Kawan-kawan kakcik

Khamis, 1 Mac 2012

Selamat malam teman...

... lenakah tidurmu bila siangnya kau sengaja membuat onar atau kau masih gelisah memikirkan apa pula yang bakal kau hamburkan di esok hari?  Tenangkah jiwamu andai saban waktu kau terpaksa memikir untuk menjadi juara sedang senjatamu hanyalah liur semata?

Perlukah pungguk terus merindu sedangkan bulan tak pernah tahu...

Biarpun dalam kelam, keindahan tetap mendapat perhatian...

Orang yang pandai bukan hanya tahu menilai tetapi bersedia juga untuk dinilai...
Semoga anak-anakku sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah SWT.


14 ulasan:

  1. amin amin untuk doa2mu kakcik...

    jangan digusar kelamnya malam
    bulan dan bintang tak pernah hilang
    bila berlalu mendung berbalam
    pasti kembali cahaya gemilang...

    biarkan jer mereka dengan dunia mereka kakcik, kudrat manusia tak lama mana, moga hidayah kan sampai padanya....

    only by going too far can one possibly find out how far one can go...

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat pagi kakcik .. semoga hari ini lebih baik dari semalam. kelmarin pun saya buat entri tentang bulan. serupa pulak citarasa kita.

      biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

      Padam
  2. camne leh org kata pungguk rindukan bulan ek..hehehehehe pndai tul orng dulu2 membuat andaian ek ;)

    saya doakan agar kakcik sekeluarga sntiasa dlm lindungi Allah ;)

    BalasPadam
  3. selamat pagi mak. :)

    along cemana hari ni? :D

    BalasPadam
  4. segala yang terjadi ada hikmahnya..
    ada timbal baliknya..
    kalau tidak hukum karma...
    hukum alam...

    =)

    BalasPadam
  5. semoga keselamatan anak2 kak cik terjaga.. apa juga yang berlaku adalah kehendaknya...

    BalasPadam
  6. semoga kakcik dan anak2 semua sentiasa dalam peliharaan Allah...

    Macamana perkembangan Along kakcik?

    BalasPadam
  7. Pastinya tidur malam kakcik tak lena mengenangkan Along di wad...kasihnya ibu...harap Along bertambah sihat

    BalasPadam
  8. Terima ksih kepada semua teman2 yang mendoakan dan memberi kata2 ransangan buat Along. Alhamdulillah, kesihatan Along semakin baik dan kakcik masih lagi bercuti hingga esok. Mungkin hari ini, kami (kakcik dan suami) akan bawa Along balik ke rumah.

    BalasPadam
  9. aslkm kak cik,

    camne keadaan along, dh beransur pulih ke....=)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com