Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 24 Disember 2010

Nilai RM100.00...


kubawa sekeping ke Pasar Malam
kubeli lapan bungkus nasi ayam
nilainya RM28 - diberi potongan
cuma bayar RM27 sahaja

warung baru buka
peniaga tiada tukarannya
katanya bayar nanti-nanti saja
kesian pula - baru sahaja buka perniagaan
jualan tidak dibayar pelanggan

lantas sahaja ke stesyen minyak
isi ke tangki Myvi RM30
wang baki RM70 dibawa pulang
singgah semula ke Pasar Malam
bayaran nasi ayam dilangsaikan
dengan RM3 dapat beberapa 'batang' cakoi

tinggal RM40...
agak-agaknya apa lagi yang boleh dibeli
kalau isi minyak kereta Innova
separuh tangki pun tak penuh rasanya

kalau bawa ke restoran nasi beriani
mungkin boleh mengenyangkan dua 'perut' cuma

tapi...
bagi aku satu ketika dulu
RM100 adalah satu jumlah
yang hampir mustahil untuk kugenggam
jauh sekali mengimpikan
 untuk dibawa ke Pasar Malam

sekarang pun
masih ramai yang tak mampu memandang
apalagi untuk memegang
jauh sekali untuk membelanjakan
wang yang cuma bernilai RM100

tapi...
apakah kita pernah peduli????



Khamis, 23 Disember 2010

Pemakaian legging - aku setuju bahawa ianya menjolok mata...


Seterusnya di BLOG D'HATIE  ini

Baru-baru ini, sewaktu membeli belah untuk anak-anak buahku, aku terserempak dengan satu pemandangan yang memang amat menjolok ulu hatiku.  Seorang perempuan memakai t-shirt ketat dan jeans.  Tiada yang peliknya bila beliau berjalan sambil menolak troli.  Tapi, bila dia mencangkung, aduh! lurah dan seluar dalam semuanya kelihatan!  Nak ambil gambar pun tak sampai hati...


Srot sret srot sret.... ahcummmm....


Adoiiiiiiiii .... jangan-jangan nanti, teman sepejabat pakat-pakat sumbat kertas tissue kat telinga masing-masing!


Dah telan ubat ... silap-silap nanti terus lena atas meja ni ...