Kawan-kawan kakcik

Isnin, 9 Oktober 2017

Ke Majlis Perkahwinan Blogger Yeop Maz dan Mia Namia...

Tarikh : 7/10/2017 (Sabtu), makcik menerima undangan untuk menghadiri majlis meraikan pernikahan pasangan blogger di Shah Alam.  Walaubagaimanapun, macik tak pasti sama ada dapat menghadirinya atau tidak kerana pakcik terlebih dahulu telah menerima undangan di Rembau.

Makcik cuma 'sebut-sebut' sahaja hendak hadir ke Shah Alam.  Pakcik kata 'InsyaAllah sempat.  Nanti dari Rembau kita ke Shah Alam'.

Lebihkurang 10.30 pagi, makcik dan pakcik bergerak dari rumah.
Melepasi tol Sg Besi, jalan sudah bukan main sesak.  Alamak!
Makcik buka waze untuk mengetahui kenapa jalan sesak sangat.
Mengikut laporan waze, ada major accident di hadapan.  Pakcik
kata, kalau 'tak boleh lepas', kita keluar sahaja di mana-mana
simpang dan terus ke Shah Alam.

Aduhai... mujur juga pihak Lebuhraya cepat bertindak
dengan membuka laluan bertentangan.  Dapatlah kami menyusuri
jalan tersebut walau dengan sangat perlahan.

Rupa-rupanya ada lori membawa muatan kayu terbakar!
Bagaimanapun akhirnya kami sampai juga ke Rembau.  Wah...
memang meriah majlis di sini dan jemputan pun memang ramai
termasuk YB (dalam perjalanan keluar makcik nampak kereta
Undang Rembau menuju arah majlis).  Makcik langsung tidak
mengambil gambar di majlis tersebut.  Makan lagi penting!


Jam 2.30 petang kami sampai juga di Shah Alam.
Sudah tidak ramai tetamu yang ada. Pengantin pun
sedang melayan tetamu yang ingin bergambar
dengan mereka.  Makcik pun menyelit sama!
Sempat juga makcik bertemu dengan beberapa orang blogger
yang masih ada di situ.  Antaranya blogger dan usahawan
Akma Omar yang kecil molek ini. Makcik memang seriau
bila bergambar dengan orang yang comel...hehehe

Bertemu juga dengan blogger yang dah pencen kot dari dunia
blog
, Cikgu Roshidayu Che Mat dan keluarganya.

Bertegur sapa dengan Tn Haji Amir Hassan,
pemilik dan pengasas Denaihati Network.  Melalui majlis
Sepetang Bersama Blogger yang dianjurkan oleh pasukan
Denaihati sebelum ini, makcik mengenali ramai blogger
hebat walaupun makcik sendiri masih di takuk lama.

Kepada Yeop Maz @ Khairil Mazri dan Mia Namia @ Hanis Halid, mak doakan agar mahligai yang baru kalian bina utuh dan kukuh walau apa sahaja dugaan yang melanda.  Hidup berumahtangga bermakna hidup berkongsi segala-galanya.  Kejujuran dan kesabaran adalah teras yang tidak boleh diketepikan.  Hiduplah dalam landasan berpandukan aturan yang ditetapkan Allah dan Rasulnya.  Susah senang biar bersama.  Semoga kalian berbahagia dalam jalan menuju ke syurga.  Aamiin Ya Rabbal Alamiin...


9 ulasan:

  1. Alhamdulillah akak dan suami dapat hadir kedua-dua majlis...syukur selamat pergi dan balik.

    BalasPadam
  2. Rajin betullah, 'Makcik' ^_^ Eh, Kakcik juga yang sedap ditaip...

    Janji sampai ke majlis yang dijemput dan dapat bergambar jadilahkan, Kakcik. Sekurang-kurangnya pengantin tahu kita dah sampai ke majlisnya; wajiblah ambil gambar dengan pengantin!

    BalasPadam
  3. Bestnya dapat dtg majlis perkahwinan blogger

    BalasPadam
  4. Semoga pengantin kekal bahagia hingga ke syurga .... Baguslah KC ni, kenal ramai blogger.

    BalasPadam
  5. Seronok betul tengok blogger berkumpul.

    Tahniah pisyek ucapkan!

    Latest Post: Review DataKL Hosting Setelah Hampir 10 Tahun Menggunakannya

    BalasPadam
  6. Wah.pasangan blogger berkahwin bertemu di alam blogger?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com