllah) adalah satu jumlah yang sangat besar buat kami. Syukurlah bila Allah permudahkan segalanya. Syarikat tempat suamiku bekerja, menampung segala perbelanjaan. Andai sekarang pun perkara itu terjadi, tak mungkin dapat kami keluarkan wang sebanyak itu dari poket sendiri. Mujur juga ada kemudahan perubatan yang disediakan oleh Syarikat tempat suami bekerja.
Begitupun, ada juga suara yang berkata 'kau tak takutkah bila kau pencen nanti, semua ganjaranmu dipotong untuk membayar balik duit itu'. Apakah bagi manusia itu, duit adalah segala-galanya berbanding sikecil yang sedang meminta nyawa?
Entah... aku tak tahu nak kata apa.
![]() |
| Akhirnya Adik Faris Nur Daniel dijemput untuk kembali ke sisi Penciptanya. Bacalah kisah adik ini di blog Mazidul. Hanya doa dan airmata mengiringi... |



