Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 2 Mac 2012

Sakit kepala... loya...

... mungkin kesan kurang rehat.  Sekarang ingin menenangkan diri seketika.

Mutiara Wahyu yang kuterima melalui sms pagi ini : "Jika kamu khuatir menjadi miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepadamu dengan kurnianya, jika Dia mengkehendaki" (Surah AtTaubah Ayat 28).



Khamis, 1 Mac 2012

Dari sebuah jendela...

... mata memandang, hati 'mengarang'.  Namun benarkah apa yang dikarangkan oleh hati itu?  Semoga kita tidak menjadi manusia yang sentiasa tertipu dengan nafsu untuk membuat andaian sedang hakikat sebenar tak pernah kita tahu ...








Selamat malam teman...

... lenakah tidurmu bila siangnya kau sengaja membuat onar atau kau masih gelisah memikirkan apa pula yang bakal kau hamburkan di esok hari?  Tenangkah jiwamu andai saban waktu kau terpaksa memikir untuk menjadi juara sedang senjatamu hanyalah liur semata?

Perlukah pungguk terus merindu sedangkan bulan tak pernah tahu...

Biarpun dalam kelam, keindahan tetap mendapat perhatian...

Orang yang pandai bukan hanya tahu menilai tetapi bersedia juga untuk dinilai...
Semoga anak-anakku sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah SWT.