Kawan-kawan kakcik

Khamis, 5 Oktober 2017

Sambutan Hari Ulangtahun Kelahiran...

Sebenarnya sudah tidak tahu hendak menulis apa.  Belek-belek telefon, terjumpa gambar-gambar masa anak menantu buat sambutan hari lahir 'sekali gus' untuk anak-anak mereka dan juga makcik tua ini.  Kebetulan sambutan dibuat pada 26/08/2017 iaitu dua hari selepas makcik menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 56 pada 24/08/2017.

Jom tengok gambar :

Terima kasih CPL yang sanggup datang awal dalam perjalanannya
pulang ke kampung.  Geram tengok FattahC yang comel ini.

Rumah kecil.  Jadilah ada sedikit tempat
untuk anak-anak yang datang bermain.

Qaid dah 3 tahun

Zayyan sudah setahun

Nenek mereka sudah 56 tahun.  Entah berapa
tahun lagi agaknya Allah pinjamkan nyawa.

Eh...eh...terselit pulak gambar ini! (^_^)

Anak-anak tahfiz juga dijemput...

...bersempit-sempit mereka di ruang yang terhad.

Makanlah seadanya apa yang ada...

14 ulasan:

  1. Mak...kalau buat majlis panggil anak- anak tahfiz ni kan...ada bayaran ke dikenakan..maaf SA bertanya bagi pihak kawan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Along kata, terpulang kepada keikhlasan kita, sama ada hendak bagi saguhati atau tidak kepada mereka. Yang penting, bagi mereka makan minum dan layan dengan baik.

      Elok juga kalau tanya pada Ustaz mereka, sekiranya mereka perlu dibayar. Tapi mak rasa, sebaiknya kita sediakan pengangkutan buat mereka. Anak-anak ini suci hati mereka, 'sedikit' yang kita bagi pun sudah cukup membuatkan mereka gembira. Terpulang kepada kemampuan kita. :)

      Padam
  2. assalamualaikum kakcik..alhmadullilah ...selamat ulang tahun kakcik,zayyan n qaid...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  3. Happy belated birthday to Kak Cik. May Allah bless U :)

    BalasPadam
  4. Selamat hari lahir juga
    semoga sentiasa sihat, sentiasa bahagia, panjang umur dan lumayan rezeki.

    BalasPadam
  5. happy birthday akk,dan happy birthday zayyan dan qaid...best nya ajak anak2 tahfiz...meriah tengok..

    BalasPadam
  6. selamat ulang tahun kelahiran kak :D

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..sama2 saling meraikan ulangtahun kelahiran..bahagia membahagiakan dan dibahagiakan lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak-anak tahfiz.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah...saya suka tgk mereka yg mengadakan majlis keraian menjemput anak2 tahfiz...

    BalasPadam
  9. Happy Birthday KakCik, Zayyan & Qaid.. ;)
    Tak pe kecil-kecilan pun..mengikut kemampuan masing-masing..

    BalasPadam
  10. selamat hari lahir, kakcik. saya tak gemar merayakan hari lahir ni. risau saya bila bergembira kepada hari yang semakin tua.

    BalasPadam
  11. Tempah katering ke KC? Besar besaran jugak nampaknya tu...
    Terlanjur dah ada entry ni....nak ucap Happy Belated Bezday untuk Kak cik dan cucus moga sentiasa sihat dan dalam limpahan rahmat Allah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com