Kawan-kawan kakcik
Rabu, 3 Ogos 2011
Di rumah sahaja...
kenapa?
sebab sakit kepala
tak ke klinik?
tiada siapa nak bawa
pergilah sendiri!
tak larat nak jalan kaki!
sahur tak tadi?
kalau aku tak bangun, nak harap siapa lagi?
masak juga ke?
yang seadanya saja-
nasi, telur masak kicap, ayam goreng dengan bawang dan cili
juga kubis masak air
lepas tu buat apa?
kejut suami dan anak-anak bangun
suap Si Sepet makan
solat Subuh
dan tidur
macamana di dapur?
belum tengok lagi
entah pinggan penuh di singki
atau sudah tersususn rapi
nanti-nantilah...
Selasa, 2 Ogos 2011
Saat mereka memerlukan...
tidak menangis saputangan disuakan
tidak kelaparan makanan disuapkan
tidak rosak jalan diturapkan
saat kita pula berkehendakan
mata yang celik sengaja dipejamkan
telinga yang jelas sengaja dipekakkan
mulut yang petah sengaja dibisukan
kita hilang pekerjaan
adakah mereka hairan?
anak-anak kelaparan
adakah mereka pedulikan?
kerana
waktu ini mereka tiada berkepentingan
kerana
suara kita tidak mereka perlukan
kerana
kita bukan siapa-siapa yang boleh menggugah keyakinan!
Mereka pun tahu erti kasih sayang dan apa yang mereka perlukan |
Mak tahu Adik selalu perlukan mak, kan? |
Langgan:
Catatan (Atom)