Tarikh : 7/10/2017 (Sabtu), makcik menerima undangan untuk menghadiri majlis meraikan pernikahan pasangan blogger di Shah Alam. Walaubagaimanapun, macik tak pasti sama ada dapat menghadirinya atau tidak kerana pakcik terlebih dahulu telah menerima undangan di Rembau.
Makcik cuma 'sebut-sebut' sahaja hendak hadir ke Shah Alam. Pakcik kata 'InsyaAllah sempat. Nanti dari Rembau kita ke Shah Alam'.
![]() |
| Aduhai... mujur juga pihak Lebuhraya cepat bertindak dengan membuka laluan bertentangan. Dapatlah kami menyusuri jalan tersebut walau dengan sangat perlahan. |
![]() |
| Jam 2.30 petang kami sampai juga di Shah Alam. Sudah tidak ramai tetamu yang ada. Pengantin pun sedang melayan tetamu yang ingin bergambar dengan mereka. Makcik pun menyelit sama! |
![]() |
| Sempat juga makcik bertemu dengan beberapa orang blogger yang masih ada di situ. Antaranya blogger dan usahawan Akma Omar yang kecil molek ini. Makcik memang seriau bila bergambar dengan orang yang comel...hehehe |
![]() |
| Bertemu juga dengan blogger blog |
![]() |
| Bertegur sapa dengan Tn Haji Amir Hassan, pemilik dan pengasas Denaihati Network. Melalui majlis Sepetang Bersama Blogger yang dianjurkan oleh pasukan Denaihati sebelum ini, makcik mengenali ramai blogger hebat walaupun makcik sendiri masih di takuk lama. |
Kepada Yeop Maz @ Khairil Mazri dan Mia Namia @ Hanis Halid, mak doakan agar mahligai yang baru kalian bina utuh dan kukuh walau apa sahaja dugaan yang melanda. Hidup berumahtangga bermakna hidup berkongsi segala-galanya. Kejujuran dan kesabaran adalah teras yang tidak boleh diketepikan. Hiduplah dalam landasan berpandukan aturan yang ditetapkan Allah dan Rasulnya. Susah senang biar bersama. Semoga kalian berbahagia dalam jalan menuju ke syurga. Aamiin Ya Rabbal Alamiin...
















